Aida Juara 'Gadis Melayu' 2009


Bagi mereka yang terlepas menonton finale ‘Gadis Melayu’ di TV9 tadi, Khairul Noormaidah Zali atau lebih senang dengan panggilan Aida, telah dinobatkan sebagai ikon Gadis Melayu. Siapa yang sangka bila pelajar berusia 23 tahun ini disuruh menyenaraikan tiga ciri utama untuk menjadi seorang ikon Gadis Melayu – soalan yang dikemukakan Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, selaku salah seorang panel juri – orang yang diperkatakan itu adalah dirinya.

Namun, itulah antara ciri-ciri penting yang dicari dalam ikon Gadis Melayu – seorang yang mempunyai keintelektualan ilmu dunia dan ukhrawi, memiliki jati diri yang kuat, dan berkarisma, yakin serta mempunyai keperibadian untuk menginspirasi dan memberi impak positif pada masyarakat.

“Ini adalah amanah yang diberi rakyat Malaysia, TV9 … Terima kasih kepada famili yang banyak membantu, ummi, abah …InsyaAllah saya akan galas tanggungjawab ini dengan penuh tanggungjawab. Takkan Melayu hilang di dunia,” kata Aida selepas kemenangannya.

Gadis kelahiran Kuantan, Pahang ini berjaya menewaskan Noor Afzan Mohd. Afzul Khan, Siti Nurashikin Mohd. Noor, Nurul Khusna Uma dan Nur Aishah Zainal untuk membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM67,000 (termasuk RM10,000 wang tunai). Sementara empat finalis lain akan menerima hadiah sagu hati bernilai RM44,000.

Selain Datuk Dr Nik Safiah, panel juri lain termasuk Toh Puan Noor Aini Datuk Abdullah, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood, Stephen Rahman-Hughes dan Dr Fazley Yaacob. Panel juri menyumbang kepada 60% jumlah pemarkahan manakala selebihnya dari undian SMS.

Dapatkan info selanjutnya di laman web Gadis Melayu, www.tv9.com.my/gadismelayu.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

1
Cek Yot berkata...
on 

Member satu kolej dan satu universiti aku neh. memang lemah lembut gemalai jerk orangnyer..jarang nak dengar dia marah2. memang patut pun dapat jadi juara. a'aa...kitorang bangga ngan kau babe!

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments