Gempar buaya tembaga di sungai Melaka


MELAKA – Selang seminggu selepas akhbar ini memaparkan perbuatan khurafat yang berlaku di Pulau Besar, semalam negeri ini digemparkan pula dengan penemuan seekor buaya tembaga di tebing muara Sungai Klebang sejak empat hari lalu.

Kemunculan reptilia sepanjang kira-kira dua meter itu dan dipercayai berjemur di tebing berkenaan telah menimbulkan tanda tanya.

Seorang nelayan, Ali Dolmat, 51, berkata, buaya itu dilihat berjemur di situ sebanyak dua kali sehari.

“Buaya ini berjemur di tebing Sungai Klebang selama dua jam mulai pukul 9 pagi ketika air surut dan menjelang tengah hari ia menghilangkan diri sebelum berjemur semula pada pukul 4 petang sehingga air pasang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Beliau memberitahu, kemunculan buaya berkenaan bukan kali pertama dilihat oleh nelayan di situ sebaliknya seekor buaya pernah muncul dan berjemur di situ selama beberapa hari tiga tahun lepas sebelum menghilangkan diri.

Namun menurutnya, buaya yang dilihat kali ini mempunyai saiz yang lebih besar daripada sebelumnya.

Seorang lagi nelayan, Mat Sahat Taib, 53, pula berkata, kemunculan buaya itu disedari nelayan di situ sejak empat hari lalu.

Katanya, keselamatan nelayan di situ terancam dengan kemunculan buaya berkenaan selain dibimbangi akan menjejaskan pendapatan mereka.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Gempar buaya tembaga di sungai Melaka”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments