Pemakaian tudung bagi wanita di kelantan harus di contohi oleh semua umat islam di malaysia


Sebaik sahaja Pas berjaya mendapatkan kembali kerajaan Negeri ini pada tahun 1990, antara agenda yang mula diperkenalkan ialah pemakaian menutup aurat bagi wanita. Pemakaian menutup aurat ini selari dengan ajaran al-Quran dan Sunnah yang dituntut oleh agama Islam. Sebagai sebuah negeri yang bergelar serambi mekah, polisi ini bukan perkara yang asing malah disambut dengan baik oleh seluruh wanita. Selain itu, wanita yang berketurunan bukan melayu-Islam juga digalakkan berpakaian sopan.

Pada hari ini, budaya bertudung dan berpakaian sopan ini bukan lagi suatu yang asing apabila anda berkunjung ke Kelantan.Papan-papan iklan yang mengayakan wanita tidak menutup aurat juga diturunkan dan diganti dengan gambar-gambar wanita bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Ia menjadi budaya yang menarik dan suatu identiti yang tersendiri bagi wanita Kelantan.

Bermula dengan kakitangan kerajaan negeri seterusnya pekerja-pekerja wanita di gedung-gedung perniagaan, polisi ini mula berkuatkuasa secara beransur-ansur dengan penuh harmoni dan diterima oleh semua.

Hanya setelah 15 tahun polisi ini dilaksanakan barulah kerajaan negeri mengenakan tindakan yang tegas terhadap mereka yang melanggar garis panduan berpakaian sopan yang ditetapkan. Rata-rata kaum wanita Kelantan, menganggap tindakan tersebut wajar mengambil kira sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990.

Terdapat beberapa kritikan mengenai tindakan denda yang dikenakan sekiranya menyalahi peraturan yang ditetapkan ini. Ada juga menyatakan ia tidak wajar dilaksanakan lebih-lebih lagi masyarakat kita hari ini berbilang bangsa dan agama.

Prinsip denda yang dikenakan jauh dari membebankan. Jika masyarakat boleh akur terhadap peraturan dan undang-undang lalu lintas dan juga jalan raya serta boleh terima prinsip saman dan denda apabila melanggar peraturan jalanraya maka tidaklah sewajarnya mempertikaikan peraturan berpakaian ini.

Peraturan yang ditetapkan ini bukanlah ingin menyekat perkembangan kaum wanita bahkan memartabatkan lagi kedudukan dan rasa hormat kepada wanita. Ia juga ingin mengurangkan bentuk-bentuk eksploitasi dan juga gangguan kepada wanita.

Malah, jika kita melihat gambar-gambar wanita terpilih yang amat dihormati oleh masyarakat pelbagai bangsa dan agama seperti Mother Theresa, Queen Victoria, dan lain-lain lagi, kita dapati mereka memakai identiti yang amat sopan dan juga bertudung. Maka tidak sewajarnya perbezaan agama ataupun budaya dilihat sebagai jurang tetapi ia sebenarnya adalah suatu identiti yang disepakati dan sebagai titik persamaan dan persefahaman.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Pemakaian tudung bagi wanita di kelantan harus di contohi oleh semua umat islam di malaysia”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments