Kafa terima padah Kelantan oh kelantan ..


PEMINAT bola sepak Kelantan nampaknya sudah boleh melupakan hajat mereka menyaksikan perlawanan di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV.

Ini kerana stadium keramat itu digantung daripada menganjurkan sebarang perlawanan bola sepak hingga hujung tahun ini.

Selepas dua kekecohan yang dicetuskan oleh segelin- tir peminat fanatik Kelantan dalam dua perlawanan Liga Malaysia baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya terpaksa bertindak tegas.

Dalam mesyuarat Lembaga Tatatertib dan Disiplin (LTD) FAM semalam, Persa- tuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terpaksa menanggung denda dan hukuman di atas dua pertuduhan yang melibatkan sikap ganas penyokong mereka itu.

Pengerusi LTD FAM, Kamaruddin Abdullah memberitahu, dua pertuduhan yang disabitkan itu melibatkan sikap ganas penyokong Kelantan dalam dua perlawanan dengan Negeri Sembilan.

Pertama, pada aksi Liga Super (31 Mac) dan kedua, saingan separuh akhir pertama Piala FA, 7 April lepas.


Lebih teruk lagi, selain terpaksa bermain di gelanggang lain sepanjang baki saingan musim ini, Kafa juga diarahkan membayar denda lebih RM100,000 di atas dua pertuduhan tersebut.

“Kes pertama iaitu ketika perlawanan Liga Super pada 31 Mac lepas, Kafa disabitkan dengan tiga tuduhan gagal mengawal sikap peminat mereka yang melakukan tiga kesalahan,” kata Kamaruddin (gambar) pada sidang akhbar semalam.

“Tiga kesalahan itu ialah membaling objek bahaya kepada pemain, pegawai pasukan Negeri Sembilan, pegawai perlawanan serta bas pasukan Negeri Sembilan.

“Jadi mereka didenda RM40,000 di atas tiga kesalahan tersebut selain diarahkan membayar RM19,770 sebagai ganti rugi kerosakan bas berkenaan kepada pemiliknya.

“Kes kedua pula iaitu kekecohan teruk pada perlawanan Piala FA minggu lepas, Kafa didenda RM50,000 berdasarkan kerosakan teruk harta awam, persendi- rian dan pihak berkuasa serta perlu me- nanggung semua kos kerosakan tersebut.

“Maka berdasarkan semua kesalahan ini, Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib turut memutuskan untuk menggantung semua perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV hingga 31 Disember 2009 atas faktor kesela- matan,” tegas Kamaruddin lagi.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzud- din Ahmad pula memberitahu, semua keputusan itu dibuat berdasarkan peraturan dan tatatertib yang ditetapkan dalam Jawatankuasa Pertandingan Tempatan.

“Begitupun, Kafa masih boleh membuat rayuan kepada FAM dalam masa dua minggu sahaja, jika tidak keputusan ini akan kekal,” kata Azzuddin.

“FAM sebenarnya telah menilai dan mengkaji semasak-masaknya mengenai dua kes itu dan semua keputusan ini adalah yang paling minimum dikenakan ke atas Kafa.”


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Kafa terima padah Kelantan oh kelantan ..”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments