Memaparkan catatan dengan label selebriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selebriti. Papar semua catatan

Bosan asyik berlakon jahat


SAYA terpanggil untuk mengadakan sesi fotografi dengan wanita putih gebu ini setelah menyaksikan pratonton drama 2 Marhalah yang bakal disiarkan di saluran Astro Oasis.

Dia membawa watak wanita malang yang kemudian menjadi pelacur sebelum menemui nur yang mengubah hidupnya.

Usai tontonan, saya didatangi Puan Fatimah Abu Bakar yang turut menonton drama tersebut sewaktu pratonton Megadrama Astro.

Guru lakonan yang terkenal itu bersuara deras dalam nada kesal di depan saya dan Zizie Ezette A. Samad.

Katanya: "Tolong tanyakan pada industri ini kenapa seorang pelakon yang bagus seperti Zizie tidak diberi peluang berlakon filem? Satu kerugian besar kerana dia ada bakat yang mengagumkan. Tolong ya."

Lalu saya ajukan pertanyaan itu kepada wanita kelahiran Kuala Lumpur itu sewaktu wajahnya dirias jurusolek, Tiar Zainal. Dia tersenyum tapi jauh di relung hati yang paling dalam dia sangat terkesan dengan kata-kata Fatimah.

"Dia seorang yang dihormati dalam bidang lakonan. Apabila dia menyatakan begitu, saya sangat terharu."


Awalan kisah perjalanan seninya bermula dengan filem Kekasih Awal dan Akhir pada tahun 1993 yang mengangkat namanya sebagai pelakon pelapis.

Waktu itu usianya baru 15 tahun. Namun rentak seterusnya bertapakkan drama-drama sahaja.

Menoleh ke belakang, Zizie akur dengan perjalanan hidupnya sebagai anak wayang.

Ujarnya, mungkin belum tuahnya untuk muncul lagi di layar lebar. Bagaimanapun rezeki berlakon drama yang terus melimpah sangat disyukurinya.

Keinginan untuk bermain wayang, menabur bakat dan disaksikan di atas kanvas layar putih di pawagam masih tersemat kejap.

"Saya inginkan watak yang berat dan beremosi serta bermain dengan mood," ujarnya tersenyum manis.

Dia akui bahawa langkahnya berlakon filem mungkin terhenti atas sikapnya sendiri.

Sikap yang bagaimana, tanya saya. Dia menjawab dengan jujur: "Kalau direnung kembali, saya yang dahulu lebih pemalu hingga ada yang anggap sombong.

"Tapi sebenarnya saya rasa rendah diri. Sekarang baru ada keyakinan untuk muncul kembali dengan semangat yang membara.

"Baru saya yakin untuk bertemu dengan para wartawan dan bercerita tentang projek demi projek saya.

"Sikap pemalu dan rendah diri itu mungkin salah satu punca mengapa orang tidak nampak saya aktif dan tidak ada yang mahu panggil untuk berlakon filem.


"Saya sedar, dalam industri kita perlu tahu mempromosikan diri dengan cara yang betul."

Jemu watak perempuan gedik

Pesan ibu supaya Zizie bersikap lebih terbuka terhadap media antara bekalan untuk gadis berusia 31 tahun ini bangkit menatap dunia seni yang sebenar.

Dia sudah berani berjalan di atas karpet merah. Dahulu katanya, dia lebih gemar menyelinap di belakang agar tidak melintasi hamparan permaidani itu.

Namun pesan ibu yang senang dipanggil Khaty: "Ini periuk nasi kita. Jangan sampai orang lupa kehadiran kita."

Itulah yang membuat Zizie tahu segalanya perlu diubah. Dia mula yakin untuk muncul di depan khalayak dengan pernyataan tersirat iaitu dia masih wujud dalam industri.

Dia tidak berjalan di atas karpet merah hanya untuk glamor sebaliknya bagi menjual bakat.

Satu prinsip yang dipegang sepanjang menjadi anak seni, Zizie tidak pernah ada sedikit pun sifat dengki. Walau pernah ditikam dari belakang oleh rakan-rakan sendiri, dia tabah dan tidak dikuasai perasaan itu.

"Saya tahu satu hari sifat hasad dengki akan memakan diri sendiri. Ada orang gunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan orang lain dan saya banyak teman-teman yang sebegitu.

"Saya sentiasa ingat pesanan pelakon dan pengarah, Fauziah Nawi, 'Tidak semua manusia berhati baik. Jadi jika terkena dengan orang yang berperasaan dengki, maka sedekahkan sahaja al-Fatihah'."


Zizie mengakui dia bukan malaikat, tetapi akan melakukan kerja seikhlas mungkin.

"Saya berlakon daripada hati dan saya harap segalanya terpancar melalui lakonan saya. Apabila Puan Fatty (Fatimah) berkata begitu, saya tahu penyampaian saya sekurang-kurangnya dapat dibaca oleh penonton," kata Zizie yang inginkan perubahan kini.

Selama ini dia sudah terbiasa benar dengan watak antagonis dalam drama seperti wanita penggoda, ibu tiri dan perempuan gedik.

Kini dia mahukan perubahan agar bukan itu sahaja yang terlekat dalam minda penonton tentang dirinya.

"Risau juga jika orang fikir saya di luar juga begitu. Dalam 10 drama yang saya bawa, lapan pasti watak jahat. Hakikatnya saya adalah seorang yang sangat happy go lucky dan ceria. Bukan penggoda atau garang macam mak tiri."


Maka drama 2 Marhalah bakal membawa transisi dalam hidupnya. Taubat seorang pelacur yang dilakonkan diharapkan membawa sinar.

"Jujurnya drama ini yang paling seronok saya bawakan kerana ia memberi impak dalam lakonan dan kehidupan sebenar saya.

"Bukan mahu mengatakan yang saya ini baik sangat tetapi melalui drama ini saya sudah semakin mendekatkan diri dengan-Nya. Saya sudah mula rajin membeli buku agama dan mentelaah.

"Saya sedar selama ini saya abaikan tanggungjawab sebagai muslimah. 2 Marhalah membuka hati saya ke arah itu. Syukur."

Fizo hanya kawan

Klise katanya apabila kisah peribadinya menjadi bahan gosip walaupun kadangkala cerita itu keluar dari mulutnya sendiri.

Mulanya dia enggan bercerita tentang Fizo Omar, 24, pelakon Spa Q 2 yang dikaitkan dengan dirinya. Masih berbaur klise namun katanya dia berhak juga membetulkan fakta.




"Mungkin umum tidak percaya jika saya katakan Fizo itu hanya kawan. Dia seorang yang menyenangkan dan matang.

"Dia muda daripada saya tetapi dia yang banyak tegur saya itu dan ini. Saya sudah anggap dia macam adik-beradik saya. Itu yang boleh katakan, terpulang mahu percaya ataupun tidak."

Jiwa Zizie masih kosong daripada seseorang yang dinamakan kekasih. Dalam ruang yang sepi itu lebih baik katanya mencatat karier yang lancar. Bukan tidak mahu mencari tetapi biarlah segalanya datang sendiri.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Gerak Khas terkena 'sumpahan'?betul ke?


TAHUN ini, drama bersiri popular yang cukup sinonim dengan Datuk Yusof Haslam, Gerak Khas genap satu dekad bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ia bukan sahaja berjaya meraih rating yang tinggi tetapi juga telah mengumpul hampir jutaan penonton setia. Rentetan pencapaian gemilangnya, drama terbitan Skop Production Sdn. Bhd., itu telah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai drama bercorak kepolisan paling lama disiarkan di kaca televisyen.

Meskipun drama itu menampilkan kesempurnaan setiap watak yang dipegang para pelakon sebagai polis di TV, namun hakikatnya mereka tetap manusia biasa dan tidak sempurna sepertimana watak yang dilakonkan mereka.

Jika penonton setia Gerak Khas beranggapan kehidupan di alam realiti setiap pelakon drama bersiri itu sama seperti karakter lakonan mereka, ia ternyata tidak benar sama sekali.

Lihat sahaja kontroversi yang tercipta oleh sebahagian pelakon yang membintangi drama itu.


Bermula daripada pelakon, penyanyi dan pengacara, AC Mizal yang memegang watak paling popular iaitu Inspektor Mazlan akhirnya terkeluar daripada Gerak Khas disebabkan kontroversi penceraiannya yang kononnya tidak disukai kebanyakan penonton.

Ia kemudiannya diikuti dengan kontroversi paling hangat tahun lalu iaitu kes tangkap khalwat pelakon Norman Hakim yang memegang watak Asisten Supritendan (ASP) Aris bersama pelakon Memey Suhaiza.

Kes khalwat tersebut juga telah membawa kepada penceraian kali kedua Norman dengan isterinya Abby Abadi yang juga salah seorang pelakon drama Gerak Khas yang memegang watak sebagai ASP Aleeza. Impak daripada kontroversi tersebut, karakter ASP Aris dihentikan.

Namun, kisah duka Gerak Khas tidak terhenti di situ sahaja, apabila penonton setianya dikejutkan pula dengan laporan mengenai pelakon yang memegang watak sebagai Detektif Lim, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah didakwa atas tuduhan mencuri dua buah buku di kedai buku MPH di pusat membeli-belah Mid Valley pada 27 Mac lalu.


Jika di Hollywood filem-filem yang dihinggap masalah atau malapetaka termasuk yang membabitkan kematian para pelakonnya seperti filem Poltergeist, Batman, Atuk dan banyak lagi dikaitkan dengan sumpahan, namun adakah Gerak Khas juga boleh diletakkan dalam kategori yang sama?

Sama ada terkena sumpahan atau badi, namun tidak seperti filem-filem Hollywood tersebut, Gerak Khas sebaliknya berjaya meneruskan hayatnya. Penerbitan drama popular itu tetap diteruskan seperti biasa dan sehingga kini ia masih mempunyai bilangan penonton yang mencecah satu hingga dua juta penonton dalam setiap episod yang disiarkan.

Bagi mengupas hal berkaitan isu kontroversi pelakon drama ini, Kosmo! menemu bual Pengarah Urusan Skop Production Sdn. Bhd., yang juga penerbit drama itu, Datuk Yusof Haslam.

Nampaknya kejayaan drama Gerak Khas disulami pelbagai kontroversi yang membabitkan para pelakonnya yang sering keluar masuk mahkamah. Komen Datuk?


Kita sebagai manusia berdepan dengan manusia akan berlaku perkara yang tidak disangka. Tentang soal peribadi para pelakon saya tidak pernah masuk campur. Saya hanya bagi nasihat apa yang patut, yang lain saya serahkan pada mereka.

Namun, kontroversi membabitkan pelakon Gerak Khas seperti tidak habis-habis, terbaru membabitkan Farid Amirul. Adakah dia akan terus bersama Gerak Khas?

Dia masih berlakon lagi dan masih ada kontrak dengan Skop Production. Dia antara pelakon yang memberi komitmen tinggi. Tentang kes itu, rasanya tidak adil untuk saya menjatuhkan kesalahan padanya sedangkan mahkamah pun belum jatuhkan hukum lagi. Setakat hari ini, dia masih lagi bekerja dengan kami seperti biasa, tiada apa yang berubah.

Jika diteliti, seperti ada badi yang terkena pada pelakon Gerak Khas. Apa pandangan Datuk?

Bukan badi, kalau nak ikutkan hanya segelintir sahaja kes yang membabitkan pelakon Gerak Khas, tetapi dugaan yang terpaksa saya hadapi telah bermula sejak awal pembikinan drama ini pada tahun 1999. Cuma tidak dihebohkan kerana tidak membabitkan artis, kalau nak cerita satu persatu sampai esok pun tidak habis.

Kalau dilihat semula, setiap pelakon yang terbabit dengan kontroversi pasti direhatkan sementara ataupun diberhentikan terus sedangkan mereka masih diminati dalam drama Gerak Khas.


Isu direhatkan sudah timbul sejak kes AC Mizal lagi. Ketika itu dia ada masalah rumah tangga dan mendapat liputan meluas media dan sangat kecoh, jadi saya terpaksa rehatkan untuk beri ruang padanya. Maka, isu merehatkan pelakon Gerak Khas bukan perkara baru.

Selepas ketiadaan Norman, kekosongannya telah digantikan dengan watak baru iaitu Inspektor Ashraf yang dilakonkan oleh Zulkifli Ariffin. Kenapa Norman dibuang daripada barisan pelakon Gerak Khas?

Saya tidak pernah buang Norman, saya antara penerbit yang sangat susah nak buang orang, kalau tidak bagaimana Gerak Khas mampu bertahan sehingga 10 tahun. Saya gantikan Norman dengan Zulkifli.

Jadi kenapa watak Norman dihentikan?

Memang kami bagi tempoh rehat selama tiga bulan tetapi selepas itu dia botakkan kepala kerana bernazar. Dalam keadaan kepala botak dia ada berlakon dalam drama lain yang memerlukan dia kekal dengan imej botak. Tetapi untuk Gerak Khas saya minta dia panjangkan semula rambutnya dan beri tempoh dalam dua bulan, malah cuba menghubunginya tetapi tidak ada jawapan daripadanya. Jadi, saya anggap dia tidak berminat dan wataknya dihentikan bukannya dia dibuang.

Walaupun Gerak Khas menampilkan imej yang bersih bagi setiap wataknya, tetapi hakikatnya kisah para pelakonnya tidak sebaik yang digambarkan dalam drama. Ia sedikit sebanyak telah membuatkan peminat drama ini kecewa.

Saya faham sepanjang 10 tahun penonton bersama Gerak Khas, watak-watak dalam drama itu sudah sebati dengan mereka tetapi penonton kena faham yang berlakon itu bukannya polis, mereka hanya memegang watak polis. Di luar drama mereka manusia biasa yang mempunyai masalah dan masalah mereka pula sering mendapat perhatian media kerana mereka seorang pelakon.

Tidak serik mengambil pelakon yang mempunyai masalah?

Masalah sentiasa ada, kalau tidak kerana orang lain, diri kita pula yang buat masalah, itu resam kehidupan. Cuma saya ingin pesan pada para pelakon supaya tidak membawa masalah peribadi ke set penggambaran tetapi kadang-kala masalah peribadi itu terlalu besar untuk digambarkan.

Tidak bimbang Gerak Khas ini tidak diminati impak kontroversi para pelakon?

Kejayaan Gerak Khas bukan terletak pada saya atau pelakon. Saya rasa barisan pelakon sentiasa bertukar, jadi isu kontroversi itu tidak timbul. Masalah mereka di luar tidak ada kaitannya dengan watak yang mereka bawakan. Gerak Khas mendapat rating paling tinggi bukan disebabkan kontroversi tetapi kerana mendapat sokongan daripada penonton.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Glenn bersongkok hormati mahkamah jakarta


Tiga tahun dulu semasa berkahwin, pasangan Glenn Fredly dan Dewi Sandra jadi kontroversi. Masakan tidak, pada masa itu Dewi masih hangat dengan kes perceraiannya. Ada kata kehadiran Glenn yang jadi punca rumah tangga Dewi musnah. Baik Dewi mahupun Glenn pernah menafikannya.

Akhirnya mereka bernikah di Bali tiga tahun lalu. Pernikahan mereka pastilah hangat kerana Glenn beragama Kristian manakalan Dewi pula seorang Islam. Tapi di Indonesia banyak kes kahwin berlainan agama.

Kini mereka kembali hangat apabila mahu bercerai pula. Mereka dalam proses kaunseling dengan mahkamah. Semasa hadir ke Mahkamah Khamis lalu, Glenn kelihatan memakai songkok. Dia ingin menghormati mahkamah.

Kes mereka kini sedang didengar di Pengadilan Negeri Jakarta Selatan. Sebelum dipanjangkan pasal perceraian, mereka diberi kaunseling secara baik terlebih dahulu.

Di mahkamah Glenn dikawal oleh empat bodyguard semasa hadir ke mahkamah.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Rakus diranjang..kena tinggal kekasih agak2 siapa??


Terkejut beruk Den dengar cerita pasal seorang pelakon wanita tu. Dia dah putus hubungan dengan seorang jejaka tidak lama dulu. Kesiah dia kan. Tapi bila dengar antara sebab dia ditinggalkan tu nak tergelak pun ada. Mengucap panjang jugak Den bila dengar kisah dia tu.

Ada satu sumber mengatakan, salah satu punca dia kena tinggal ialah sebab rakus dan sadis sdi ranjang.

Dia suruh si jejaka tadi pukul dia dulu semasa mereka bersama. Oh... ni kes berat ni. Ada jugak orang macam tu ya.

Agaknya jejaka tadi bukan jenis macam tu dan tak boleh tahan dengan cara dia, maka dia tinggallah pelakon wanita tu. Kesian kan...

Tak tahulah pulak macam mana kisah dia dengan orang lain yang dia dekati sebelum atau selepas itu.

Nanti kalau Mangga Muda dengar dia berkawan dengan sapa-sapa, Den nak buat-buat busy bodylah.

Den: Tak rela dipukul, nanti kulit I yang gebu ni berparut pulak.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Diana pengsan 'letih sangat ke diana'


Kesian pula dengar cerita pelakon remaja Diana Danielle. Ada orang beritahu dia pengsan selepas menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.

Den tak hadir ke majlis itu, tapi adalah rakan yang hadir menyampaikan cerita itu. Agaknya dia letih sangat menjalani latihan khidmat negara yang disertainya sekarang.

Yalah selama ini tak buat kerja berat tiba-tiba kena berlatih pelbagai aktiviti di sana.

Tapi sebagai rakyat Malaysia, Diana tak mengeluh. Itu tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Dia sudah kembali ke pusat latihan untuk menyambung latihannya.

Diana juga khabarnya tak akan terlibat dengan promosi filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam kerana komitmen terhadap latihan tersebut.

Agaknya selepas tamat latihan nanti bolehlah Diana berlakon adegan lasak pula kan?

Ada juga ilmu dari sana yang boleh digunanya dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon. Selama ini Diana banyak berlakon watak remaja yang kurang agresif.

Den: Kalau dulu ada program yang sama teringin juga sertai, tapi nak buat macam mana dah terlambat.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Azza elite bawa buah hati ke?


Ini buah hati Azza Elite ke? Semasa hadir ke majlis Mangga Star Search 2009 baru-baru ini Azza bawa orang baru. Buah hati ke? Nampak mesra. Apabila ditanya siapakah yang datang bersamanya, dengan selamba Azza berkata itulah buah hati baru. Lelaki itu senyum sahaja bila Azza berkata demikian.

Tak tahulah Azza ni serius atau main-main sebab sememangnya Azza seorang yang suka berseloroh. Tapi nampak rapat semacam saja pada hari itu.

Che Lie: Baguslah kalu tak menyorok hubungan. Nampak jujurnya.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Sayang Terakhir kisah kedukaan Seri Bayu luah perasaan tulis lirik lagu di HKL


Kau pernah berkata esok ada mentari untuk cinta kita, kau pernah berjanji esok ada pelangi untuk rindu ini.

Itulah antara bait lirik lagu Sayang Terakhir hasil nukilan terbaru Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaluddin Sulik, 43, yang terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak empat hari lalu. Menurutnya, nukilan puitis itu tercipta berdasarkan pengalaman hidupnya bersama isterinya, Erema bagi menggambarkan perjalanan hidup yang pernah mereka lalui sebelum ini.

"Awak tulislah, biar orang lain tahu apa isi hati saya ketika ini, segala suka dan duka biarlah saya menanggungnya sendiri," katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau yang dirawat di HKL kerana menanggung derita penyakit saraf motoneuron disease sebelum ini berhadapan dengan tuntutan perceraian oleh isterinya, Erema atau nama penuhnya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada awal November lalu.

Seri Bayu bernikah dengan Erema pada 19 Disember 2006 dan juga antara penerbit album sulung penyanyi muda itu.

Dalam pada itu, selain masalahnya dengan Erema dan penyakitnya, beliau juga diuji apabila mendapat tahu, bapa tirinya, Abdul Muktee Abdul Rawi, 71, meninggal dunia pada pukul 6.30 petang kelmarin akibat penyakit kanser.

"Saya pasrah dengan apa yang berlaku, cuma terkilan tidak sempat menghadiri pengebumian Allahyarham kerana masih mendapatkan rawatan di HKL," tambahnya.

Menurut Seri Bayu, beliau dihantar oleh seorang kenalannya yang dikenali sebagai Amin ke HKL kira-kira pukul 4 petang Khamis lalu berikutan keadaannya yang semakin lemah.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Siapa dengan Wana tu yaa


Siapa jejaka kacak di sebelah juara My Starz LG, si Wana ni? Buah hati Wana ke?

Macam sepadan pulakan? Jangan salah sangka pulak... jejaka ini ialah saudara kepada salah seorang krew Road Show Soyo, URTV 2009 semasa ke Jitra baru-baru ini.

Sempatlah singgah ke rumah keluarga itu di Kangar, Perlis. Kebetulan jejaka yang bakal menjad seorang guru itu ada di rumah kerana balik bercuti.

Namanya Faizal yang kini sedang menuntut di Insitut Perguruan di Jitra, Kedah. Manja nampaknya Wana apabila bergambar berdua.

Che Li: Suka tengok Wana yang tak banyak kerenah semasa mengikuti road show Soyo di beberapa lokasi. Nampaknya Wana macam residen artis Soyo pulak. Nak buat macam mana... dah orang yang uruskan promosinya, Encik Bohari Rahmat sukakan cara Wana.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Gambar Seksi Personaliti TV Di Malaysia


Berpinar-pinar mata Aku apabila mendapat sekeping gambar yang kononnya seorang personaliti TV popular. Puas Aku tatap. Nak Aku nafikan, memang 100 peratus dia, hendak mengiakan pula Aku rasa takkan dia sanggup pose begitu.

Walau apa-apa pun, Aku harap-harap sangat bukan dia. Bukan apa, dia cantik, lawa dan hot gitu. Sayang sekali jika benar gambar itu dia. Aku terpaksa edit gambar kerana ianya agak panas. Dan juga bukan apa, sekarang ini makin ramai celik IT dan juga kerap salah gunakan bakat yang ada dengan super impose gambar artis tempatan dan letakkan pada tubuh orang lain.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

30 artis tawan Johor


Angka tiga dibawakan dengan jayanya oleh stesen radio Hot FM ke Johor Bahru. Sempena meraikan ulang tahun ketiga kewujudan Hot FM, pertemuan deejay dan artis-artis ternama disajikan bagi menghargai peminat yang selama ini menyokong perjuangan radio tersebut.

Bertempat di Danga Bay, Johor Bahru walau diiringi hujan yang turun seketika, namun ia tidak sedikit pun mengganggu ketenangan dan kesetiaan peminat terhadap keraian ini.

Seramai lebih kurang 40,000 para penonton memenuhi ruangan Danga Bay pada tarikh 1 Mac lalu untuk melihat artis dan deejay kesayangan mereka secara dekat.

Para peminat bukan hanya mendengar suara tetapi menatap wajah Azura, Anne, Ikhwan, AG, Kieran dan Leya yang hadir pada hari tersebut.

Terserlah nilai kesetiaan mereka terhadap stesen radio itu dengan nyanyian bersama bagi setiap lagu baik daripada artis baru mahu pun artis yang sudah lama bertapak.

Sebuah konsert yang dikira berskala besar menghimpunkan sekitar 30 artis dengan antusias masing-masing menghiburkan penonton yang selama ini menantikan ulang tahun ketiga Hot FM diadakan di tanah lapangan Danga Bay.

Acara muzik selama lapan jam tanpa henti itu dimulakan dengan pelbagai acara termasuk pameran, jualan serta aktiviti yang berlangsung di gerai TM.




Memeriah dan memanaskan suasana adalah kedatangan deejay popular, Fara Fauzana dan Faizal Ismail, tag team yang memang berjaya 'menghuru-harakan' suasana pagi dengan segmen Hot Fm Korner.

Ketara dalam usaha menyemarakkan industri muzik tanah air dan pergerakan muzik indie, Hot FM membawakan pelbagai jenis grup di pentas mereka.

Bermula dengan persembahan kumpulan yang dikesan melalui program realiti anjuran Hot FM, Moderate dan Pardone Me menunjukkan kebolehan sebenar mereka bergelar grup di Johor Bahru.

Kehadiran Pesawat, Bau, The Divine Masters, One Buck Short dan Maximus yang mendapat respon hangat daripada peminat yang ikut serta menyanyi.

Kemunculan band kegemaran masa kini, Meet Uncle Hussain memang dinantikan. Walau dalam penat berkejaran di seluruh negara mengadakan persembahan, MUH tampil bertenaga dan menghiburkan.


PEMINAT bukan hanya mendengar suara bahkan dapat melihat dari dekat deejay kesukaan mereka beraksi.


Stacy, si gadis Sabah menggunakan peluang sebaik mungkin dengan menampilkan kehadiran penyanyi merangkap pemain gitar, Faizal Tahir dalam persembahannya.

Tidak dinafikan, inilah sebuah acara muzik yang menjadi kayu pengukur bagi kejayaan Hot FM bertapak dalam ruang hati peminat dan industri seni tanah air.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

nora danish Masih 'menantu' Tan Sri


KETIKA hati dan jiwanya parah, di dalam rahimnya berdetik degup jantung tanda ada insan kecil yang sedang bernafas. Kini, teman hatinya bukan lagi insan kecil yang hanya dilihat di skrin hitam putih semasa dalam bilik rawatan bersama doktor, bukan lagi janin yang bernafas dalam rahimnya, sebaliknya, di pangkuan Nora Danish kini ada seorang putera harapan yang lahir setelah sembilan bulan menemani hari-hari sepi ibunya tanpa suami.

Benar status Nora Danish itu ibu tunggal tapi hidupnya tidak sendirian bahkan disimbahi cahaya yang terang benderang, cahaya yang menerangi suram kamarnya dan cahaya penyuluh jalan hidupnya. Cahaya itu - Putera Rayqal Ramli yang hari ini sudah dua bulan 17 hari menjadi peneman hidup Nora. Inilah zuriat tanda cintanya yang pernah bersemi bersama Rizal seketika dahulu.

Ini juga kali pertama laman hati pelakon yang popular menerusi siri TV, Puteri itu terbentang seluas-luasnya untuk menjemput teman media sama-sama menyaksikan hari penting sang puteranya mengenal adat dunia, adat mencukur jambul dan naik buaian. Sekali gus menjadi setik pertama untuk Rayqal diperkenalkan kepada masyarakat di luar sana.

"Inilah Rayqal, permata hati saya. Usianya sudah dua bulan lebih dan sejak dilahirkan sampailah ke hari ini, dia senang dijaga yang tidak banyak kerenah.

"Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas segala kesejahteraan, rezeki dan kesihatan yang dianugerahkan kepada saya dan anak ini," luah Nora penuh syahdu ketika ditemui selepas majlis cukur jambul puteranya, Putera Rayqal Ramli di kediaman bekas mentuanya di Ampang, Selangor.

Sepanjang majlis berlangsung, suara tangis Rayqal langsung tidak kedengaran, ada masanya anak kecil itu lena di pangkuan bapanya, Rizal Ashram Ramli dan ada masa di pangku sang ibu muda, Nora sendiri.


SEMANGAT BARU. Kelahiran Rayqal memberi sinar buat Nora untuk meneruskan hayat.


Ketika acara cukur jambul juga, Rizal dan Nora bergilir-gilir mendukung Rayqal dan paling menyentuh perasaan, dua jiwa yang tidak lagi bersatu atas nama suami isteri itu berada di kiri dan kanan buaian mengulik anakanda yang sedang beradu.

Bersulam marhaban dan selawat bacaan Kumpulan Al-Firdaus yang diketuai Hajah Maimunah Ali, majlis meraikan Putera Rayqal ini meriah dalam suasana penuh kesederhanaan.

Senyuman di bibir bekas mentua Nora, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan isteri Raja Puan Sri Datuk Noorasyikin Raja Abdullah dan ibunya sendiri, Puan Sally Talib tidak pernah lekang di bibir. Masing-masing bahagia dan gembira melihat cucu sulung, pewaris dua keluarga itu sihat tanpa cela.

Walaupun sewaktu Nora diceraikan suaminya Rizal, Rayqal masih lagi dalam kandungan, namun kehadiran Rayqal sebenarnya sebuah anugerah yang menjadi 'penyambung' menyatukan semula hubungan dua keluarga yang hampir terputus.


DUA keluarga yang hampir terputus ikatan akhirnya kembali bersatu dengan kelahiran Rayqal.


Menurut Tan Sri Ramli, biarpun anaknya Rizal sudah tiada jodoh dengan Nora, namun mereka sekeluarga masih melihat Nora sebagai menantu sama seperti ketika mula-mula menjejak kaki ke rumah mereka dahulu.

"Saya masih anggap dia (Nora) sebagai anak menantu saya, hubungan kami mesra bahkan lebih dekat lagi selepas Rayqal lahir kerana setiap hari kami berjumpa. Apa yang berlaku di antara mereka berdua (Nora dan Rizal) tidak akan mengubah kasih sayang saya terhadap cucu saya, Rayqal dan Nora," ujar Ramli penuh makna.

Sambungnya lagi: "Bila dapat cucu pertama lain benar rasanya sama ketika kami mula-mula dikurniakan anak pertama (Rizal) dulu. Kalau dulu setiap hari minggu, saya dan Puan Sri boleh keluar atau bersantai tapi sekarang kebanyakan masa terluang mahu dihabiskan bersama dia (Rayqal)."

Isterinya, Raja Puan Sri Noorasyikin juga begitu, kasih sayang mereka kini tertumpu untuk Rayqal memandang anak yang lain sudah besar panjang. Walaupun jauh di sudut hatinya, dia mahu anak dan bekas menantunya itu bersatu kembali tetapi sebagai ibu dia hanya mampu berdoa.

"Semua pihak mengharapkan perkara yang baik tapi saya tak mahu komen apa-apa tentang hubungan mereka, saya tak mahu wakili sesiapa. Dah takdir hidup mereka begitu. Tinggal lagi kami sebagai orang tua tambahan sekarang sudah bergelar nenek dan datuk, kami mahu lihat Rayqal membesar dalam keadaan sempurna dan kami sendiri sudah tidak boleh berenggang dengannya walau sehari.

"Disebabkan saya bekerja, setiap malam kalau Rayqal tidak ada di sini saya akan jenguk dia di rumah ibunya. Biasanya setiap petang, Nora akan datang ke sini membawa Rayqal menemui datuknya," beritahu bekas ibu mentua Nora penuh ramah.


NORA tetap disayangi, malah semakin mesra oleh pihak keluarga bekas mentuanya.


Berbalik kepada Nora, walaupun hubungannya dengan bekas suami masih berjalan baik terutama selepas kehadiran Rayqal, ibu muda ini masih bertahan dengan kata hatinya. Sampai ke saat ini, pegangannya masih teguh dan masih belum berubah. Cuma yang mampu Nora perjelaskan sekali lagi, hubungannya dengan bekas suami berjalan baik kerana anak.

Kesukaran pertama, sendirian mengandungkan anak tanpa suami di sisi sudah dilalui. Di depan Nora kini terbentang cabaran, gelora apakah lagi yang bakal menghempas dirinya.

Sebelum membuka bicara tentang kesukaran meneruskan perjalanan sebagai ibu tunggal, akui Nora, hidupnya kini semakin bahagia dan semakin bermakna. Putera yang lahir 7 Januari lalu sudah diberi nama seindah purnama.


HARAPAN Nora mahukan anaknya ini menjadi seorang tahfiz al-Quran.


Harapannya, biarlah pula anak itu membesar bijak dan menjadi anak yang soleh. Kata Nora, teringin di hatinya mahu Rayqal menjadi seorang tahfiz al-Quran.

"Orang kata, bila seseorang yang hafal al-Quran meninggal dunia, dia boleh tarik empat orang lain untuk masuk ke syurga bersama-sama dengannya.

"Kalau tak sampai ke tahap itupun, saya mahu Rayqal mendapat pendidikan yang sempurna, kalau boleh biarlah dia menjadi seorang yang berpendidikan dan bercita-cita tinggi. Dewasa nanti, kalau dia mahu pilih dunia seni saya tidak akan halang," ujar Nora yang meminjam semangat ibunya, Sally Talib, juga seorang ibu tunggal.

"Saya sendiri kehilangan bapa ketika berusia 12 tahun, jadi ibu banyak memberi inspirasi kepada saya. Insya-Allah, semuanya nanti akan jadi mudah asalkan saya pandai menjaga diri dan bijak membahagi masa. Saya bersyukur ada keluarga bekas mentua banyak memberi sokongan," katanya bersulam ceria.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

NORMAN HAKIM berlakon sebagai pondan dalam drama Donut.


WALAUPUN drama yang dibikin produksinya, JS Pictures, Mabuk Estrogen menjadi kontroversi, penerbitnya, Sheila Rusly ternyata meneruskan karya menyentuh soal hubungan songsang.

Kali ini, beliau muncul sekali lagi dengan karyanya yang mengangkat perihal golongan homoseksual, Donut dan membongkar beberapa kategori lelaki gay yang ada dalam kalangan lelaki zaman moden ini.

Tempias kontroversi turut terkena dua pelakon utamanya, Norman Hakim dan Fizz Fairuz.

Mereka selalu dilihat dengan gaya jantan di luar set lakonan tetapi menerusi drama Donut, transformasi kedua-dua pelakon itu benar-benar memberi kelainan dan dijangka lakonan mereka bakal mencetus kontroversi di negara ini.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Johan nafi cium depan khalayak ramai


AKSI mesra pengacara dan pelakon Johan atau nama sebenarnya, Mohd. Yazid Lim Mohammad Aziz bersama pasangannya, Ozlynn Waty, kini semakin menjadi bahan bualan orang ramai.

Pasangan itu didakwa gemar membuat 'wayang percuma' dan menimbulkan rasa meluat orang yang menyaksikan adegan kurang sopan mereka itu.

Aksi selamba yang dikatakan sengaja dipertontonkan itu juga semakin banyak mengundang tanggapan negatif terhadap pengacara rancangan Raja Lawak Astro itu.

SensasiBintang: Mengenai kontroversi yang semakin hangat diperkatakan antara anda dan Ozlynn, boleh jelaskan kesahihan cerita tersebut?JOHAN: Kami tidak berniat untuk mempertontonkan aksi tersebut di depan khalayak. Kami cuma berbisik dan bukan bercium seperti yang didakwa.
Tapi gambar yang disiarkan menunjukkan anda memang bercium dan berpeluk dengan Ozlynn?

Ingin saya jelaskan di sini, gambar dan artikel yang dikeluarkan adalah berbeza.

Maksudnya?

Saya memang ada peluk dia (Ozlynn), tapi bukan pada malam persembahan Gelanggang Akhir Raja Lawak baru-baru ini. Gambar dalam artikel itu merujuk kepada aksi kami di pusat boling, dan bukannya pada malam itu. Saya ada saksi. Kalau mahukan kepastian, tanya pak cik saya, Zaibo.

Dia turut bersama saya ketika bertemu dengan Ozlynn. Takkan saya nak peluk dia depan pak cik saya. Cuma yang saya tahu, ada pihak yang sengaja memburuk-burukkan kami.

Selepas gambar itu disiarkan media, apa kata keluarga anda?

Saya dah terangkan pada mereka apa sebenarnya yang terjadi pada malam itu. Jadi keluarga saya faham dan nasihatkan saya supaya jadikan ia sebagai satu pengajaran.

Kalian ada mengatakan akan mendirikan rumah tangga sekitar bulan Jun. Dengan insiden ini, adakah kalian akan berkahwin dalam masa terdekat?

Kami memang akan berkahwin. Sebelum kejadian ini pun memang kami ada merancang untuk berkahwin dalam bulan Jun. Cuma tahun saja kami belum putuskan bila.

Bagaimana reaksi Ozlynn ketika dia tahu tentang berita ini?

Dia dah boleh agak apa yang wartawan akan tulis. Jadi bila kami baca artikel itu, dia cuma tersenyum dan tak kisah dengan apa yang orang nak cakap.

Dia tak kisah dengan tanggapan negatif orang terhadap dirinya?

Ozlynn dah cakap pada saya dia tak ada masalah dengan perkara itu. Lagipun kami tahu apa yang kami lakukan. Selagi kami pakai baju, saya rasa tak salah. Lagipun seperti yang dah saya nyatakan, kami hanya ingin bercakap, bukannya bercium.

Anda dah jadi seorang public figure, tapi kenapa masih nak berkelakuan macam itu?

Saya tak boleh tutup mulut orang. Yang buruk orang mesti nak cepat tahu. Bagi mereka yang dah lihat aksi kami, pastikan dulu kebenarannya. Bukan dengan mendengar daripada mulut orang dan membuat kesimpulan sendiri. Kami ada alasan kukuh kenapa kami berbuat demikian.

Tentang tanggapan peminat terhadap anda, adakah anda sudah bersedia menghadapinya?

Saya harap peminat akan terus menyokong karier saya dan bukannya peribadi saya. Apa yang terjadi adalah peribadi saya. Saya tak nak ia dikaitkan dengan kerjaya saya. Ia terlalu peribadi.

Bila dah jadi macam ini, apa tindakan anda selanjutnya?

Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan ambil ia sebagai satu pengajaran. Saya takkan ambil tindakan ke atas mana-mana pihak kerana saya percaya kebenaran akan berpihak pada saya sama ada cepat atau lambat.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Dila pelajar AF7 pertama tersingkir


Program realiti popular tanah air, Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) menyaksikan Nas Adila Mohd. Dan atau Dila menjadi pelajar pertama yang tersingkir pada konsert kedua program itu di sini malam tadi.

Penyingkiran tersebut yang diumumkan oleh pengacara AC Mizal membuatkan sebilangan besar penonton program itu terdiam seketika kerana menyangkakan Mohd. Yazid Ibrahim, 22, atau Zuzafrini Zulkifli, 25, yang tersingkir memandangkan nama kedua-duanya yang telah dipanggil sebelum itu.

Pada konsert kedua yang berlangsung di Dewan Seri Putra Bukit Jalil di sini, Adila dari Johor Bahru membawakan gabungan dua lagu iaitu Merawat Luka Terpendam dan Asyik yang dipopularkan oleh Liza Hanim dan Amelina.

Undian melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada penonton nyata tidak mencukupi. Peserta berusia 23 tahun itu terpaksa meninggalkan 13 lagi temannya untuk meneruskan perjuangan di AF7.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Diana Danielle masuk PLKN


altHARI ini merupakan hari yang penuh debaran buat gadis jelita ini. Bukan kerana menghadiri uji bakat lakonan atau temu janji bersama teman istimewa, tetapi inilah harinya Diana Danielle melangkah masuk ke kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Mengakui dibelenggu emosi kesedihan, Diana yang ditemui Selasa lepas, turut tidak menolak debaran di hatinya - bukan kerana takut dengan situasi yang akan dihadapinya nanti, sebaliknya perasaan rindu terhadap ibu kesayangan yang membuak-buak pasti akan dirasainya nanti.

Detik menyertai program itu di Kem Princess Haliza, Sepang sememangnya dinanti-nantikan oleh Diana, namun kerisauan memikirkan terpaksa meninggalkan ibunya, Norsiah Ramli sendirian, membuatkan perasaan sedih dirinya tidak mampu disorokkan.

Mana tidaknya, dari kecil hinggalah besar, ibu dan anak ini boleh dikatakan seperti belangkas. Bagi Diana, ibunya ibarat teman karib, ibu dan ayah untuknya bermanja dan meluahkan segala masalah susah senangnya.

"Memang saya teruja untuk menyertai PLKN memandangkan saya pun tidak pernah merasa pengalaman berada dalam PLKN.

"Dalam perasaan seronok ada juga rasa sedih bila fikirkan mama dan saya akan berpisah buat sementara waktu ini.

"Nak tak nak, saya perlu menempuhinya cuma bimbang tidak dapat mengawal perasaan rindu bila teringatkan mama sendirian di rumah. Apa-apa pun saya kena kuatkan diri, selamatlah adik saya (Halley Hayden) akan menjadi peneman ibu," ujar pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Lee Beeson ini.

Tambah Diana, apa yang membuatkan dirinya pasti akan lebih rindu kepada ibu tersayang adalah apabila telefon bimbit hanya boleh digunakan pada hari Sabtu dan Ahad serta boleh menerima pelawat pada dua hari itu sahaja.

Biarpun sedih meninggalkan ibunya selama tiga bulan, Diana sudah pun bersedia menempuh cabaran baru dari segi fizikal dan mental.

Apalagi dengan pengalamannya di sekolah yang aktif bersukan, rasanya pelakon jelita ini tidak mempunyai masalah untuk menjalani aktiviti-aktiviti lasak.

Menurutnya, mungkin dengan menyertai PLKN, Diana mampu membentuk dirinya menjadi seorang remaja yang lebih berdisiplin dan berdikari.

alt"Biasalah, saya dengan mama akan sentiasa bersama, jadi sering dimanjakan mama. Semua benda mama yang tolong buatkan.

"Tapi bila dah tinggal di kem, sudah pasti saya akan uruskan semua perkara sendirian tanpa bantuan sesiapa.

"Insya-Allah saya boleh menyesuaikan diri dengan suasana serta teman-teman baru di sana. Apa yang membuatkan saya rasa sedikit lega, ramai kawan-kawan yang akan bersama saya dalam kem itu. Tak adalah rasa kekok sangat," katanya.

Mungkin akan dibuli

Siapa yang tidak risau bila memikirkan macam-macam cerita yang tidak elok didengar daripada pihak luar tentang program PLKN.

Sehinggakan ada ibu bapa beria-ia membuat rayuan agar anak mereka tidak dimasukkan ke program tersebut yang mungkin dapat membahayakan anak mereka.

Namun, bagi Diana, dia lebih suka jika program ini difikirkan secara positif. Biarpun ada sedikit perasaan gusar di hati, tidak bermakna ia boleh menghilangkan semangatnya sebagai salah seorang daripada peserta PLKN.

"Pernah juga saya terfikir dengan cerita-cerita agak menakutkan yang pernah dipaparkan surat khabar. Sampaikan ada yang meninggal pun ada, tapi ajal itu kan di tangan tuhan.

"Saya positifkan diri. Bagi saya perkara-perkara yang tidak diingini boleh berlaku dimana-mana sahaja. Lagipun keselamatan kita memang pihak PLKN jaga. Jadi tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

alt"Mama pun ada juga nasihatkan saya untuk berhati-hati dan pandai menjaga diri sepanjang berada di kem," tuturnya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Bintang Popular di Hotel Palace of the Golden Horses kelmarin.

Ditanya pula tentang keistimewaan yang mungkin akan diberikan kepadanya memandangkan dia seorang selebriti, dia yakin tiada keistimewaan untuknya.

"Saya rasa, dalam kem itu semua orang akan dilayan sama rata. Tidak ada siapa yang akan diberikan keistimewaan.

"Cuma mungkin saya akan 'dibuli'. Menjadi seorang selebriti, tak semua yang sukakan kita. Walau apa pun, saya bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku," ujar Diana.

Sementara itu, sebelum meninggalkan keluarga tercinta, Diana telah memberikan hadiah hasil daripada air tangannya sendiri dengan membuat kek coklat.

"Dah lama saya teringin nak buat kek, cuma masa tak ada. Jadi sebelum pergi PLKN saya nak beri sesuatu kepada keluarga saya.

"Lagipun inilah kali pertama saya membuat kek. Tak tahulah mereka suka atau tidak," selorohnya.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Rizal ada dlm party Fasha

saya ada terima kiriman e-mel yang menyertakan gambar-gambar satu party Fasha Sandha.
Tak tahulah pulak bila tarikh dan di mana tempat party diadakan. Yang pasti di sebuah tempat yang tidak ada orang awamlah.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Siapa dengan Farid Kamil??


Siapa wanita di sebelah Farid Kamil tu? Nampak mesra dan keluar minum bersama di sebuah kafe.Ada orang mengaitkan nama Farid dengan pelakon muda Lisa Surihani. Kalau Farid benar-benar dengan Lisa, takkan dia membawa wanita lain pula keluar malam-malam.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Aida Juara 'Gadis Melayu' 2009


Bagi mereka yang terlepas menonton finale ‘Gadis Melayu’ di TV9 tadi, Khairul Noormaidah Zali atau lebih senang dengan panggilan Aida, telah dinobatkan sebagai ikon Gadis Melayu. Siapa yang sangka bila pelajar berusia 23 tahun ini disuruh menyenaraikan tiga ciri utama untuk menjadi seorang ikon Gadis Melayu – soalan yang dikemukakan Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, selaku salah seorang panel juri – orang yang diperkatakan itu adalah dirinya.

Namun, itulah antara ciri-ciri penting yang dicari dalam ikon Gadis Melayu – seorang yang mempunyai keintelektualan ilmu dunia dan ukhrawi, memiliki jati diri yang kuat, dan berkarisma, yakin serta mempunyai keperibadian untuk menginspirasi dan memberi impak positif pada masyarakat.

“Ini adalah amanah yang diberi rakyat Malaysia, TV9 … Terima kasih kepada famili yang banyak membantu, ummi, abah …InsyaAllah saya akan galas tanggungjawab ini dengan penuh tanggungjawab. Takkan Melayu hilang di dunia,” kata Aida selepas kemenangannya.

Gadis kelahiran Kuantan, Pahang ini berjaya menewaskan Noor Afzan Mohd. Afzul Khan, Siti Nurashikin Mohd. Noor, Nurul Khusna Uma dan Nur Aishah Zainal untuk membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM67,000 (termasuk RM10,000 wang tunai). Sementara empat finalis lain akan menerima hadiah sagu hati bernilai RM44,000.

Selain Datuk Dr Nik Safiah, panel juri lain termasuk Toh Puan Noor Aini Datuk Abdullah, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood, Stephen Rahman-Hughes dan Dr Fazley Yaacob. Panel juri menyumbang kepada 60% jumlah pemarkahan manakala selebihnya dari undian SMS.

Dapatkan info selanjutnya di laman web Gadis Melayu, www.tv9.com.my/gadismelayu.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Bakal jadi pengkritik tetap AF7?


GOSIP penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Huda Ab. Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul, bakal dilantik menjadi pengkritik tetap rancangan realiti, Akademi Fantasia 7 (AF7), kini semakin hangat diperkatakan.

Begitupun, tuan empunya badan hanya mampu tertawa kecil saat mendengar khabar angin, bakal duduk di kerusi 'panas' pengkritik tetap rancangan AF7.

Tidak dinafikan, ada riak terkejut pada mulanya apabila kisah itu dibentangkan. Namun Nurul pantas bertukar riak selamba semula, sambil bersikap profesional dengan gosip yang terus dijaja oleh peminat dan individu tertentu dalam lapangan seni.

Bagi Nurul sendiri, kalau ada kebenarannya tentang gosip dia bakal menjadi pengkritik tetap AF7, maka sudah pastilah dia menjadi orang pertama paling teruja.

"Kalau dapat, saya bersyukur sangat," sahut Nurul tergelak kecil semasa ditemui pada sesi merakam lagu terbarunya di Execellent Studio milik Sharon Paul di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, Petaling Jaya minggu lalu.

Beritahu Nurul, dia bagaimanapun tidak menganggap gosip bakal dilantik sebagai pengkritik tetap AF7, menjadi satu masalah besar untuk dirinya.

"Saya suka sangat apatah lagi dapat bekerjasama dengan pihak produksi AF7 di empat buah lokasi yang berbeza di seluruh negara baru-baru ini.

"Saya dipilih untuk menjadi juri dan membuat tapisan para peserta di beberapa buah tempat antaranya adalah Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Sabah.

"Penerbit dan seluruh warga kerja AF7 kelihatan komited dalam melaksanakan tugas masing-masing demi mahu mencari bakat baru untuk diketengahkan dalam industri.

"Secara jujurnya, boleh dikatakan hampir keseluruhan warga kerja AF7 merupakan orang-orang yang berbeza, kalau ingin dibandingkan dengan enam musim sebelum ini.

"Rasa seronok dapat kerja dengan mereka yang bersifat gila-gila, namun mereka tetap bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak Astro.

"Mereka mengetahui apa yang dimahukan termasuk mencari bakat-bakat baru di seluruh negara, malah mereka sentiasa berahsia dalam segala hal yang berkaitan AF7, supaya tidak diketahui umum.

"Itulah yang membuatkan saya jatuh cinta dengan sikap warga kerja AF7," luah Nurul tanpa berselindung.

Penyanyi berusia 32 tahun itu berkata lagi, setelah gosip yang bertiup kencang mula menerima perhatian masyarakat, namun seluruh warga kerja AF7 tidak sesekali mendedahkan apa jua maklumat.

"Mereka buat tidak tahu, malah berdiam diri sahaja tentang gosip saya bakal dilantik menjadi pengkritik tetap AF7.

"Saya tidak meletakkan sepenuh keyakinan tentang gosip ini, sebaliknya saya sedar ada lagi karyawan seni lain yang boleh menjadi pengkritik, selain saya sendiri," tambah Nurul dalam lontaran suara cukup merendah diri.

Barangkali, ada sesetengah pihak yang bersikap skeptikal tentang kredibiliti dan bakat Nurul untuk menjadi seorang pengkritik.

Mungkin ada yang berpendapat Nurul ibarat penyanyi hingusan, yang belum selayaknya untuk berada di tempat pengkritik tetap AF7.

Satu persoalan lain, mampukah Nurul bertukar karakter menjadi lebih celupar berbanding sebelumnya? Kita maklum sahaja, kebanyakan juri tetap AF sebelum ini agak 'keras' dan boleh dikatakan agak celupar bila membuat kritikan memandangkan mereka telah diamanahkan untuk berlaku 'sejujur' mungkin dengan peserta.


NURUL mungkin kelihatan naif, namun itu bukan bermakna dirinya boleh diperkotak-katikkan.


Dalam nada tenang Nurul menyampuk, dia mahu masyarakat menilai pengalaman yang dimilikinya dalam bidang seni suara selama 15 tahun, sebagai medium utama untuk dia berkongsi dengan bakat-bakat baru.

"Secara tidak langsung, ia menjadi motivasi dan perangsang untuk saya. Tambahan pula dengan proses yang pernah saya lalui sepanjang tempoh melebihi satu dekad berstatus anak seni.

"Banyak kenangan yang pernah saya jalani dalam hidup. Saya menerima banyak nasihat daripada peminat yang sebelum ini terserempak dengan saya, semasa berada di tempat awam.

"Bukan itu sahaja, hidup bersama bekas suami, Ajai selama 10 tahun sebenarnya sudah banyak mematangkan saya mendalami selok-belok dalam kehidupan dan bidang seni.

"Saya merupakan seorang wanita yang tidak gentar apabila dicabar. Kalau dicabar, lantas saya akan pastikan untuk melawan semula demi membuktikan kebolehan diri.

"Kerana itu saya lihat proses pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini indah, lantas dapat dikongsi bersama orang lain," ungkap Nurul yang kelihatannya naif, namun ia tidak bererti dirinya boleh diperkotak-katikkan oleh orang lain.

Jika selepas ini, masih lagi ada pihak menidakkan kemampuan dirinya, yang bergelar seorang penyanyi, maka ringkas sahaja ucap Nurul: "Saya anggap kata-kata ini sebagai cabaran."

Muncul dengan album baru

Tutup kisah yang mengaitkan Nurul diuar-uarkan bergelar pengkritik tetap AF7 yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

Nurul sebaliknya lebih teruja bercerita tentang proses pembikinan album studio, yang bakal menemui peminat pada Mac nanti.

Sebelum episod manis tentang albumnya dibicarakan, Nurul mengakui, berdepan dengan pelbagai masalah yang tidak dinafikan mengguris sedikit jiwanya, yang selama ini bersifat kental.

Tambah Nurul, pengalaman yang pernah dilaluinya memberi semangat untuk meneruskan kerjaya seni.

Meskipun pembikinan album solonya sebelum ini tertangguh hampir tiga tahun lamanya, namun kini segala yang diinginkan oleh Nurul, semakin hampir menjadi kenyataan.

"Pembikinan album terbaru ini sebenarnya sudah pun lama dirancangkan. Cuma kerana sebab-sebab yang tertentu, ia akhirnya tertangguh, hingga saya menemui Metadome Sdn. Bhd.

"Saya merupakan individu yang komited semasa bekerja, apatah lagi mahu melahirkan album baru. Malah saya juga mahukan orang yang bekerja dengan saya, harus komited sama.

"Tidak dinafikan, sebelum ini saya kurang yakin dengan syarikat lain daripada segi kemampuan bekerja.

"Apabila Metadome memberi peluang untuk saya bergelar artis rakaman mereka, saya terus setuju tanpa mahu fikir panjang.

"Pekerjanya juga terdiri daripada orang-orang kuat industri seni yang bersungguh-sungguh melaksanakan kerja sendiri.

"Disebabkan percaya dengan kredibiliti yang telah mereka perlihatkan, maka saya menerima tawaran Metadome pada bulan Disember tahun lalu.

"Saya harap album baru ini dapat memenuhi syarat yang ditetapkan dan hasilnya juga berkualiti," ujar Nurul.

Kerjasama dengan Sharon

Tidak ketinggalan, Nurul juga menjalinkan kerjasama dengan komposer terkenal yang juga merupakan isteri kepada aktor, Rusdi Ramli iaitu Sharon Paul.

"Sudah lama saya berkeinginan untuk bekerja dengan Sharon, cuma baru kali ini ia tercapai.

"Sharon seorang yang serius apabila bekerja, tetapi dia tetap terbuka menerima pendapat orang lain.

"Boleh dikatakan, Sharon merupakan orang baru dalam dunia seni, jadi ideanya lebih segar serta mengikut peredaran masa.

"Saya juga tidak mampu untuk menidakkan kebolehan komposer lain, cuma kali ini saya mahu cuba sesuatu yang baru, untuk penjenamaan semula diri saya.

"Paling mengujakan, saya dan Sharon mempunyai keserasian semasa bekerja, hingga ia menjadi faktor terpenting untuk menghasilkan sesuatu karya yang baik," kata anak kelahiran Pulau Pinang itu teruja.




Bercerita mengenai albumnya, sebanyak tujuh lagu dimuatkan. Terdapat lima buah lagu baru manakala dua lagu lama, menjadi bonus buat peminat.

"Sewaktu sesi pemilihan lagu, saya diberikan sebanyak 15 lagu untuk dipilih dan semuanya sedap didengar serta berkualiti.

"Saya mendengar keseluruhan lagu ini semasa memandu. Kerana tidak tahu lagu yang mana satu mahu dipilih, saya menyerahkan kepada Metadome untuk buat keputusan.

"Akhirnya sebanyak lima lagu terpilih. Antaranya adalah Sepenuh Jiwa, Kala Hati dan Jadikan Aku Bintang.

"Manakala dua lagu yang menjadi bonus dalam album ini adalah lagu saya yang dirakam tahun lalu.

"Buat masa ini, dua lagu lain masih belum mempunyai judul yang bersesuaian.

"Insya-Allah, album yang berbeza daripada apa yang peminat dengar sebelum ini, bakal dipasarkan pada pertengahan bulan depan.

"Dengan kelahiran album genre pop ini, saya percaya peminat dapat melihat kelainan di antara Nurul dahulu dan sekarang," akhiri duta Power Root itu sambil ketawa mengekeh.


Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Linda hendak anak segera




DITEMUI selepas tamat majlis pernikahan dan resepsi persandingan pelakon popular, Que Haidar, 30, dan guru tari terkenal, Linda Jasmine, 37, yang diadakan di Restoran Bora Ombak, Ampang, Sabtu lalu, riak gembira jelas terpancar pada raut wajah kedua-dua mempelai.

Walaupun kelihatan penat, Que dan Linda tidak mampu untuk menyembunyikan isi hati bergelar raja sehari, lantaran keesokan harinya mereka mula menjalani kehidupan bersama-sama sehingga ke akhir hayat.

Que dan Linda tidak henti-henti menguntum senyuman manis. Rupa-rupanya senyuman manis pada bibir mereka punya maksud tersurat dan tersirat.

Linda tanpa berselindung mengakui tidak sabar untuk menimang cahaya mata hasil perkongsian hidupnya bersama Que.

Barangkali ada peminat yang terkejut. Sedangkan Linda diketahui umum sebagai seorang jurulatih tari yang memerlukan dirinya untuk bergerak bebas, apatah lagi bidang tarian menjadi cinta sejatinya sejak dari dahulu lagi.

"Saya memang hendak ada anak," jawab Linda ringkas sambil tersenyum manis apabila diajukan pertanyaan oleh pihak media.


QUE berharap dapat menjadi suami Linda buat selama-lamanya.


Beritahu Linda, walaupun selepas bergelar isteri, dia tetap akan meneruskan kehidupan seperti biasa, bergelar guru tari, namun perihal anak memang tidak pernah terlepas dalam direktori hidupnya.

"Insya-Allah, kalau boleh saya hendak anak dalam masa yang terdekat, tanpa perlu dirancang atau ditunggu-tunggu lagi.

"Soal kerjaya saya sebagai seorang guru tari dan kalau mengandung selepas ini, rasanya ia boleh diaturkan.

"Saya berserah semuanya kepada Yang Maha Esa. Saya harap tidak akan ada sebarang masalah kelak," jelasnya sambil mengerling manja ke arah Que.

Que dan Linda dinikahkan oleh jurunikah dari Kampung Melayu, Ampang, Abu Sapian Jasin pada pukul 5.50 petang di restoran itu.

Linda menerima mas kahwin sebanyak RM1,101 dan senaskhah al-Quran sebagai hantaran.

Sebagai balasan pula, Linda menghadiahkan suaminya sebentuk cincin.

Que sendiri tidak mampu daripada menyembunyikan keterujaan bergelar seorang bapa, apatah lagi dia kini sudah bergelar 'bapa segera' kepada Qalif Khan yang berusia lapan tahun.


SEBELUM bergelar suami isteri, Que dan Linda sudah memiliki perancangan mengenai masa depan bersama.


Tidak dinafikan, bukan mudah untuk Que menjaga seorang kanak-kanak. Ditambah dengan tidak berpengalaman mengendalikan telatah kanak-kanak yang sukar dijangkakan, namun ia tidak menjadi penghalang kepada Que.

Anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai Johor itu dengan jujur menjelaskan, sebelum ini dia pernah duduk dan berbincang dengan Linda tentang perangai dan personaliti sebenar Qalif.

"Saya bercerita, malah bertanya kepada Linda cara-cara untuk menguruskan Qalif.

"Secara peribadi, saya melihat Qalif merupakan seorang kanak-kanak yang bijak dan baik.

"Biasalah, kalau kanak-kanak nakal, itu sudah menjadi lumrah dan tidak mampu untuk disangkal lagi. disebabkan kenakalannya, dia pandai membuatkan saya terhibur.


LINDA akan tetap sibuk dengan rutin kerjayanya sebagai guru tari.


"Saya juga berfikir tentang pelajaran Qalif di sekolah dan bagaimana untuk menguruskan Qalif apabila dia sudah dapat adik baru nanti. Bermacam-macam rancangan sudah ada dalam kepala saya dan Linda.

"Memang saya sudah bersedia untuk ada anak. Dengan kehadiran Qalif dan kemungkinan dengan kelahiran anak saya dan Linda nanti, pasti kehidupan saya akan menjadi lebih bermakna," balas Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar yang tampil segak dan bergelar raja sehari.

Kemesraan tiga beranak itu memang terlihat sendiri, tanpa perlu dibuat-buat. Saat pihak media mewawancara Que dan Linda di pelamin, Qalif datang menerpa ke arah mereka sambil duduk di tengah-tengah pasangan mempelai.


LINDA mengakui mengabaikan Qalif sepanjang dirinya sibuk menguruskan hal perkahwinannya.


Paling melucukan, apabila tiba saat Linda dan Que mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja, malah terfikir-fikir pihak lain yang menaja agar tidak ketinggalan walaupun satu pihak, tiba-tiba Qalif bersuara dalam nada bersahaja.

"Macam mana dengan saya pula?," soal Qalif sambil disahut hilaian tawa hadirin dan pihak media.

Que dan Linda sendiri sudah tergelak besar mendengar ayat Qalif yang juga mahukan perhatian.

Pantas Que menjawab: "Terima kasih juga kepada Qalif."

Linda pula sempat memohon maaf secara terbuka kepada Qalif yang seakan-akan terasa diabaikan untuk tempoh dua minggu, kerana dia sibuk mengadakan persiapan untuk bergelar raja sehari.

"Qalif banyak bersabar dengan saya selama ini. Dengan saya yang berkejar-kejaran ke sana ke mari, memastikan persediaan untuk perkahwinan ini.

"Dia macam tidak dapat cukup perhatian," akui Linda enggan berselindung.

Sepantas kilat kata-kata Linda dijawab oleh Qalif: "Untuk sepuluh hari sebenarnya."

Begitulah kemesraan Que, Linda dan Qalif, yang masing-masing mula mengerti mereka akan bernaung dalam satu institusi kekeluargaan untuk selama-lamanya.

Jalani hidup seperti biasa

Lantaran jadual kerja yang menunggu kedua-duanya selepas ini, namun beritahu Linda, dia dan Que sentiasa memastikan dapat meluangkan masa untuk bersama-sama.

Bahkan Linda memberitahu, tiada sebarang perancangan untuk dia mengurangkan aktiviti seni hanya semata-mata telah bergelar isteri, memandangkan kehidupannya memang sentiasa terisi dan sibuk.

Linda juga perlu menguruskan studio, tanpa melupakan tanggungjawab terhadap anak tunggal kesayangannya itu.

"Kalau ada tawaran kerja, sayang pula hendak tolak rasanya. Cuma ia bergantung kepada keadaan. Kalau selepas ini kerja kurang pun, saya tidak kisah.

"Sebab saya boleh habiskan masa untuk rumah tangga dan studio," ungkap Linda yang cukup seronok bergelar isteri kembali kerana selepas ini, dia bukan sahaja tidak lagi keseorangan, malah ada tempat untuk bergantung dan mengadu.

Perhubungan mereka terjalin agak pantas. Menjelang konsert akhir AF6, kedua-duanya mulai rapat. Maka, mereka bermula ingin mencambah cinta yang terlahir dalam jiwa masing-masing.

Linda menghuraikan, dia amat selesa dan gembira saat dapat bersama dengan pelakon yang terkenal membawakan watak jahat itu.

"Sebenarnya saya tak pernah terfikir langsung untuk jatuh hati, tetapi ia datang secara semula jadi.

"Dia tanya tentang perkahwinan dan kemudiannya subjek semakin kerap dibincangkan, lalu keakraban kami terjadi begitu pantas," akui Linda yang sebelum ini bergelar ibu tunggal dan bersendirian hampir lima tahun.

Perkahwinan di taman ala Bali

Berbalik soal majlis perkahwinan Que dan Linda, resepsi yang berlatar belakang putih melambangkan kesucian, menjadi pilihan utama kedua-dua mempelai.

Dilangsungkan dalam atmosfera romantis apatah lagi hari mereka diijabkabul dan duduk di singgahsana indah sebagai raja sehari, merupakan Hari Valentine, maka resepsi itu menjadi lebih signifikan kepada pasangan mempelai.

Semasa pengantin mula hendak melangkah masuk ke pekarangan Bora Ombak, hadirin dihiburkan dengan alunan gamelan yang cukup mendamaikan, ditambah dekorasi pelamin dan suasana sekitarnya yang bertemakan ala taman di Bali.

Resepsi persandingan Que dan Linda yang dihadiri 400 tetamu di kalangan keluarga dan sahabat handai, turut diserikan dengan persembahan nyanyian rangkaian lagu memikat jiwa yang didendangkan oleh Amylea, Farhan dan Riz, yang juga merupakan anak didik Linda semasa di Akademi Fantasia (AF).

Antara artis yang turut hadir ialah Linda Onn, Dafi, Nana, Rosma dan Khai, Lufya, Ajai, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.

Resepsi perkahwinan di sebelah pihak Que pula akan diadakan 15 Mac nanti di Dewan Felda Taib Andak, Kulai dengan menampilkan konsep di raja.

Sebelum menutup bicara, Que dan Linda sempat menitipkan kata-kata agar peminat tidak lupa hendak mendoakan kesejahteraan dan kerukunan rumah tangga mereka.

"Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan untuk kami. Harap perhubungan kami ini akan berkekalan buat selama-lamanya," ucap Que dan Linda serentak sambil mereka menggenggam dengan erat tangan masing-masing.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Clik Iklan Disini

 

coments