MPV David langgar orang - Kemalangan maut yang melibatkan penerbit Jangan Tegur


Rombongan artis bagi filem Jangan Tegur terlibat dalam kemalangan maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh seorang pekerja lebuh raya di Kilometer 263.2, Lebuh Raya Utara-Selatan pagi semalam. Mangsa seorang warga Bangladesh, Mofizul Hoque, 40, terbunuh akibat dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard milik penerbit filem tersebut, David Teo.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, selain David, dua pelakon terkenal, Ahmad Idham dan Nadia Mustafar turut berada di dalam MPV yang sama.

Selain itu, dua pegawai perhubungan awam Metrowealth Production iaitu Azahari Abdul Hamid dan Suhairi Mat Johor juga terbabit.

Kesemua mereka dalam perjalanan untuk promosi filem Jangan Tegur di Singapura.

Azahari, 31, yang memandu MPV itu ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila lelaki itu bersama rakannya tiba-tiba melintas lalu dia memperlahankan kenderaan dan membunyikan hon sebelum gagal mengelak dan terlanggar mangsa.

"Saya terkejut nampak mangsa dan rakannya melintas. Rakan mangsa sempat melintas tetapi mangsa tidak sempat berbuat demikian.

"Kebetulan kenderaan berada di laluan paling kanan, saya tidak boleh ke kiri kerana banyak kenderaan lain dan sebelah kanan ada pembahagi jalan. Saya tidak memandu laju cuma tidak sempat mengelak kerana insiden itu berlaku terlalu pantas," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2 selepas membuat laporan polis mengenai kemalangan itu.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “MPV David langgar orang - Kemalangan maut yang melibatkan penerbit Jangan Tegur”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments