Memaparkan catatan dengan label dalam negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dalam negara. Papar semua catatan

Gempar buaya tembaga di sungai Melaka


MELAKA – Selang seminggu selepas akhbar ini memaparkan perbuatan khurafat yang berlaku di Pulau Besar, semalam negeri ini digemparkan pula dengan penemuan seekor buaya tembaga di tebing muara Sungai Klebang sejak empat hari lalu.

Kemunculan reptilia sepanjang kira-kira dua meter itu dan dipercayai berjemur di tebing berkenaan telah menimbulkan tanda tanya.

Seorang nelayan, Ali Dolmat, 51, berkata, buaya itu dilihat berjemur di situ sebanyak dua kali sehari.

“Buaya ini berjemur di tebing Sungai Klebang selama dua jam mulai pukul 9 pagi ketika air surut dan menjelang tengah hari ia menghilangkan diri sebelum berjemur semula pada pukul 4 petang sehingga air pasang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Beliau memberitahu, kemunculan buaya berkenaan bukan kali pertama dilihat oleh nelayan di situ sebaliknya seekor buaya pernah muncul dan berjemur di situ selama beberapa hari tiga tahun lepas sebelum menghilangkan diri.

Namun menurutnya, buaya yang dilihat kali ini mempunyai saiz yang lebih besar daripada sebelumnya.

Seorang lagi nelayan, Mat Sahat Taib, 53, pula berkata, kemunculan buaya itu disedari nelayan di situ sejak empat hari lalu.

Katanya, keselamatan nelayan di situ terancam dengan kemunculan buaya berkenaan selain dibimbangi akan menjejaskan pendapatan mereka.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

MPV David langgar orang - Kemalangan maut yang melibatkan penerbit Jangan Tegur


Rombongan artis bagi filem Jangan Tegur terlibat dalam kemalangan maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh seorang pekerja lebuh raya di Kilometer 263.2, Lebuh Raya Utara-Selatan pagi semalam. Mangsa seorang warga Bangladesh, Mofizul Hoque, 40, terbunuh akibat dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard milik penerbit filem tersebut, David Teo.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, selain David, dua pelakon terkenal, Ahmad Idham dan Nadia Mustafar turut berada di dalam MPV yang sama.

Selain itu, dua pegawai perhubungan awam Metrowealth Production iaitu Azahari Abdul Hamid dan Suhairi Mat Johor juga terbabit.

Kesemua mereka dalam perjalanan untuk promosi filem Jangan Tegur di Singapura.

Azahari, 31, yang memandu MPV itu ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila lelaki itu bersama rakannya tiba-tiba melintas lalu dia memperlahankan kenderaan dan membunyikan hon sebelum gagal mengelak dan terlanggar mangsa.

"Saya terkejut nampak mangsa dan rakannya melintas. Rakan mangsa sempat melintas tetapi mangsa tidak sempat berbuat demikian.

"Kebetulan kenderaan berada di laluan paling kanan, saya tidak boleh ke kiri kerana banyak kenderaan lain dan sebelah kanan ada pembahagi jalan. Saya tidak memandu laju cuma tidak sempat mengelak kerana insiden itu berlaku terlalu pantas," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2 selepas membuat laporan polis mengenai kemalangan itu.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Kemaruk hidu gam..Apa nak jadi manusia ini

GAMBAR yang dirakam di lorong belakang Pangsapuri Penara ini semalam menunjukkan seorang remaja (kiri) menghidu gam manakala rakannya memegang beg plastik yang turut berisi gam.

Khayal waktu Maghrib!
Itulah perangai tidak senonoh segelintir remaja termasuk pelajar sekolah dengan ada di kalangan mereka perempuan yang seronok menghidu gam di lorong belakang beberapa premis perniagaan di Pangsapuri Penara, Bandar Sri Permaisuri di sini sejak dua tahun lalu.

Tatkala senja, mereka berkumpul di lorong berkenaan dan ‘membancuh’ gam sebelum masing-masing `layan stim’ dan ada masanya terjerit-jerit. Tinjauan! mendapati, lokasi yang agak tersorok itu menjadikan mereka leka sehingga keadaan berterusan sampai awal pagi.

Setiap kali lepas ‘sesi’, mereka akan meninggalkan beg plastik bertaburan dan sudah keras dengan lebihan gam.

Namun apa yang berlaku bukan tidak diketahui penduduk setempat, malah ada yang jadi takut dengan ancaman kumpulan penghidu gam itu.

Menurut Hishamudin Abdullah, kawasan itu dikunjungi penghidu gam pada waktu malam dan berlarutan sampai 3 pagi.

“Asal masuk waktu Maghrib sahaja, kita akan nampak remaja-remaja dalam keadaan khayal dengan tangan masih memegang beg plastik yang digunakan untuk menghidu gam,’’

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Kafa terima padah Kelantan oh kelantan ..


PEMINAT bola sepak Kelantan nampaknya sudah boleh melupakan hajat mereka menyaksikan perlawanan di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV.

Ini kerana stadium keramat itu digantung daripada menganjurkan sebarang perlawanan bola sepak hingga hujung tahun ini.

Selepas dua kekecohan yang dicetuskan oleh segelin- tir peminat fanatik Kelantan dalam dua perlawanan Liga Malaysia baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya terpaksa bertindak tegas.

Dalam mesyuarat Lembaga Tatatertib dan Disiplin (LTD) FAM semalam, Persa- tuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terpaksa menanggung denda dan hukuman di atas dua pertuduhan yang melibatkan sikap ganas penyokong mereka itu.

Pengerusi LTD FAM, Kamaruddin Abdullah memberitahu, dua pertuduhan yang disabitkan itu melibatkan sikap ganas penyokong Kelantan dalam dua perlawanan dengan Negeri Sembilan.

Pertama, pada aksi Liga Super (31 Mac) dan kedua, saingan separuh akhir pertama Piala FA, 7 April lepas.


Lebih teruk lagi, selain terpaksa bermain di gelanggang lain sepanjang baki saingan musim ini, Kafa juga diarahkan membayar denda lebih RM100,000 di atas dua pertuduhan tersebut.

“Kes pertama iaitu ketika perlawanan Liga Super pada 31 Mac lepas, Kafa disabitkan dengan tiga tuduhan gagal mengawal sikap peminat mereka yang melakukan tiga kesalahan,” kata Kamaruddin (gambar) pada sidang akhbar semalam.

“Tiga kesalahan itu ialah membaling objek bahaya kepada pemain, pegawai pasukan Negeri Sembilan, pegawai perlawanan serta bas pasukan Negeri Sembilan.

“Jadi mereka didenda RM40,000 di atas tiga kesalahan tersebut selain diarahkan membayar RM19,770 sebagai ganti rugi kerosakan bas berkenaan kepada pemiliknya.

“Kes kedua pula iaitu kekecohan teruk pada perlawanan Piala FA minggu lepas, Kafa didenda RM50,000 berdasarkan kerosakan teruk harta awam, persendi- rian dan pihak berkuasa serta perlu me- nanggung semua kos kerosakan tersebut.

“Maka berdasarkan semua kesalahan ini, Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib turut memutuskan untuk menggantung semua perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV hingga 31 Disember 2009 atas faktor kesela- matan,” tegas Kamaruddin lagi.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzud- din Ahmad pula memberitahu, semua keputusan itu dibuat berdasarkan peraturan dan tatatertib yang ditetapkan dalam Jawatankuasa Pertandingan Tempatan.

“Begitupun, Kafa masih boleh membuat rayuan kepada FAM dalam masa dua minggu sahaja, jika tidak keputusan ini akan kekal,” kata Azzuddin.

“FAM sebenarnya telah menilai dan mengkaji semasak-masaknya mengenai dua kes itu dan semua keputusan ini adalah yang paling minimum dikenakan ke atas Kafa.”

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Azilah, Sirul ke tali gantung..Altantuya Shaariibuu


SHAH ALAM - Nasib tidak menyebelahi dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar apabila mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas disabitkan bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tiga tahun lalu. Dalam keputusan penghakiman yang dibacakan Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yassin selama hampir 15 minit itu, beliau berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan melampaui keraguan munasabah.

Terdahulu, Mohd. Zaki berkata, setelah meneliti segala bukti keterangan sama ada secara individu atau berkumpulan, mahkamah mendapati hujahan pihak pembelaan adalah meragukan dan tidak boleh dipercayai.

"Keterangan bela diri kedua-dua tertuduh jelas ia menuding jari antara satu sama lain serta hanya penafian semata-mata," katanya yang berpendapat pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Menurut beliau, tertuduh pertama (Azilah) turut gagal memanggil saksi bagi menyokong keterangan bela diri bahawa dia tidak berada di tempat kejadian pada malam tersebut sebaliknya berada di Wangsa Maju.

Tertuduh kedua (Sirul) pula dalam keterangannya mendakwa, dia telah dijadikan 'kambing hitam' selain tidak pernah memberitahu pihak berkuasa tentang barang-barang peribadi mangsa disimpan di dalam jaket di rumahnya yang membawa kepada penemuan mayat.

Malahan, Sirul, 37, juga, kata Mohd. Zaki, telah menafikan keterangan Azilah yang mangsa diserahkan kepadanya untuk dibawa pulang ke Hotel Malaya.

Azilah, 33, sebelum ini memilih untuk memberikan keterangan melalui kandang saksi dengan mengangkat sumpah manakala Sirul mengemukakan pembelaan dari kandang tertuduh, tanpa mengangkat sumpah dan pendakwa tidak berpeluang mencabar kesahihan keterangan yang diberikannya.

Bagaimanapun, Azilah dan Sirul berpeluang untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan kelak.

Pada 30 Oktober tahun lalu, Azilah dan Sirul diperintahkan membela diri atas tuduhan membunuh wanita Mongolia kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Era baru Najib sudah bermula PM ke 6


PUTRAJAYA - Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini semalam.

Upacara itu berlangsung di tingkat lima Pejabat Perdana Menteri pada pukul 4.50 petang.

Ia dilakukan selepas Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada sebelah paginya.

Dengan pelantikan itu, sejarah negara tercipta apabila buat pertama kalinya anak Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri. Najib ialah anak sulung Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Dalam upacara itu, Abdullah yang berbaju Melayu jingga menyerahkan Fail Meja YAB Perdana Menteri berwarna biru sebagai tanda penyerahan tugas dan tanggungjawab kepada Najib yang berbaju Melayu merah jambu sambil disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Upacara itu juga menandakan lengkapnya proses peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib secara tersusun dan berjalan dengan lancar.

Semalam, Abdullah yang telah menerajui kepimpinan negara lebih lima tahun menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka melantik Najib sebagai penggantinya.




Selepas upacara itu, Abdullah dan isteri, Tun Jeanne Abdullah bersalaman dengan para menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan kerajaan yang menunggu di aras lobi Pejabat Perdana Menteri.

Mereka kemudian bersalaman dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri yang berbaris dari pintu utama hingga ke kereta Abdullah. Turut mengiringi mereka ialah Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib dan Rosmah mengiringi Abdullah dan Jeanne hingga ke kereta dan Abdullah sempat melambaikan tangan sebelum meninggalkan pekarangan Pejabat Perdana Menteri pada pukul 5.25 petang.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Apa dosa golongan HIV/AIDS? 'dalam pembahasan parlimen'


BERGEGAR lagi rumah Majlis AIDS Malaysia (MAC) dan mereka yang berada di bawah naungannya. Kali ini kerana cadangan daripada beberapa ahli Parlimen yang mengatakan bahawa golongan yang hidup dengan HIV/AIDS ‘sengaja mencari’ jangkitan itu.

Kalau itu belum cukup menyinggung, ada pula yang mencadangkan usul polisi sulit identiti penghidap HIV/AIDS didedahkan agar dapat mengurangkan keresahan awam.

Tanpa membuat rujukan, ‘tuduhan’ seterusnya menghala ke satu arah sahaja iaitu menyalahkan dunia pelacuran dan dadah semata-mata.

Sebelum ini, ada seorang pemimpin politik yang lain mencadangkan golongan ini ditempatkan di sebuah pulau yang terpencil.

“Apa yang disebutkan mereka ini adalah contoh sikap tidak ambil peduli. Sungguh luar biasa apa yang dikatakan itu kerana kekecohan yang ditimbulkan tidak berasaskan fakta dan situasi sebenar,” tegas Pengurus Program di Yayasan Pink Triangle (YPT), Danisha Monish.

Menurut statistik Pusat Sumber MAC tentang jumlah kes HIV/AIDS, sehingga Jun tahun lalu hanya sebanyak 43 kes jangkitan berlaku di kalangan pekerja seks, sementara 127 kes lagi melibatkan suri rumah.




“Ini belum mengambil kira kes yang berlaku di kalangan pelajar, pekerja industri hinggalah kepada kakitangan kerajaan,” ujarnya.

Statistik itu jelas menunjukkan bahawa peratusan kes jangkitan kini lebih cenderung terjadi di kalangan individu yang menjadi mangsa jangkitan dalam senyap, dan bukan daripada golongan berisiko tinggi seperti pekerja seks dan penagih dadah.

“Kita perlu terima hakikat bahawa golongan penghidap HIV/AIDS hidup di sekeliling kita, sama ada mereka yang sudah terdaftar dalam statistik ini ataupun yang masih tersembunyi,” tambahnya yang mahukan pemahaman mesej dan maklumat HIV/AIDS diperkasa.

Malah, menurut Danisha, banyak kes jangkitan dilaporkan terjadi di kalangan pekerja profesional.

“Adakah adil jika orang yang sama-sama berkhidmat dan menyumbang untuk masyarakat dan negara dihukum sebegitu?” kata Pengurus Program Kanan di YPT, Yusmar @ Mitch.

“Apa rasionalnya mereka ini dipinggirkan dan dimalukan lagi dengan pendedahan identiti mereka kepada umum? Negara pastinya akan kerugian banyak tenaga profesional jika golongan HIV/AIDS dinafikan hak untuk hidup bermasyarakat,” tegasnya.

Danisha dan Yusmar menekankan, kalau usul meminggirkan golongan HIV/AIDS dibuat kerana takut akan ancaman jangkitan atau menimbulkan keresahan, perkara yang sama juga perlu dibuat kepada pesakit hepatitis. Penyakit itu sebenarnya lebih berbahaya dan mudah dijangkiti.

“Walau apa pun, pencegahan lebih penting daripada rawatan. Sebab itulah pentingnya proses pendidikan yang berterusan,” tambah Danisha yang hairan projek pendidikan seks masih belum dilaksana sepenuhnya.

Sedangkan melaluinya, generasi muda boleh didedahkan dengan perkara penting seperti sistem reproduksi, soal gender dan seksualiti, jangkitan penyakit dan pengurusannya, seks selamat dan seterusnya selok-belok hidup bersosial.

“Semua itu malangnya tidak dapat mereka dalami, lebih-lebih lagi kerana kongkongan budaya dan institusi keluarga yang menganggapnya tabu,” rumus Yusmar.

Koordinator Pusat Sehenti YPT yang dikenali sebagai Rina pula menambah, isu HIV/AIDS sering digembar-gembur tanpa matlamat sedangkan ia perlu diberi tumpuan secara adil dan bersama.

“Kami sudah berusaha bertahun-tahun untuk menyedarkan orang ramai tentang perkara ini.

“Golongan yang hidup dengan HIV/AIDS juga sudah ramai yang diberi semangat untuk meneruskan hidup dan terus berbakti dalam bidang yang mereka boleh sumbangkan,” ujarnya.

“Alangkah sia-sia semua usaha kami itu kalau saat melangkah ke dunia luar, golongan ini ditekan dengan diskriminasi, konfrontasi, penghinaan sosial dan juga stigma yang tidak berakhir,” rumus Yusmar.

Keresahan awam tentang isu ini sebenarnya terjadi apabila kita ‘malas’ untuk mengambil tahu perkembangan di sekeliling kita hinggakan mendapat gambaran yang kurang tepat tentang HIV/AIDS.

Hanya apabila semua sensitiviti ini sudah diambil kira, langkah seterusnya adalah dengan membincangkan isu ini dengan lebih intelek di dalam masyarakat kita, baik di rumah ataupun di Parlimen.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Kisah misteri canny ong telah berakhir


SEBAIK saja Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria yang mengetuai lima panel hakim mengetuk tukul mengekalkan keputusan hukuman terdahulu, dua suasana berbeza dapat dilihat di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya kelmarin.

Di pihak tertuduh, bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris, 33, tampak pasrah. Dia reda dan seolah-olah melihat perbicaraan rayuan itu sekadar formaliti bagi mengesahkan riwayat hidupnya bakal berakhir di tali gantung.

Ibunya, Rapiah Ahmad cuma mampu berduka sambil menghitung detik terakhir anaknya itu. Manakala di pihak orang awam yang mengikuti kes pembunuhan penganalisis komputer, Canny Ong Lay Kian, 28, mereka menyambutnya dengan kelegaan.

Mahkamah Persekutuan akhirnya ‘membenarkan’ roh si mati itu bersemadi dengan aman.

Walaupun Ahmad Najib masih boleh merayu kepada Lembaga Jemaah Pengampunan Selangor sebagai usaha terakhir, ia jarang dapat menyelamatkan pesalah daripada tali gantung.


IBU Canny mengaku tidak marah pada Ahmad Najib malah bersimpati terhadap keluarganya.


Menyingkap kes Canny, ia mendapat perhatian luar biasa dan menggemparkan rakyat negara ini. Barangkali kerana memiliki sensasi seksual dan elemen ‘hiburan’ apatah lagi wanita kacukan Cina dan India ini cantik dan berperwatakan menarik.

Kisah ini bermula dengan sebuah parti keraian tetapi berkesudahan dengan tragedi yang membingungkan. Apabila Canny menghadiri makan malam bersama kawan-kawannya pada hari Jumaat 13 Jun 2003, tiada siapa yang tahu ia sebenarnya menjadi majlis perpisahan mereka untuk selama-lamanya.

Seperti Canny, ibunya Pearley Viswanathan dan kakaknya Elsie tiba di tempat letak kereta dalam Pusat Beli-belah Bangsar dan bergegas ke restoran Monte.


LOKASI mayat Canny dibakar di Jalan Klang Lama.


Tiada seorang pun antara mereka yang sedar tiket parkiran tertinggal di dalam kereta - tiket yang menjadi permulaan kisah yang membawa kepada kematian Canny.

Bagi Canny, makan malam itu sungguh menyeronokkan kerana ia menghimpunkan semula keluarga dan rakan-rakan lamanya. Kebanyakan mereka tidak pernah Canny temui sejak dia berkahwin dengan Brendan Ong di Malaysia pada Disember 2000.

Pada pukul 10.30 malam, Canny terpaksa pulang kerana keesokan harinya dia akan terbang ke kediamannya di San Diego, Amerika Syarikat. Canny, Elsie dan Pearley berada di mesin pembayaran automatik di tingkat bawah apabila mereka menyedari tiket parkiran tidak dibawa bersama.

Canny bergegas ke kereta. Apabila dia tidak muncul-muncul selepas 30 minit, Pearley dan Elsie mencarinya.


AHMAD NAJIB mengakui mengacu pisau kepada Canny sebelum merogolnya.


Dibakar di lubang pembentungan

Mereka kemudian mendapatkan bantuan pengawal keselamatan dan selepas puas memujuk, mereka dibenarkan menonton rakaman daripada kamera litar tertutup di bangunan tersebut.

Apa yang dilihat amat memeranjatkan. Kereta Proton Tiara milik Pearley dipandu laju dan merempuh penghadang laluan keluar.

Pelbagai spekulasi muncul selama beberapa hari hinggalah mayat Canny dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembentungan di Kilometer 11.2 Jalan Klang Lama, Petaling Jaya dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada.

Kakinya pula terjuntai keluar dari lubang tersebut manakala tubuhnya dihimpit di bawah dua buah tayar besar berisi simen, empat hari selepas dia dilaporkan hilang. Mayat itu ditemui empat hari selepas kehilangan Canny.


SUAMI Canny, Brendon Ong menenangkan adik iparnya, Lee Shuan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.


Semasa kemuncak kes itu, terdapat banyak persoalan timbul khususnya kenapa Canny tidak cuba menyelamatkan diri kerana dia telah mendapat dua peluang terbaik untuk berbuat demikian tetapi mendiang memilih untuk terus bersama Ahmad Najib.

Inilah tanda tanya yang terus menjadi misteri hingga kini. Persetubuhan Ahmad Najib dan Canny juga menimbulkan kesangsian.

Tertuduh dalam pengakuannya menganggap hubungan seks dengan Canny adalah atas kerelaan mangsa.

Malah wanita itu tidak menangis atau memarahinya – isu yang diutarakan barisan peguam belanya bahawa Canny mengizinkan dirinya disetubuhi Ahmad Najib.

Bagaimanapun, perbuatan Ahmad Najib mengeluarkan sebilah pisau ditafsir mahkamah sebagai tindakan mengugut bagi membolehkan Ahmad Najib merogol mangsa.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee Muhamad Ideres dalam penghakiman pada 23 Februari 2005 berkata, Ahmad Najib mengakui mengajak Canny melakukan persetubuhan tetapi wanita itu cuma berdiam diri.

“Seterusnya dia ambil pisau dari tempat duduk dan hanya selepas ini baru si mati menunjukkan kesediaan untuk disetubuhi.

“Tindakan itu dan dilakukan di tempat yang agak sunyi pada pukul 12 tengah malam ialah satu bentuk ugutan jenayah,” katanya.

‘Saya mahu ke syurga’

Ironi pada saat-saat akhir hidupnya, Canny dilaporkan seperti merelakan kematiannya dengan berkata kepada Ahmad Najib: “Biarkan saya bersendirian, saya mahu ke syurga.” Sesungguhnya, cerita di sebalik pembunuhan Canny masih misteri.


HAKIM Datuk Muhamad Ideres turut meninjau lokasi mayat Canny ditemui.


Sepanjang prosiding selama 52 hari yang mendengar keterangan 44 saksi pendakwa, mahkamah diyakinkan melalui bukti amat mantap dan ‘berlebihan’. Ahmad Najib akhirnya didapati bersalah kerana merogol dan membunuh Canny.

Dia dihukum gantung sampai mati kerana kesalahan membunuh dan penjara maksimum 20 tahun serta 10 sebatan kerana merogol.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Sebahagian Kuala Lumpur bergelap sempena Earth Hour 2009


DEMI BUMI. Malaysia turut bergelap malam tadi bagi meraikan Earth Hour 2009 di mana ribuan penghuni rumah dan pemilik bangunan menyertai jutaan penghuni dunia yang lain memadamkan suis lampu mereka selama sejam. Di Kuala Lumpur yang selama ini disimbahi cahaya lampu pelbagai warna turut bergelap.

‘Earth Hour’ yang mula diperkenalkan di Sydney, Australia dua tahun lalu merupakan agenda penting sebagai tanda sokongan terhadap usaha untuk mengurangkan kesan pemanasan iklim di peringkat global.

Sebanyak 84 buah negara, 2,848 bandar, 6,299 organisasi dan 21,014 perniagaan di seluruh dunia menyertai program tersebut dan satu bilion penduduk dari 1,000 bandar seluruh dunia disasarkan memberikan sokongan terhadap program tersebut.

Malaysia yang tidak ketinggalan dalam menunjukkan sokongannya dengan menyasarkan lebih 5 juta rakyat pelbagai kaum menyahut seruan kempen itu.

Antara kawasan yang bergelap ialah Menara Kembar Petronas, Sunway Pyramid, Mid Valley, Hotel Marriot, Hotel Hilton, Angkasapuri, Menara Kuala Lumpur, Menara Maybank, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka serta beberapa bangunan lain di sekitar Kuala Lumpur.

Penduduk di kawasan perumahan dan perniagaan turut disarankan memadam lampu yang tidak digunakan, memadam perkakasan elektrik dan mengurangkan penggunaan air panas.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Rumah lebih murah, siap cepat tapi selamat ke??


Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya membina rumah mengikut konsep Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan hanya menelan kos RM25,000 untuk rumah dua bilik manakala RM27,000 untuk rumah tiga bilik. Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, rumah itu dibina menggunakan teknologi berasaskan sistem acuan modular yang menggunakan kombinasi keluli dan plastik sebagai bahan binaan yang dikenali sebagai Fast-Track Wall (FTW).

Melalui teknologi yang diperkenalkan itu, katanya, ia dapat mengurangkan kos pembinaan sebanyak 20 hingga 30 peratus dan mengambil masa singkat untuk disiapkan.

Menurutnya, sistem itu dihasilkan oleh kumpulan penyelidik yang diketuai Prof. Dr. Mohd. Zaimi Abd. Majid daripada Construction Research Alliance dan ia direka bentuk bersesuaian dengan konsep Sistem Pembinaan Berindustri (IBS).

"Konsep IBS menekankan kepada penyediaan komponen bangunan di kilang sebelum dibawa ke tapak pembinaan untuk dipasang yang memerlukan penggunaan jentera berat.

"Namun, dengan menggunakan teknologi FTW, komponen bangunan boleh dilakukan atau disediakan di tapak pembinaan dan tidak memerlukan jentera berat untuk mengangkat komponen berkenaan kerana set acuan boleh digunakan berulang kali, mudah dikendalikan dan tidak memerlukan penggunaan buruh pelbagai kemahiran,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media memperkenalkan teknologi bina rumah kos rendah menggunakan acuan keluli dan plastik di UTM, Jalan Semarak di sini semalam.

Kajian yang dijalankan mendapati sistem tersebut mampu memendekkan tempoh pembinaan dan mengurangkan kos tenaga buruh sehingga 50 peratus jika dibandingkan dengan kaedah konvensional.

"Rumah dua bilik dapat disiapkan dalam masa 20 hari manakala rumah tiga bilik pula mengambil masa 25 hari untuk disiapkan dan kaedah ini kurang menggunakan kayu berbanding plastik serta keluli sebagai bahan utama binaan,''

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

SMS fitnah kian meluas mengalahkan syaitan


Gejala penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau fitnah semakin berleluasa menjelang pemilihan UMNO dan bahangnya turut dirasai oleh Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz. Beliau sendiri ada menerima SMS yang mengaitkannya dengan amalan politik wang. "Saya kecewa kerana dalam sehari dua ini banyak SMS mengandungi bermacam fitnah terhadap orang tertentu dan saya rasa ini tidak harus berlaku.

"Saya sendiri terima dan jadi sasaran, orang yang menyokong saya, orang tertentu memang dipilih untuk dicemar nama baik mereka,'' katanya pada majlis ramah mesra dan pengenalan calon-calon Wanita UMNO dengan Perwakilan Wanita Pahang di sini semalam.

Rafidah berkata, "Kalau pertandingan buatlah elok-elok, menang kalah itu perkara biasa dan kalau buat fitnah, hati terguris susah nak berbaik-baik semula.''

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Eli ber sedia letak jawatan


Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong menawarkan diri untuk meletak jawatan dan juga mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan setelah gambar separuh bogelnya tersiar dalam Internet.

Beliau akan membincangkan soal penyerahan tugasnya itu dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Khalid pula dalam satu kenyataan berkata, beliau akan memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda berhubung tawaran wakil rakyat itu untuk meletak jawatan.

Elizabeth, 37, atau lebih dikenali sebagai Eli di kalangan teman rapat merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor.

Elizabeth berkata, terdapat pihak tertentu yang mahu mencemarkan nama baiknya.

Katanya, beliau tidak melanggar sebarang undang-undang.

"Saya tak berasa malu hanya kerana saya tidak berkahwin,"

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Taktik terbaru si penipu gores dan menang

Sudah berani bertindak memasuki kereta mangsa.

Itulah modus operandi terbaru ahli sindiket gores dan menang sebelum memujuk mangsa dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik sempena sambutan ulang tahun serta cabutan bertuah sebuah pasar raya terkemuka.

Jika `sudah masuk jarum’, mereka meminta mangsa memandu kenderaan ke pejabatnya bagi membuktikan bahawa tawaran tersebut kononnya benar.

Demikianlah kejadian yang menimpa seorang kakitangan awam, Intan Mohd. Tajuddin, 27, ketika beliau dan suami selesai berurusan dengan sebuah bank di Kajang pada 13 Februari lalu.

“Pada hari kejadian, saya dihampiri oleh seorang jurujual wanita berumur sekitar awal 20-an dan dia terus tunjukkan surat yang tertera nama sebuah pasar raya besar itu.

“Saya pun buka surat itu dan jurujual itu kata saya menang hadiah utama berupa sebuah Proton Perdana V6, sebuah motosikal Jaguh, televisyen plasma dan wang tunai bernilai RM10,000,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam.

Selepas Intan memberitahu jurujual tersebut bahawa beliau tidak berminat, jurujual tersebut terus melompat masuk ke dalam keretanya dan meminta suaminya memandu menuju ke pejabatnya di Taman Connaught.

Setibanya di pejabat itu, Intan bersama suaminya dibawa naik ke aras dua bangunan rumah kedai dan beliau sekali lagi diminta mencabut satu daripada empat sampul surat tetapi sebelum itu, beliau diminta membayar RM4,000 untuk tujuan pengiklanan.

“Saya pun beritahu tak ada wang sebanyak itu dan saya hanya ada RM1,500, itupun dalam bank. Suami saya kemudian turun dan pergi ke bank berhampiran untuk keluarkan duit sementara saya tinggal di atas.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Sial Hari Kekasih Buat Maksiat

Anak kecil yang dibawa bersama untuk tidur di dalam bilik sebuah hotel murahan bukan alasan untuk pihak berkuasa mencekup sepasang kekasih dalam serbuan sempena Hari Kekasih di sini pagi semalam.

Ketika disoal siasat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pasangan tersebut kelihatan tergagap-gagap untuk membuktikan mereka adalah sepasang suami isteri yang sah dan ketika anak kecil itu sedang tidur.

“Mereka ditahan kerana tidak dapat membuktikan hubungan mereka sebagai suami isteri dan keadaan mereka juga amat mencurigakan walaupun terdapat seorang kanak-kanak bersama mereka,” kata Timbalan Pengarah JAIP, Mohd Ghazali Abd. Aziz.

Selain pasangan tersebut, seorang wanita yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kesetiausahaan di sebuah kementerian di Putrajaya turut disiasat dalam serbuan tersebut.

Pegawai kerajaan berusia 22 tahun itu ditemui bersama pasangannya berusia 28 tahun yang bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan di Universiti Malaya di dalam sebuah bilik hotel murah di bandar ini.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Mati termakan kari ikan buntal



Biarpun ramai pelaut tahu bahaya telur ikan buntal, takdir menentukan lima nelayan dalam sebuah bot di perairan Dungun terlupa mengenainya kelmarin.

Pada waktu mereka enak menikmati sajian tengah hari kari ikan buntal yang baru ditangkap, salah seorang daripada nelayan itu yang memasak juadah berkenaan terlupa membersihkan sisa racun pada telur ikan itu.

Dalam masa hanya sejam selepas makan, tekong bot dan empat awak-awak sudah berasa kebas dan pening.




Dalam keadaan mereka terlantar menahan kesakitan, tekong bot, Nordin Sulong (gambar kecil), 43, membuat keputusan untuk belayar pulang untuk rawatan.

Namun, tatkala seorang awak-awak, Khalid Jusoh, 52, memandu bot, Nordin yang berasal dari Kampung Teluk Bidara, di sini, meninggal dunia kira-kira 11.15 malam kelmarin.

Khalid yang juga tukang masak dalam bot ketika ditemui semasa mendapatkan rawatan di Hospital Dungun menceritakan, badannya terasa kebas dan pening sejam selepas makan.


Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Pemakaian tali pinggang keleder di batalkan

:Monkey47::Monkey47:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis bersetuju membatalkan saman yang dikeluarkan bagi kenderaan persendirian yang belum memasang tali pinggang keledar di tempat duduk belakang selepas peraturan memakainya berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Tiada kaitan dengan kerajaan Islam

:Man01:
Penyokong Pas tidak sepatutnya mengaitkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak dengan tumbangnya sebuah kerajaan Islam di negeri itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kerajaan campuran yang dibentuk sebelum ini sebenarnya dikuasai oleh DAP dan pelantikan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, hanya sebagai boneka semata-mata.


Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

BANTAH!!!

Kira-kira 700 orang yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan secara aman di pekarangan Ibu Pejabat UMNO Perak di Ipoh, semalam, bagi mengutuk tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan meletak jawatan.

Mereka menyertai Himpunan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia melaungkan ‘Daulat Tuanku’ sebagai tanda sokongan penuh terhadap Sultan Perak manakala gambar kanan wakil Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Sahril Aziz yang menyertai bantahan di hadapan pejabat DAP Perak di Ipoh menunjukkan surat yang akan dihantar kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya memohon ampun atas kenyataannya untuk menyaman Sultan Perak.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Senyum-senyum Kambing










:Man09::Man14::Man13:blogger-emoticon.blogspot.com

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Jangan menghina Raja Melayu



Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)

Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adal
ah amat memalukan, raja perlu dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. – DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Seolah-olah kita (orang Melayu) jadi patung wayang kulit, Karpal Singh pula menjadi `tok dalang’, manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengadu domba. – JAMALUDIN YUSOF (Presiden Pekida)

Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan. Beliau boleh membawa kes tersebut ke mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu tidak akan berdiam diri. – IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa)

Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memalukan kaum Melayu. Tindakan mereka membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat. – FERIZ OMAR (Presiden Prowaris)

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Clik Iklan Disini

 

coments