Ruang rehat pancaindera SPA

Sambutan premis kontemporari urban dan layanan belaian tubuh di rangkaian The Sompoton Spa, Kuala Lumpur, jelas mengajak tetamunya berehat dalam aura gaya hidup kota.




OPERASI spa ini dibawakan kepada pelanggan berpotensi dengan berlandaskan keyakinan pengusahanya yang mahu menawarkan pengalaman spa bandar terbaik.

Sambil mengangkat tema santuari yang ideal bagi melaras minda, jiwa dan tubuh, destinasi ini semakin mendapat sambutan menggalakkan sejak mula menempatkan jenamanya dalam senarai perkhidmatan hospitaliti ibu kota sejak penghujung tahun 2004.





KIRI: ">

Khabar kemunculan The Sompoton Spa sudah pun memenangi banyak hati warga kota. Apatah lagi ramai yang mengetahui akan keistimewaan pakej urutan signatur yang menggabungkan kepakaran teknik Melayu dengan elemen terpilih daripada kaedah urutan Shiatsu, Swiss dan Bali.

Namun, pujian yang diberi bukan hanya kerana perkhidmatannya. Premis The Sompoton Spa sendiri boleh dianggap 'menang' dalam pandangan mata tetamunya. Bertempat di aras 1B, di East Wing, Hotel Istana, dari jauh lagi ia sudah menangkap deria dengan haruman minyak terapi.





TENGAH: ORNAMEN penyegar dan rempah ratus yang digunakan dalam rawatan.">

Dekorasi buluh dan keselesaan sofa empuk di ruang sambutan spa memberi peluang untuk pelanggan menenangkan fikiran sambil memilih jenis rawatan yang bakal dicuba. Pelanggan boleh memilih gabungan ritual spa seperti urutan badan, lulur, batu panas, dan juga rawatan muka.

Rawatan rias kuku di Sompoton Spa Hotel Istana ini begitu menarik perhatian. Sementara kebanyakan ruang merias kuku di spa lain dibiarkan dalam suasana yang terang dan terbuka, di cawangan Hotel Istana ini, ia dilakukan di ruang yang separa privasi dan bercahaya romantis. Kerja teliti petugas spa sebaliknya dibantu lampu fokus.





BAWAH: Sebanyak tiga bilik rawatan bagi kunjungan berpasangan disediakan di cawangan ini.">

Sempat meninjau kemudahan dan penampilan cawangan spa ini di Nikko Hotel Kuala Lumpur pula, konsep layanan yang setara kualitinya diperkenalkan kepada pelanggan. Cuma apa yang ditemukan di sini adalah gaya hiasan premis yang lebih terkini dan chic.

Serasi dengan tema Luxury Collection, cawangan tersebut yang turut mempertaruhkan 10 buah bilik rawatan termasuk tiga bilik untuk pasangan, adalah yang terbaru dalam rangkaiannya.








Jika penampilan cawangan di Hotel Istana seumpama disuntik elemen tropika, Sompoton Spa di Nikko Hotel ini pula memantulkan elemen moden. Seiring trend kontemporari, spa ini tampil lebih urban, bermula daripada kaunter daftar, ruang rehat hinggalah ke dalam bilik rawatan.

Di ruang legarnya yang berdindingkan kaca jendela, panorama kota raya dijemput masuk ke dalam spa lantas menjadikannya sebuah lukisan realiti. Biar apa pun yang cuba dibandingkan, kedua-dua cawangan yang dikunjungi krew Alam Damai ini melimpahkan konsep yang jelas.

Melalui penegasan aspek ruang gerak yang luas dan selesa pada premisnya, The Sompoton Spa secara perlambangan mengajak pelanggannya membebaskan diri agar minda dan jiwa tidak terikat pada tekanan kerja dan juga waktu yang pantas berdetik.

Spa ini merumuskan sesuatu. Ia mengajar tetamunya agar mengetepikan secebis masa yang berharga untuk merehatkan pancaindera yang letih diasak rutin harian.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Ruang rehat pancaindera SPA”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments