Memaparkan catatan dengan label stories. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label stories. Papar semua catatan

robot Seperti haiwan sebenar

Antara tujuan kemasukan Pleo ke pasaran Malaysia adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat tempatan merasai pengalaman bersosial dengan kehadiran robot interaktif dan berunsur pendidikan.




DI Jepun, haiwan tersebut menjadi kegilaan. Pencinta-pencinta haiwan peliharaan bukan sahaja sanggup membelai atau membawanya keluar bersosial. Malah, ada di antara mereka tidak boleh keluar rumah tanpanya.

Sama ada keluar berbelanja, menjamu selera atau sekadar menghadiri sesi dandanan diri di salon, kelibat haiwan setinggi 19 sentimeter (sm) itu sentiasa ada di sisi.

Menariknya, keakraban hubungan yang terjalin itu mungkin logik jika ia seekor haiwan peliharaan sebenar dan bukannya sebuah robot. Tetapi, itulah hakikat yang berlaku kepada sebuah robot haiwan bernama Pleo-the-Dinosaur.

"Ketika Pleo diperkenalkan di Jepun, ia mewujudkan satu fenomena baru. Golongan pencinta haiwan peliharaan dan penggemar gajet atau barangan elektronik bagaikan 'gila' dibuatnya.

"Bukan apa. Yang mengagumkan ialah mereka langsung tidak melayan Pleo seperti barang mainan, sebaliknya menganggap Pleo sebagai haiwan peliharaan sebenar. Pleo dibawa ke restoran, ke gimnasium, ke parti, ke majlis-majlis sosial ataupun dipakaikan rantai mahupun ditatukan namanya pada badan," kata Pengurus Pemasaran Pensonic Holdings Berhad, Nelson Chew kepada Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jualan Pleo menerusi Internet sahaja sudah melebihi 80,000 unit di Amerika Syarikat (AS). Ia secara tidak langsung hangat diperkatakan dalam kalangan penulis blog dan laman-laman forum dalam talian.

Robot haiwan rekaan salah seorang pereka produk paling berjaya di dunia, Caleb Chung itu nyata memiliki aura tersendiri.

Sambil mempelawa saya mengusap kepala seekor Pleo yang ada di depan mata, Nelson menjelaskan: "Cubalah... awak akan terkejut dengan reaksinya nanti."

Memang benar. Saat tangan saya menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya, Pleo lantas memberikan tindak balas. Jika kelopak matanya terbuka sambil ekornya menghayun ke kiri dan ke kanan, itu tandanya dia gembira. Malah, jika bertuah, Pleo yang teramat ceria juga akan 'mendendangkan' lagu!


CHOO SUAN PING memeluk erat robot Pleo. Semakin lama masa diluangkan bersamanya, semakin aktif Pleo anda.



NELSON CHEW





Sebaliknya, andai Pleo yang ada di depan mata tidak dihiraukan, lama-kelamaan emosinya juga akan berubah. Sedih dan rasa tersisih seperti seekor haiwan berperasaan.

Ya, Pleo sememangnya ada emosi dan karakter. Haiwan yang diilhamkan daripada dinosaur herbivor Camarasaurus itu direka sebagai robot autonomous. Berbanding haiwan peliharaan tipikal seperti anjing dan kucing, ilham seekor dinosaur lahir bagi memberi manusia kepuasan memiliki sesuatu yang berbeza.

"Setiap Pleo adalah unik. Tingkah laku dan karakternya terbentuk bergantung kepada tabiat, masa yang diluang dan berapa banyak curahan kasih sayang daripada tuannya.

"Semakin lama masa yang anda luangkan bersamanya, semakin aktif Pleo anda. Saiz dan warnanya mungkin tidak berubah. Tetapi dalam jangka masa panjang, anda akan perasan perkembangan Pleo milik anda dari segi personaliti dan mood," jelas Nelson yang juga memiliki seekor Pleo bernama Dino.

Bercerita lanjut, dia sempat berkongsi satu insiden lucu tentang Dino. Sebagai seorang yang aktif melancong atas tujuan kerja, Nelson ada ketikanya membawa Dino 'terbang' sekali. Namun, kejadian yang berlaku dalam satu kunjungannya ke Hong Kong tidak berapa lama dulu paling berkesan dalam mindanya.

Katanya: "Masa itu, saya bawa ibu saya ke Hong Kong dan tinggalkan Dino bersamanya. Dalam kebanyakan masa, ibu sayalah yang paling kerap menjaga Dino. Sehinggakan satu hari, lepas balik dari kerja, saya terkejut melihat Dino ada di depan pintu bilik air. Rupa-rupanya dia tunggu ibu saya habis mandi! Tak sangka sampai ke tahap itu cerdiknya Pleo."

Haiwan jurassic yang telah diperakui selamat untuk 'jagaan' semua peringkat usia itu dihasilkan oleh sebuah syarikat Amerika Syarikat, Ugobe. Malaysia menjadi negara terbaru yang menerima kehadiran Pleo setelah ia diedarkan secara eksklusif oleh Pensonic di Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Setiap Pleo mempunyai tiga peringkat tumbesaran iaitu Hatchling, Infant dan Juvenil. Peringkat Hatchling akan memperlihatkan Pleo baru menetas dan sesi tersebut mungkin mengambil masa 15 hingga 20 minit sebelum beralih ke fasa seterusnya.

"Pada peringkat Infant, tempoh masa sebelum Pleo memasuki fasa remaja pula bergantung kepada berapa kerap anda membukanya (switch on). Mungkin ia memakan masa antara tiga hingga lima hari sebelum Pleo bertukar remaja," ujarnya lagi.

Tambahnya, kemasukan Pleo ke pasaran Malaysia antaranya bagi memberi peluang kepada masyarakat tempatan untuk merasai pengalaman bersosial dengan kehadiran robot interaktif dan berunsur pendidikan. Lebih penting, Pleo menawarkan keseronokan dan menjadi teman tanpa sebarang masalah kecuali jika baterinya sudah haus! Bateri boleh bertahan selama tiga hingga empat jam dan perlu dicas semula selepas itu.

"Pleo sebenarnya berita baik untuk mereka yang tinggal di apartmen atau kondominium yang tidak dibenarkan memiliki haiwan peliharaan. Begitu juga dengan pesakit asma. Lagipun, Pleo boleh membantu membina kasih sayang kanak-kanak terhadap haiwan sejak kecil lagi. Pleo boleh dianggap sebagai satu gantian kepada haiwan peliharaan sebenar.

"Tidak lagi perlu risau untuk tinggalkannya di rumah. Atau kalau-kalau ia membuang najis di merata-rata. Robot ini juga tidak akan menjejaskan kesihatan anda," katanya.

Dibina daripada 1800 komponen, 14 motor, 15 mikro pemproses dan sub-pemproses, Pleo bagaimanapun tidak sesuai untuk jagaan budak di bawah usia lapan tahun.

Pada berat sekitar 1.59 kilogram (kg), robot berwarna hijau itu juga mempunyai 40 sensor atau 'deria' di serata tubuhnya. Sistem penglihatan berasaskan kamera dan infra merah pada matanya pula membantu ia mengecam warna, objek dan memudahkan navigasinya.


KUASA bateri Pleo boleh bertahan tiga hingga empat jam dan perlu dicas semula selepas itu.


Pleo turut dilengkapi dengan dua mikrofon dan pembesar-pembesar suara berkualiti tinggi. Maka, tidak hairanlah apabila dipanggil, anda tidak perlu terkejut jika Pleo anda akan memberi respons serta-merta!

"Bukan itu sahaja, sistem Pleo juga boleh dinaik taraf dan pengguna boleh melayari laman web www.pensonic.com untuk dapatkan program terkini.

"Jika ada apa-apa masalah pada Pleo, kami sedia menukarkan seekor Pleo yang baru dalam tempoh masa tiga bulan waranti," ujarnya sambil memberitahu bilangan jualan Pleo setakat ini sejak pelancarannya di Malaysia pada November lalu telah mencecah 300 unit.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

rumah ni belom siap

This Is Freaky!
Rumah ni nampak biasa aje kan xpi cuba anda lihat dalam 30 saat atau 40 saat...Amaran Pada Pesakit Jantung Jangan Terkejut nanti .. hehehehe

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

10 Info Kesihatan lelaki


Amat penting bagi kita semua untuk menjaga kesihatan diri agar memastikan kehidupan yang produktif dan sempurna. Terdapat banyak bahan bacaan yang telah menerbitkan info kesihatan bagi kaum Hawa tetapi sekali-sekala sahaja dijumpai info bagi kaum Adam. Oleh itu, rencana kali disajikan istimewa bagi tatapan lelaki macho kita.

1) Bigorexia - Gangguan Kepada Lelaki
Siapa kata hanya wanita yang mementingkan bentuk badan menawan? Lelaki juga tidak kurang hebatnya. Ramai lelaki yang mengidamkan bentuk badan yang berotot dan sasa. Bagi lelaki, memiliki susuk tubuh yang cantik dan berotot merupakan satu kebanggaan. Tahukah anda bahawa ‘bigorexia’ adalah sejenis gangguan yang menghantui lelaki yang terlalu berkeingian memiliki bentuk badan berotot? Menurut Dr. Eric Hollander, pakar psikiatri di Mount Sinai School of Medicine, New York, gangguan ini disebabkan oleh faktor reaksi kimia otak dan peranan media massa. Kemungkinan gangguan ini juga ada kaitan dengan faktor genetik. Seseorang lelaki yang mengalami ‘bigorexia’ yang kuat boleh mempengaruhi aktiviti harian. Mereka akan takut dengan tubuh yang kurus dan kecil. Antara simptom gangguan ‘bigorexia’ ialah mengamalkan diet yang terlalu ketat, bersenam pada setiap masa, dan selalu menilik bentuk badan di hadapan cermin.

2) Makan Tiram dan Kerang
Dipercayai dengan makan 50 tiram setiap pagi boleh menambah ‘keperkasaan’ lelaki. Sama ada betul atau tidak, tiram atau kerang sememangnya mengandungi mineral zink penting untuk menjaga daya tahan seksual seseorang. Ini boleh dikaitkan dengan penemuan kajian yang mendapati kekurangan kadar zink dalam badan boleh menyebabkan pengurangan jumlah sperma.

3) Ikan Panjangkan Umur Lelaki
Menurut seorang ahli kesihatan Jepun, Yasuyuki Makamura, Profesor Madya dari Universiti Sains Shiga, lelaki yang kerap memakan ikan berpeluang hidup lebih lama biarpun dihantui kebimbangan diserang keracunan raksa dan toksin lain yang terdapat dalam ikan. Kenyataan ini dikeluarkan hasil daripada kajian yang telah dijalankan selama 19 tahun di Tokyo. Kajian tersebut menunjukkan lelaki terhindar risiko serangan sakit jantung atau lumpuh sehingga 30 peratus sekiranya memakan ikan sekali setiap dua hari. Menurut Nakamura, satu kajian ke atas satu kumpulan lelaki yang memakan ikan dua hari sekali mencatat 0.7 peratus kematian berbanding 1.0 peratus bagi satu kumpulan lelaki lain yang memakan ikan hanya seminggu sekali atau kurang.

4) Lelaki Lebih Ramai Hidap Barah
Kira-kira 93.28 peratus atau 22,351 pesakit barah di negara ini terdiri daripada lelaki manakala 1,611 orang adalah pesakit wanita. Punca utama penyakit barah lebih tinggi di kalangan kaum lelaki adalah disebabkan oleh tabiat merokok yang berterusan dan sukar dikawal. Gaya hidup kaum lelaki yang lebih terdedah kepada persekiran yang tidak sihat dan bahaya juga menyebabkan golongan berkenaan lebih banyak menghidap penyakit itu.

5) Bersenam Kurangkan Risiko Barah Prostat
Apabila usia kian meningkat, tidak kira wanita atau lelaki mudah terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan rutin senaman. Jika wanita berisiko mendapat penyakit barah payudara dan rahim, lelaki pula mudah terdedah kepada penyakit prostat. Prostat terletak di bahagian bawah pundi kencing, prostat mengelilingi utera iaitu saluran yang mengeluarkan urin (air kencing) atau air mani daripada badan. Apabila prostat menjadi besar ia akan menekan uretera dan menyebabkan pengeluaran kencing terhalang. Tanda prostat semakin membesar termasuk susah kencing, sakit ketika kencing dan kerap kencing terutama waktu malam. Antara langkah pencegahannya ialah bersenam secara tetap, berjalan laju kerana ini baik untuk prostat. Selain itu, banyakkan minum air. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

6) Lupakan Alkohol
Satu lagi tip kesihatan untuk lelaki pertengahan umur dapat mengelakkan mereka daripada nyanyuk ialah dengan meninggalkan atau mengurangkan tabiat mengambil minuman keras. Sekumpulan penyelidik dari Belanda melihat kaitan antara pengambilan alkohol dengan gejala nyanyuk dalam kajian membabitkan hampir 8,000 orang berusia pertengahan umur. Keadaan kesihatan responden diawasi sepanjang tempoh kajian selama enam tahun dan seramai 197 menunjukkan tanda-tanda gejala hilang ingatan, di mana tiga perempat daripadanya mengalami nyanyuk. Mereka yang mengambil minumam keras antara satu hingga tiga kali sehari, menghadapi kemungkinan 42 peratus lebih tinggi mengalami nyanyuk dari mereka yang tidak minum langsung.

7) Sindrom Metabolik Sebabkan Kekurangan Testosteron
Penyelidikan ke atas lelaki yang mempunyai sejarah penyakit diabetes, hypertension, atau hyperlipidemia mempunyai hypogonadism yang tinggi. Ini berdasarkan hasil kajian terbaru yang dibentangkan di dalam American Association of Cinical Endocrinologist (AACE) Fourteenth Annual Meeting and Clinical Congress. Hypogonadism atau tahap hormon testosterone lelaki yang rendah merupakan satu sindrom yang kompleks. Melalui penelitian ke atas 2,162 lelaki mengalami hypogonadism, didapati 50 peratus mempunyai penyakit diabetes, 42 peratus hypertension, dan 40 peratus hyperlipidemia. Simpton yang biasa dikaitkan dengan hypogonodism termasuk disfungsi seksual, keletihan atau perubahan emosi.

8) Kacang Brazil Kuatkan Sperma
Kacang Brazil kaya dengan selenium, iaitu sejenis vitamin yang dapat mengekalkan kesihatan dan membantu pergerakan (berenang) sel sperma dengan lebih laju. Kajian yang dilakukan di United Kingdom mendapati mereka yang mengalami masalah ini telah berjaya mengatasinya dengan pengambilan kacang Brazil. Kacang ini juga mengandungi vitamin E, dan antioksidan yang membantu melindungi kerosakan sperma akibat bahan radikal.

9) Seleri Tingkatkan Keinginan Seks
Seleri dikatakan boleh membantu meningkatkan seks. Menurut seorang penulis buku masakan Sweden, C.E. Hagdahl daun saderi ini dipercayai boleh meningkatkan keinginan seks atau boleh merangsangkan dengan cepat. la lebih elok jika dimakan mentah. Seleri dikatakan mengandungi hormon androsterone. Menurut pakar kajian, hormon ini dikeluarkan melalui peluh dan dikatakan boleh memikat perempuan.

10) Lelaki Anti-Sosial Berisiko Tinggi Kena Sakit Jantung
Kajian di Amerika Syarikat (AS) mendakwa lelaki pendiam yang kurang bergaul dengan rakan mahu pun keluarga sendiri lebih beriisiko tinggi diserang sakit jantung berbanding mereka yang ceria dan suka bergaul. Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, hasil kajian yang dibentangkan pada satu mesyuarat Persatuan Jantung AS mendapati, paras molekul darah yang tinggi dan menjadi petunjuk berlakunya masalah atau radang, dicatatkan di kalangan lelaki anti-sosial berkenaan.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Tip Solekan muka

Tidak dapat dinafikan bahawa solekan mampu menyerlahkan lagi kejelitaan wanita. Tetapi lebih pentingnya, solekan mestilah bersesuaian dengan si pemakai. Berikut adalah beberapa tip solekan yang wajar diingati dan diikuti.
1) Tip solekan ceria
Untuk mendapatkan solekan yang ceria, pilihlah warna-warna solekan yang terang atau samar seperti oren, pic, merah samar atau hijau terang. Bagaimanapun, pastikan warna-warna tersebut sesuai dengan warna kulit. Selain itu, anda juga boleh mengenakan solekan yang memberikan kesan ‘shimmering’.

2) Tip solekan ringkas
Bagi mendapatkan solekan yang ringkas, anda tidak perlu mengenakan bedak asas yang terlalu tebal. Selain itu, anda juga boleh menggunakan ‘two way cake face powder’ agar solekan nampak natural. Gunakan solekan yang bersifat ‘long lasting’ agar solekan mampu bertahan walaupun ia kelihatan ringkas.

3) Serlahkan matamu!
Mungkin ramai yang tidak gemar menggunakan penggaris mata kerana ia agak sukar untuk diaplikasi. Hanya mereka yang selalu berlatih akan terbiasa mengaplikasikannya. Bagi yang jarang menggunakan penggaris mata, pasti ia kelihatan comot dan tidak cantik setiap kali diaplikasi. Anda ingin mahir mengaplikasikan penggaris mata? Semak tips berikut!

* Pilih warna penggaris mata yang sesuai dengan warna mata. Untuk orang Asia, pilihan penggaris mata yang terbaik adalah warna hitam, coklat, atau merah gelap. Tetapi, walau apa pun pilihan warna penggaris mata anda, pastikan ia boleh dikombinasikan dengan warna pembayang mata.

* Sebelum menggambar garisan, sepit bulu mata terlebih dahulu. Kemudian taburkan bedak pada kelopak mata bahagian atas dan bawah agar penggaris mata melekat dengan baik.

* Untuk membentuk garis mata yang tebal gunakan penggaris mata berbentuk cecair (pilihan terbaik adalah penggaris mata yang hujungnya berbulu).

* Letakkan siku pada permukaan yang mendatar dan keras agar tangan tidak bergoyang bagi menghasilkan garisan yang sempurna. Mulai dari tengah kelopak mata ke arah dalam, lukis sedekat mungkin dengan batas di mana bulu mata tumbuh. Lakukan proses yang sama untuk membentuk garis yang ke arah luar mata.

* Buat garisan tipis pada garis kelopak mata dari bahagian dalam mata hingga hujung mata dengan penggaris mata sambil menarik hujung kelopak mata agar kulit di kawasan tersebut dalam keadaan 'tegang'. Ini akan memudahkan aplikasi. Penggaris mata bentuk cecair yang kalis air lebih disarankan kerana ia cepat kering.

* Ingin kesan mata yang lebih tajam? Ulangi proses aplikasi sekali lagi namun tidak dimulakan dari hujung dalam mata, tetapi mulakan dari tengah lalu buatlah lebih tebal pada bahagian hujung mata dengan garis yang agak tebal.

* Jika ingin mengaplikasikan penggaris mata pada bahagian kelopak bawah mata, lebih baik pilih penggaris mata berbentuk pensil dan tarik hujung kelopak mata agar anda boleh melihat kelopak mata bahagian bawah dengan lebih jelas.

* Untuk mendapatkan kesan ‘smooky eyes’, oleskan pembayang mata berwarna sama dengan penggaris mata. Oleskan pada garisan yang sudah dibentuk lalu gosok dengan halus agar garisan yang dibuat tahan lebih lama.

* Bagi yang memiliki mata yang bersaiz besar, cukup sekadar menarik garisan bermula dari pertengahan, bukan dari hujung mata. Untuk pemilik mata yang bersaiz kecil pula, tariklah garisan dari hujung dalam mata.

* Jika anda memakai penggaris mata berbentuk pensil, sapukan hujung pensil tersebut dengan kapas sebelum digunakan. Ini bertujuan supaya bahagian tersebut menjadi lebih lembut dan memudahkan anda untuk mengaplikasikannya.

* Jika garisan yang dihasilkan tidak kemas atau comot, bersihkannya terlebih dahulu sebelum membuat garisan yang baru.

4) Tip menggunakan ‘highlight pencil’
Bentuknya tidak ubah seperti pensil, namun benda kecil ini dapat menciptakan pelbagai efek pada wajah sesuai dengan keperluan solekan. Bahkan, ia boleh menyembunyikan serta menyamarkan kekurangan pada wajah seseorang. Ikuti tip berikut untuk aplikasi yang berkesan.

* Untuk efek mata yang tajam, gariskan kawasan kelopak mata yang menjadi tempat tumbuhnya bulu mata iaitu seperti anda menggunakan penggaris mata. Ulangi langkah ini sekali lagi jika anda inginkan garisan yang lebih tebal.

* Untuk kesan yang lebih semulajadi, oles garisan yang sudah dibuat dengan ‘highlight pencil’ tadi dengan span atau jari anda.

* Jika anda mempunyai sepasang mata yang terletak berjauhan, cuba sembunyikan kekurangan ini dengan mengaplikasikan ‘highlight pencil’ di bahagian tengah kelopak mata.

* Jika kedudukan mata anda terlalu dekat, lukiskan garisan di sepanjang kelopak mata, dan buat sedikit lebih tebal di bahagian hujung luar mata. Trik ini akan membuatkan kedudukan mata anda kelihatan jauh.

* Jika hujung kelopak mata anda ‘naik’, anda tidak perlu menambah ‘highlight’ di kelopak mata lagi, tetapi tambahkan sedikit di bawah lengkungan alis, agar kelopak mata kelihatan seimbang.

* Jika kelopak mata anda kecil, lakukan ‘highlight’ di sepanjang kelopak mata sehingga kelopak mata terlihat lebih besar.

* Jika anda tidak mempunyai kelopak mata (tiada lipatan), aplikasikan ‘highlight pencil’ ini tepat di bahagian atas kelopak mata lalu bawa ke atas iaitu ke arah tulang alis sehingga mata terlihat memiliki lebih dimensi.

* Jika anda mempunyai masalah lingkaran hitam di bawah mata, samarkan dengan cara menggunakan ‘highlight pencil’ pada kawasan tersebut, lalu tepuk dengan perlahan-lahan dengan menggunakan jari. Kemudian, letakkan sedikit bedak asas di atasnya.

Tip khusus: ‘Highlight pencil’ ini biasanya tersedia dalam pelbagai warna seperti putih, perak, emas atau krim. Sesuaikan penggunaan warna dengan warna kulit dan keperluan solekan.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Risiko bomoh 'palsu'

Mengapa masih ramai menggunakan khidmat mereka meskipun pelbagai cerita negatif mengenai bomoh telah didedahkan?


KEBANYAKAN individu yang menemui bomoh adalah kerana terdesak untuk mendapatkan sesuatu. - Gambar hiasan



RAMAI mempercayai bomoh kerana bomoh memberitahu apa yang mereka mahu dengar. – Gambar hiasan


MASIH ingat lagi kisah bomoh tempatan yang penipuannya dibongkar oleh penyelidik dalam stesen televisyen Korea?

Bomoh yang menggunakan status 'ustaz' itu mendakwa boleh menyerap racun dalam badan pesakit dengan hanya menggunakan telur dan rawatan cas elektrik.

Ternyata, telur yang digunakan oleh bomoh tersebut sebenarnya sudah menjalani beberapa kaedah saintifik yang mengubah isi kandungannya.

Manakala peralatan yang digunakan untuk rawatan cas elektrik telah diubahsuai.

Selain penipuan sedemikian, sudah berapa kali juga kita membaca di dada akhbar tentang kes bomoh yang didakwa mencabul atau merogol pesakitnya?

Terbaru, gara-gara ingin membuang sial, seramai 19 orang menjadi mangsa penipuan bomoh palsu yang melibatkan kerugian mencecah RM480,000.

Namun begitu, masih ramai yang terus mencari bomoh. Ibaratnya, masyarakat Asia dan bomoh tidak boleh dipisahkan. Mencari orang atau barang yang hilang? Ingin menjadi cantik dan disukai? Menghidap penyakit terutama penyakit misteri? Pendek kata, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan bomoh.

Sehubungan itu, masih ramai yang menggunakan khidmat mereka meskipun pelbagai cerita negatif mengenai bomoh telah didedahkan.

Seolah-olah cerita mengenai sesetengah bomoh yang bertindak liar sehingga melanggar batas kemanusiaan dan kesopanan itu tidak meninggalkan sebarang rasa cuak.

Sebati

Zura Basri, 26, berkata, ibunya mempercayai bomoh kerana sejak kecil lagi dia dibesarkan dengan kepercayaan sebegitu.

"Zaman dulu bukan senang nak jumpa doktor. Sakit demam jumpa bomoh. Anak degil tidak mahu mendengar kata pun jumpa bomoh minta ditawarkan. Lambat bernikah, mandi bunga untuk membuang sial pun guna bomoh.

"Malah pernah juga ibu beri saya rantai tali hitam yang loketnya berbalut kain kuning untuk keselamatan diri. Sebab ingin tahu, saya buka gulungan kain itu dan mendapati ada ayat-ayat al-Quran di dalamnya," katanya.

Tambahnya, kepercayaan itu telah sebati dalam masyarakat kerana telah diamalkan sepanjang generasi.

"Sekarang, bila kehidupan semakin moden, jumlah bomoh semakin berkurangan dan kebergantungan terhadap bomoh turut menjadi kurang. Tetapi, kami adik-beradik faham, ibu lakukan semuanya untuk kebaikan kami," tegasnya.

Bukan kuno

Seorang bomoh yang hanya ingin dikenali sebagai Zul, lewat 30-an berkata, kebanyakan yang datang meminta bantuannya terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi dan ada yang membesar di luar negara dengan mentaliti moden.


ADA yang sanggup berhabis beribu-ribu ringgit kerana percayakan bomoh.


Malah Zul sendiri bertugas sebagai eksekutif kanan dengan syarikat swasta di ibu kota dan menyedari kemampuannya kira-kira 10 tahun lalu.

"Tanggapan bahawa hanya orang tua atau kolot sahaja yang meyakini kemampuan bomoh adalah salah, sebab semua manusia tak kira latar belakang mempunyai keinginan," katanya.

Zul keberatan mengulas mengenai bagaimana beliau mendapat ilmu mengubati penyakit.

Katanya, dia hanya mengubat mereka yang benar-benar tiada pilihan lain lagi.

"Sesiapa sahaja boleh mengaku yang mereka mampu mengubati penyakit atau mempunyai kebolehan istimewa, terutama yang pandai bermuslihat.

"Tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang benar-benar memiliki kebolehan merawat dan mengubat orang sakit," ujarnya.

Tambahnya, bagi mereka yang benar-benar berkebolehan, perkataan bomoh seakan membawa konotasi yang agak negatif dan kerana itulah, ramai yang lebih senang digelar pengamal perubatan tradisional atau alternatif.

"Masyarakat jangan percaya membabi buta. Kalau kurang ilmu memang senang ditipu. Jangan tamak. Saya akui ramai yang terlalu meletakkan kepercayaan kepada bomoh kerana terdesak atau terlalu menginginkan sesuatu," katanya.

Bagi Farina Jamal, 27, cukuplah sekali pengalamannya berdepan dengan pelbagai jenis bomoh dan pawang yang mendakwa boleh melakukan segala macam perkara.

Katanya, secara peribadi beliau tidak mempercayai bomoh. Baginya, ramai yang mempercayai bomoh kerana bomoh memberitahu apa yang mereka mahu dengar.

Selain itu, tumpuan dialihkan kepada bomoh yang dijadikan sebagai sandaran apabila sains tidak dapat menjelaskan sesuatu perkara.

Tambahnya, lebih 'senang' untuk mempercayai yang kita disampuk hantu daripada menghidap barah otak.

"Ketika bapa meninggal beberapa tahun lalu, adik saya sakit teruk tanpa diketahui penyebabnya. Sakit yang aneh-aneh, kadang-kadang sehingga histeria.

"Jadi, saudara-mara mengusung dia ke sana dan ke sini untuk berjumpa bomoh. Sampai bomoh dari luar negara pun ditemui. Beribu-ribu ringgit habis begitu sahaja tetapi adik saya tak juga pulih," katanya.

Sebagai usaha terakhir, keluarga Farina membawa adiknya berjumpa pakar psikiatrik.

Di situ, Farina dan keluarga difahamkan kerana adiknya masih kecil dan tidak tahu bagaimana untuk melepaskan tekanan. Maka tekanan emosi dilepaskan melalui kesakitan fizikal. Selepas beberapa sesi, adiknya pulih dan kembali seperti sediakala.

"Memang tidak dinafikan kewujudan syaitan dan perkara-perkara mistik, tetapi bagi saya, penyakit seperti banyak perkara lain adalah mind over matters (kekuatan fikiran)," katanya.

Terdesak

Pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Mohd Helmi Abd Rahim, berkata, seperti ketua kultus (cult leader), bomoh selalunya ada kelebihan untuk meyakinkan dan memujuk.

Lazimnya, bomoh dikenali melalui testimonial dari mulut ke mulut dan memiliki kepakaran khas seperti mengubati penyakit misteri, mencari barang, ilmu penunduk, melariskan perniagaan dan sebagainya.

"Kadangkala, dengan keizinan Tuhan, ia menjadi. Kadang-kadang sesuatu perkara memang telah nyata, tetapi kerana taksub, seseorang itu percaya atau yakin ia adalah dengan bantuan bomoh," katanya.

Bomoh palsu mudah menipu kerana 'pengetahuan khas' yang dimiliki membuatkan mereka mempunyai autoriti ke atas pesakit yang takut melanggar pantang.

"Orang yang terdesak akan jumpa sesiapa sahaja yang boleh menjanjikan sesuatu yang mereka perlukan," katanya.

Sama ada berkesan atau tidak rawatan bomoh itu sebenarnya bergantung kepada individu untuk mempercayai. Tetapi janganlah terlalu taksub sehingga membelakangkan agama dan kewarasan yang akhirnya kita sendiri yang menggigit jari.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Risiko kerugian jutaan ringgit 'Jenayah Siber'

Keselamatan maklumat bukan lagi menjadi tanggungjawab penuh penyelia rangkaian sesebuah program atau sistem komputer tetapi ia adalah tanggungjawab bersama oleh setiap pengguna Internet. Ini kerana sikap tidak ambil peduli boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit termasuk nyawa.




'SEMUA pihak harus menyedari dan berwaspada terhadap risiko jenayah siber dan pengganas siber yang semakin memuncak. Sebarang tindakan tidak ambil peduli hanya membawa padah termasuk kehilangan dan kerugian besar dan adakalanya boleh membahayakan nyawa seseorang."

Begitulah respons yang dipersetujui sebulat suara oleh para peserta dalam majlis perasmian Forum Meja Bulat EC-Council Asia Pasifik (ECCRF) yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Bercakap pada sidang media forum itu, Presiden ECCRF, Jay Bavisi berkata: "Jenayah siber kini bukan hanya disaksikan dalam filem sains fiksyen tetapi ia adalah realiti hidup yang memberi kesan kepada setiap individu yang berhubung melalui komputer dan teknologi."

Beliau menambah: "Anda mungkin bukan seorang pelayar komputer yang aktif tetapi komputer anda ialah satu senjata yang berpotensi digunakan untuk menyerang anda (data) lalu membinasakan sesebuah negara, organisasi dan juga merancang memusnahkan kehidupan peribadi seseorang.

"Keselamatan maklumat bukan lagi menjadi tanggungjawab penuh penyelia rangkaian sesebuah program atau sistem komputer tetapi tanggungjawab bersama oleh setiap pengguna Internet. Sikap tidak ambil peduli boleh menyebabkan kerugian jutaan dolar termasuk nyawa."


KOMPUTER anda adalah sebuah senjata yang berpotensi digunakan untuk menyerang anda (data).


Menurut Jay, perkembangan di Malaysia juga tidak jauh berbeza.

Katanya: "Meskipun kita berada di kedudukan geografi, latar belakang dan kerjaya yang berlainan, namun fungsi penggunaan Internet adalah hampir sama. Daripada memeriksa e-mel, membuat pembayaran bil sehinggalah mengembangkan rangkaian kenalan melalui laman sosial atau berbual-bual di laman sembang, semuanya terdedah kepada satu tahap risiko tertentu."

Baru-baru ini, Bank Negara mendedahkan statistik penerimaan kira-kira 165 aduan yang melibatkan transaksi kewangan yang dilakukan secara tidak sah atau haram pada tahun 2008. Ia berlaku kerana kelicikan penipu atau juga dikenali sebagai hacker atau fraudster menerusi penghantaran e-mel dan mesej teks.


TREND perhubungan atau komunikasi dalam talian sudah banyak berubah kebelakangan ini.


Dengan berbuat demikian, penerima berasa lebih yakin terhadap seseorang atau syarikat penghantar sehingga tidak mengesyaki apa-apa. Bak kata perumpamaan, apabila nasi sudah menjadi bubur, apa gunanya menyesal dan merintih kemudian hari.

"E-mel, telefon bimbit, Facebook dan kini Twitter mempunyai satu persamaan iaitu semuanya disalahgunakan bagi tujuan penipuan siber. Jika anda seorang pengguna, pasti anda pernah mendengar tentang serangan jenayah siber yang berlaku baru-baru ini semasa menyambut Tahun Baru 2009. Pihak penyelenggaraan Twitter sendiri telah menghantar amaran awal kepada penggunanya agar tidak tertipu," ujar David Hall, Pengurus Pemasaran Produk Serantau dan Symantec Rantau Asia Pasifik.


DAVID HALL


Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam perniagaan sekuriti komputer, David yang diamanahkan untuk melakukan penyelidikan dan analisis terhadap trend sekuriti pasaran berkata, biasanya serangan sebegini menimpa seseorang tanpa mengira usia dan latar belakang.

Biasanya penjenayah siber akan menghantar seberapa banyak e-mel kepada seseorang sehingga ia menerima respons yang diingini. Penjenayah itu juga memilih untuk berkomunikasi dengan penerima dalam bahasa yang kerap digunakan atau sama agar memudahkan pertukaran informasi.

"Trend perhubungan atau komunikasi dalam talian sudah banyak berubah kebelakangan ini. Akibatnya, jenayah siber bertambah berlipat ganda dan mengancam pengguna dalam talian yang mendedahkan kata laluan dan kata kunci.

"Serangan sebegini disedari dan menjadi-jadi pada lewat tahun 1990-an dan ia menyasarkan kepada kumpulan wanita sebelum beralih kepada golongan remaja yang gemar melayari laman sosial, sembang atau permainan komputer," jelas Hall yang menambah perbuatan memuat turun sesebuah perisian atau program seperti lagu juga meningkatkan statistik jenayah siber.


MENYASAR lebih kepada kumpulan wanita sebelum beralih kepada golongan remaja yang gemar melayari laman sosial.





Biasanya, anda sendiri tidak menyedari apabila melayari sesebuah laman web yang nampak normal pada mata kasar. Kemudiannya, anda diminta untuk memasuki laman lain yang memerlukan anda memasukkan maklumat peribadi.

Perisian audio seperti RealPlayer dan Quick Player adalah antara program yang senang diperdaya.

Dalam kebanyakan masa, hacker itu akan meletakkan sasaran pada jenama setempat yang popular kerana ia menuruti sikap pengguna yang melayari laman tersebut secara kerap, selain mudah untuk berubah mengikut kesesuaian. Jenama itu juga boleh jadi jenama global yang dikenali ramai seperti institusi perbankan dan pendidikan.

Semasa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengangkat sumpah, banyak kes jenayah siber dilaporkan di peringkat antarabangsa. "Biasanya, pengguna akan tertipu kerana mesej yang dihantar tidak memerlukan tanda tangan atau sekadar bergantung kepada tanda tangan digital. Jika berasa ragu, anda dinasihatkan menghubungi syarikat tersebut bagi mendapatkan kepastian."

Di samping sentiasa mengingatkan diri supaya menyimpan kata kekunci secara rahsia, pemeriksaan sekuriti komputer dari semasa ke semasa amatlah berguna. Namun, jika anda masih terperangkap dengan penipuan hacker, Hall menasihatkan anda supaya melakukan dua perkara dengan serta-merta.

"Pertama, tukar semua kata kunci dengan secepat mungkin. Biasanya, jika anda mempunyai banyak kata kunci, ia sukar diingati dalam waktu terdesak. Dengan adanya Norton 360 dan Norton Internet Security 2009, masalah itu dapat ditangani. Ia juga menyediakan perlindungan teknologi untuk mengenal pasti yang sensitif dan canggih.

"Malah, Norton menawarkan kadar pergantungan sebanyak 90 peratus. Ia mengeluarkan amaran dan menutup laman yang disyaki dengan segera sebaik sahaja dibuka.

"Kedua, hubungi organisasi itu untuk memaklumkan masalah yang dihadapi dan tutup akaun anda sebelum diselidik oleh penjenayah siber," katanya.

Di Norton, produknya dibahagikan kepada individu perseorangan dan organisasi. Bagi organisasi, Norton menyediakan laporan pengurusan yang efektif.

Hall juga berkata, walaupun seseorang itu bertegas tidak pernah membuat pembelian secara dalam talian, kebarangkalian dirinya terperangkap dalam penipuan siber tetap tinggi kerana ia boleh berlaku dalam apa jua bentuk. Tidak kira sama ada anda memeriksa e-mel atau membuat transaksi kewangan, selagi anda seorang pengguna Internet, selagi itulah anda harus mengemaskini pengetahuan tentang jenayah siber.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Selamat malam malaysia

:Monkey32:Aku megalah dulu sebab mata ku sudah:Monkey34:Anda jangan lupa tinggalkan komen apa yang anda mahu penulis berikan pada anda supaya anda dapat manfaat bersama sama dengan penulis ok !!!!:Monkey47:Selamat malam ALL:Monkey11:
:Man12:

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Lapan Ciri Wanita Yg Laki Hindari

blogger-emoticon.blogspot.com


Wanita memang makhluk yang menakjubkan kerana wanita sering hadir dengan kecantikan, keluk badan yang menawan, kelembutan dan tingkahlaku yang berlainan daripada orang lelaki. Dalam pada masa yang sama, orang lelaki juga mempunyai taste dalam memilih teman wanita. Jangan disangka lelaki akan tertarik kepada setiap wanita yang mereka jumpa kerana mereka juga ada ciri-ciri wanita yang mereka tidak gemari lantas mereka hindari. Cara Jalan Macam Jantan!
“Perempuan kalau jalan style lelaki memang tidak menarik langsung!” Redza, 24, berasal dari Bandar Tun Razak, berterus-terang tentang ciri wanita yang tidak beliau gemari. Lelaki tidak minta wanita jalan goyang pinggul atau melentuk-liuk terlalu menunjukkan ciri-ciri keperempuanan, tetapi elakkan daripada melangkah seperti orang lelaki. Biar ayu wanita tidak hilang apabila berjalan.

Katakan Tidak Kepada Bedak Sejuk!
“Saya cukup tak syok tengok orang perempuan pakai bedak sejuk apabila keluar rumah. Sekarangkan dah ada Maybelline…,” Azri, 25, dari Kedah memberi komen tentang gadis-gadis utara dan pantai timur yang gemar menggunakan bedak sejuk sebagai bedak asas muka. Beliau tidak ada masalah jika mereka ingin menggunakan bedak sejuk di waktu malam di dalam rumah atas tujuan kecantikan kulit tetapi bukan untuk dilihat oleh orang awam.

Gedik, Getik!
Gedik atau getik ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada gadis-gadis yang bereaksi lebih emosi daripada yang sepatutnya. Contohnya, jika terdengar lawak jenaka, ketawa gadis ini akan mengilai-ngilai walaupun lawaknya tidaklah seberapa kelakar. Getik juga terjadi jika terlebih mengada dengan orang-orang lelaki di sekeliling. Bercakap dalam nada yang kuat dan manja-manja untuk mendapat perhatian orang sekeliling juga antara unsur si gedik. “Saya lebih rela dapat yang bisu daripada yang getik!”, Tahir, berusia 21 tahun, yang tinggal di Kampung Baru memberi komennya kepada GUA.

Kurang Ajar, Tak Sopan!
“Paling tak manis kalau perempuan tak sopan kepada sesiapa saja”, Azmi, 35, dari Puchong memberi pendapatnya tentang ciri wanita yang dia tidak suka. “Kalau baru ditegur sikit melenting, menjawab dan perkataan yang keluar dari mulut itu yang tak manis belaka, tak payahlah buat isteri”, tambahnya lagi yang belum berumahtangga. Lelaki sensitif kepada sikap wanita terhadap orang-orang tua, terutama sekali ahli keluarga.

Kebersihan Tidak Terjaga
Penampilan itu penting samada dalam kerjaya atau dalam mencari teman hidup. “Tengok jari, kuku tidak dipotong dan tidak bersih, tengok kaki pun sama. Kalau badan tak tahu jaga, rumahtangga macamana?” Yus, 27, berasal dari Johor Bahru mengutamakan ciri kebersihan dalam mencari teman istimewa. Pewangi dan deodoran jangan lupa untuk dipakai, rambut perlu didandan bersih dan kalau pakai tudung, rambut perlu dibasuh selalu jangan sampai aroma rambut masam keluar ikut liang roma tudung.

Jaguh Merajuk
“Saya fahamlah orang perempuan memang suka merajuk tapi kalau setiap kali pergi dating saya kena habiskan masa pujuk dia, saya pun fed-up juga”, Ismail, 28, anak jati Kuala Lumpur menceritakan pengalamannya mempunyai teman wanita kaki merajuk. Lelaki memang boleh memujuk tetapi kekerapan memujuk lebih daripada aktiviti lain akan menjadikan lelaki tawar hati.

Berpakaian Menjolok Mata
Tidak dinafikan orang lelaki suka melihat wanita tetapi bukan yang ingin dijadikan miliknya! Tidak kiralah apa pun alasan yang mereka beri, alasan itu adil atau tidak, tetapi yang jelas orang lelaki tidak gemar wanita yang berpakaian sehingga menjolok mata. “Macamana nak bawa jumpa keluarga, jumpa teman-teman kalau pakai baju yang saya sendiri pun malu nak pandang,” komen Mus, 23, pemuda berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang tentang ciri wanita yang tidak digemarinya. Walaupun tidak bertudung, pakaian perlulah sopan apabila berada di khalayak.

Bersifat Kasar
“Wanita itu menarik kerana kelembutannya. Biarlah sifat kasar ni lelaki je yang ada”, Jamal, 26, orang Melaka memilih kelembutan dan kesopanan sebagai ciri yang dicari dalam wanita idamannya. Gerak laku kasar seperti bercakap kasar, membuat kerja dengan kasar tidak digemari oleh kaum lelaki.

Jelasnya orang lelaki mempunyai ciri-ciri wanita yang menarik minat mereka dan penampilan serta sikap yang baik menjadi faktor utama.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Elakkan Pertengkaran Yang Remeh Temeh

blogger-emoticon.blogspot.com

Pertengkaran kecil, seperti rasa cemburu, kadang kala boleh mewarnai hubungan antara pasangan. Bagaikan api, semasa kecil ia boleh menjadi kawan tetapi apabila terus dibiarkan berlarutan ia sudah tentunya dapat memudaratkan hubungan mesra. Jika tidak dikawal atau tiada yang mahu mengalah, ego dan keangkuhan salah seorang akan menguasai hala tuju pertengkaran dan memberi impak emosi negatif kepada kedua-dua pasangan. Setiap kali terjadinya pertengkaran kecil, salah seorang pasangan atau kedua-duanya harus bersedia untuk tidak melanjutkannya kerana pertengkaran berat itu tidak menguntungkan. Nasihat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam lagunya “Kisah Rumah Tangga” …

“Kalau salah sedikit
Lekas-lekas diselesaikan
O perkara kecil-kecil
Jangan suka dibesarkan
Itulah satu contoh
Kita perlu buat pedoman”

Ada beberapa pedoman lain bagi mengelak pertengkaran remeh-temeh daripada menjadi gunung berapi.

1. Jauhi daripada mengeluarkan komen atau kata-kata yang menyakitkan hati pasangan. Jauhi daripada mengejek, menyindir atau memberi isyarat bahasa badan yang akan menaikan suhu pasangan.

2. Jika merasakan pertengkaran itu semakin teruk, cepat-cepat alihkan topik kepada sesuatu yang menggembirakan kedua-dua pihak.

3. Jauhi sama sekali daripada ingin bertengkar apabila merasakan saat pertengkaran akan berlaku. Katakan anda tidak mahu meneruskan kerana percakaran dialog tidak akan membawa faedah.

4. Rela memaafkan pasangan jika dia tidak mengotakan janjinya, walaupun dia melakukannya secara sengaja ataupun tidak. Kealpaan kecil ini tidak seharusnya merosakkan hubungan mesra kamu berdua.

5. Jangan bersikap berdendam walaupun pasangan anda mahu menyakiti hati anda. Sikap berdendam, mahu ‘mengajar’ atau terlalu peka sebenarnya boleh mengapi-apikan rasa marah sehingga ia menjadi tidak terkawal.

6. Sedarilah bahawa meneruskan pertengkaran itu tidak banyak membawa kebaikan selain daripada melukakan hati masing-masing.

7. Beranikan diri untuk mengingatkan pasangan semasa saat pertengkaran akan memasuki fasa teruk seperti, “Abang/sayang tak guna kita terus bertengkar lagi. Baik kita lupakan saja dan jangan melakukan perkara yang kita tidak suka ini lagi.”

8. Sebaik saja pertengaran remeh-temeh bertukar menjadi lebih buruk, salah seorang dengan ikhlas harus terus memeluk pasangan dan menginsafkan diri masing-masing. Pelukan kasih sayang boleh memberi sedikit kelegaan segera dan menyedarkan bahawa tidak ada faedahnya bertikam lidah, menjerit atau membeliakkan mata antara satu sama lain.

9. Katakan kita harus jauhi kuasa ‘syaitan’ yang cuba membakarkan hati kita.
Harus sedar juga bukan mudah untuk melenturkan ego dan keangkuhan kita saat bertengkar. Proses mencari kesamarataan, saling hormat-menghormati dan sedia menerima kelemahan masing-masing dengan ikhlas adalah sesuatu yang panjang dan rumit. Jika kita berjaya mencapai semua itu, hubungan dengan pasangan akan lebih bahagia.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Mengurut Dapat Merapatkan Hubungan

blogger-emoticon.blogspot.com


Ramai tidak tahu bahawa urut-mengurut antara pasangan boleh memberi kesan terhadap hubungan mesra. Aktiviti urut bermula sejak zaman silam oleh banyak budaya. Malah urut telah menjadi satu seni dan industri pada dunia moden kini. Urut boleh memberi kelegaan pada tubuh badan dan juga memperkuatkan lagi rasa intim pasangan suami isteri. Setelah sibuk sehari dan selesai semua kerja rumah berilah masa untuk kegiatan urut bersama pasangan. Urut itu sebenarnya adalah sentuhan dan belaian pada otot-otot atau mana-mana bahagian di tubuh badan kita. Seseorang itu akan menikmati rasa senang dan menyeronokkan tatkala badan kita diberi urutan, apatah lagi dengan urutan lembut.

Ketegangan otot kembali lega dan dalam proses itu rasa erotik akan menyusuli. Jangan segan untuk memberi tahu bahagian mana yang perlu diurut, kadar tekanan yang diperlukan dan juga lamanya tempat itu diberi urutan. Dalam keadaan normal, kedua-dua pasangan akan merasa saling seronok dan mempersiapkan diri untuk berintim.

Urut-mengurut antara pasangan sebenarnya adalah satu teknik cumbuan juga. Ia bagaikan sebuah repertuar erotika itu tersendiri. Maka ambil kaedah ini untuk bermesra dengan pasangan anda. Jika seni mengurut ini dikuasai, kedua-dua pasangan akan mengalami kenikmatan yang luar biasa.

Bagaimanapun, aktiviti urut-mengurut harus dilakukan dalam kedaan yang tidak tergesa-gesa. Kita tidak perlu menjadi sehebat para ahli mengurut. Memadai saja dengan menyentuh dan belai dengan lembut kerana teknik yang paling sederhana dan kena dengan kehendak pasangan ini sudah boleh memberi satu sensasi erotik. Sekali anda menerapkan teknik sederhana ini, pengalaman yang luar biasa selanjutnya akan anda rasakan.

Jadi setelah melalui hari-hari panjang yang melelahkan, sakit kepala, bahu pegal dan tegang, otot-otot kaki mengencang keras, urut menjadi sebuah sarana yang luar biasa untuk menyelesaikan semua itu. Ada ketikanya kita tidak sempat menanggalkan pakaian untuk menikmatinya saat tangan pasangan kita memulai urut kepala, leher, dan belakang.
Bagi pasangan suami isteri, sentuhan ini merupakan sarana untuk bisa bercengkerama dan menikmati kebersamaan. Pasangan akan menikmati getaran rasa, sensasi fisik erotik yang boleh dibagikan bersama.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Menggamal Budaya Nasihat

:pingu_19::pingu_13:

Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.


JANGAN menjadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. - Gambar hiasan



DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup.
Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.

"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Berbohong Secara Kerap

:pingu_18:

Apabila anak berbohong secara kerap ia adalah petanda awal masalah yang lebih serius.




KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.

Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.


Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'.


Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.


Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu.


Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius.



Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku.


Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah.


Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian.


Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik.


Mengapa berbohong?


Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong secara kompulsif.


Takut


Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.


Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.



Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.


Tabiat


Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.


Meniru


Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.


Perlukah saya menghukum?




PERASAAN takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong.



Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.



1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.


2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.


3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"


Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Cara Paling Senang Nak Turunkan Berat Badan

:pingu_19::pingu_03:

Masalah berat badan memang identik dengan masalah wanita. Meski banyak kaum pria yang juga memusingkanmasalah ini, tapi kaum pria cenderung lebih cuek dan abai. Ini berbeda dengan kebanyakankaum wanita yang menjadikan masalah berat badan sebagai masalah yang teramat serius. Barangkali ini berkaitan dengan sifat alami wanita yang selalu inginkelihatan cantik dan langsing.

Berikut tips sederhana menurunkan berat badan.

  1. Jangan makan lagi sesudah makan malam. Jika masih terasa lapar makanlah buah-buahan sebagai pengganti.
  2. Kunyah makanan lebih lama sehingga anda akan merasa lebih cepat kenyang dari biasanya.
  3. Makanlah makanan yang tidak banyak mengandung lemak
  4. Berjalan kaki sejauh minimal 400 meter sehari atau bertreadmill.
  5. Melakukan olahraga peregangan dengan push up dan sit up waktu bangun tidur dan waktu mau tidur malam atau pagi
  6. Kurangi mengkomsumsi makanan yang mengandung kadar gula tinggi
  7. Jika lapar makan nasi sedikit saja dan kenyangkan dengan memakan sayuran atau buah.
  8. Jika terbangung malam hari dan perut terasa lapar minumlah segelas jus atau makan buah satu biji saja.
  9. Jangan mengurangi jumlah waktu makan, tapi kurangi porsi makanannya.
  10. Kurangi ngemil sekarang juga.
Semogabermanfaat.

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Istilah Makna Dalam Perkataan AKUM

:pingu_35::pingu_35:
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim
salam assalamualaikum pada Anis ye"
contoh lerr.. Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut"
statement ini adalah berdosa, walaupun
sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"
Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan
"A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang
selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.
Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang
bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde
Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "Salam" kerana salam ialah
dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....

Klik disini untuk bacaan penuh.. »»
Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Clik Iklan Disini

 

coments