Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Pelakon drama Gerak Khas telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret


Dalam drama bersiri Gerak Khas, pelakon Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, 44, yang membawa watak Detektif Lim sering dipuji kerana kerap berjaya menangkap penjenayah.

Namun keadaan sebaliknya berlaku di Mahkamah Majistret di sini semalam apabila dia dituduh mencuri dua buah buku berharga RM194.90 di sebuah kedai buku di Mid Valley Megamall pada Mac lalu.

Farid yang memegang peranan sebagai pegawai penyiasat bahagian jenayah dalam drama popular tersebut bagaimanapun menukar pengakuan kepada mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kali kedua terhadapnya semalam.

Pada 8 April lalu, Farid telah pun dituduh kali pertama atas pertuduhan tersebut dan mengaku bersalah, namun dia yang sepatutnya dijatuhkan hukuman semalam menukar fikiran setelah melantik peguam bela, Nor Azri Mohd. Arif.

Nor Azri yang memaklumkan dirinya baru sahaja dilantik memohon supaya pendakwaan membekalkan kertas pertuduhan kepada pihaknya selain memohon penangguhan perbicaraan bagi meneliti kes tersebut.
Majistret Mohd. Faizi Che Abu membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 18 Jun depan untuk perbicaraan kes itu.

Farid didakwa mencuri dua buah buku berjudul Decoding The Heaven dan The Sistine Secrets, masing-masing berharga RM105 dan RM89.90, milik MPH Bookstore di Mid Valley Megamall pada pukul 7.15 malam 27 Mac lalu.

Buku Decoding The Heaven membongkar misteri penemuan satu peralatan sains purba.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Mukhzany Faiz Mohd. Mokhtar mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berkemeja biru muda hadir berseorangan dan kini dalam jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Masalah hati Dewi Sandra paling berat saat ini


DEWI Sandra, isteri kepada penyanyi popular Glenn Fredly dikatakan menghadapi stres yang paling berat saat ini. Sebelum ini dia sudah berhadapan dengan masalah rumah tangga yang kemudiannya berakhir dengan penceraian. Kehidupan berkeluarga dengan pelakon Surya Saputra tidak dapat diselamatkan.

Dugaan datang lagi kali ini. Seperti baru sahaja melihat gambar-gambar bahagia Dewi dan Glenn, nampaknya ia tidak berpanjangan. Wanita berusia 29 tahun ini terpaksa berhadapan dengan masalah hati dan rumah tangga sekali lagi.

Perkhabaran menceritakan bahawa rumah tangga kali kedua ini bakal menemui kemusnahan. Perkahwinan yang hanya berusia tiga tahun malah gagal mendapatkan zuriat.




Glenn dan Dewi bernikah pada 3 April 2006. Pernikahan Dewi dan Glenn yang berlangsung secara tertutup di Bali malah mengundang tanda tanya kerana Dewi baru saja bercerai dengan Surya.

Kini, kesedihan datang lagi. Satu cara yang diambil bagi menghilangkan segala stres dan sedih adalah dengan membikin album. Itu cara Dewi Sandra untuk menghadapinya.

Dia kini dikatakan sibuk dengan urusan pembikinan album. Dia malah menolak untuk ditemu ramah dan cuma menyampaikan pesanan melalui pengurusnya.

Dewi Sandra dikatakan tidak mengalami stres yang berat tetapi hanya kepenatan kerana jadual yang cukup padat dan mahu menyelesaikan kerja-kerja di studio secepat mungkin.

Dia sebolehnya mahu mengeluarkan album dalam masa terdekat, ujar pengurus Dewi Sandra.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

DEMI bersama suaminya, aktor Ashton Kutcher.


DEMI MOORE dilaporkan telah merayu kepada seorang peminat fanatiknya supaya tidak menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan sepertinya.

Demi telah mendapat tahu seorang wanita berumur 29 tahun, Lisa Connell yang mengidap kanser telah bercadang untuk menjalani pembedahan plastik sebelum dia meninggal dunia.

Lisa dikatakan mahu mati dalam keadaan cantik dengan wajah mirip dengan bintang pujaannya itu.

Demi yang menulis dalam rangkaian laman web sosial Twitter berkata: "Saya berharap dapat menghubungi wanita bernama Lisa Connell yang mahu menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti saya dan saya tidak menggalakkan Lisa melakukan pembedahan tersebut. Wajahnya sendiri dah cukup cantik!"

Lisa yang didiagnos mengidap kanser pada 2006 sebelum ini dilaporkan sanggup berhabisan sebanyak AS$60,000 (RM210,000) untuk menjalani pembedahan menyedut lemak, pembesaran payu dara, pembentukan semla kedudukan gigi dan menegangkan semula kulit, terutama pada bahagian wajah.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Clik Iklan Disini

 

coments