Sayang Terakhir kisah kedukaan Seri Bayu luah perasaan tulis lirik lagu di HKL


Kau pernah berkata esok ada mentari untuk cinta kita, kau pernah berjanji esok ada pelangi untuk rindu ini.

Itulah antara bait lirik lagu Sayang Terakhir hasil nukilan terbaru Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaluddin Sulik, 43, yang terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak empat hari lalu. Menurutnya, nukilan puitis itu tercipta berdasarkan pengalaman hidupnya bersama isterinya, Erema bagi menggambarkan perjalanan hidup yang pernah mereka lalui sebelum ini.

"Awak tulislah, biar orang lain tahu apa isi hati saya ketika ini, segala suka dan duka biarlah saya menanggungnya sendiri," katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau yang dirawat di HKL kerana menanggung derita penyakit saraf motoneuron disease sebelum ini berhadapan dengan tuntutan perceraian oleh isterinya, Erema atau nama penuhnya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada awal November lalu.

Seri Bayu bernikah dengan Erema pada 19 Disember 2006 dan juga antara penerbit album sulung penyanyi muda itu.

Dalam pada itu, selain masalahnya dengan Erema dan penyakitnya, beliau juga diuji apabila mendapat tahu, bapa tirinya, Abdul Muktee Abdul Rawi, 71, meninggal dunia pada pukul 6.30 petang kelmarin akibat penyakit kanser.

"Saya pasrah dengan apa yang berlaku, cuma terkilan tidak sempat menghadiri pengebumian Allahyarham kerana masih mendapatkan rawatan di HKL," tambahnya.

Menurut Seri Bayu, beliau dihantar oleh seorang kenalannya yang dikenali sebagai Amin ke HKL kira-kira pukul 4 petang Khamis lalu berikutan keadaannya yang semakin lemah.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Sayang Terakhir kisah kedukaan Seri Bayu luah perasaan tulis lirik lagu di HKL”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments