Era baru Najib sudah bermula PM ke 6


PUTRAJAYA - Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini semalam.

Upacara itu berlangsung di tingkat lima Pejabat Perdana Menteri pada pukul 4.50 petang.

Ia dilakukan selepas Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada sebelah paginya.

Dengan pelantikan itu, sejarah negara tercipta apabila buat pertama kalinya anak Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri. Najib ialah anak sulung Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Dalam upacara itu, Abdullah yang berbaju Melayu jingga menyerahkan Fail Meja YAB Perdana Menteri berwarna biru sebagai tanda penyerahan tugas dan tanggungjawab kepada Najib yang berbaju Melayu merah jambu sambil disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Upacara itu juga menandakan lengkapnya proses peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib secara tersusun dan berjalan dengan lancar.

Semalam, Abdullah yang telah menerajui kepimpinan negara lebih lima tahun menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka melantik Najib sebagai penggantinya.




Selepas upacara itu, Abdullah dan isteri, Tun Jeanne Abdullah bersalaman dengan para menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan kerajaan yang menunggu di aras lobi Pejabat Perdana Menteri.

Mereka kemudian bersalaman dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri yang berbaris dari pintu utama hingga ke kereta Abdullah. Turut mengiringi mereka ialah Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib dan Rosmah mengiringi Abdullah dan Jeanne hingga ke kereta dan Abdullah sempat melambaikan tangan sebelum meninggalkan pekarangan Pejabat Perdana Menteri pada pukul 5.25 petang.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Era baru Najib sudah bermula PM ke 6”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments