Wanita jumpa banyak harta karun di ladangnya


LEDBURY - Seorang pekebun, Jan Long menemui harta karun hampir setiap kali dia menggali tanah di sekitar rumahnya dekat sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara harta karun yang ditemuinya termasuk sebentuk cincin berlian, jam tangan era pemerintahan Ratu Victoria, ratusan duit syiling, pingat, kereta sorong dan beg lama.

Dia menemui harta karun itu sejak enam tahun lalu selepas berpindah ke sebuah rumah desa dekat Ledbury, England bersama suaminya, Dr. Richard Long iaitu seorang bekas pensyarah universiti.

"Saya tidak mempunyai idea nilai keseluruhan harta karun itu tetapi ia tidak penting buat saya," katanya yang berumur 57 tahun.

Dia percaya rumah yang didiaminya itu dibina pada abad ke-15 dan ia mungkin menjelaskan kenapa terdapat banyak harta karun dalam tanah kebunnya.

Harta yang paling berharga yang ditemuinya merupakan jam emas.

Namun, katanya, sebentuk cincin berlian yang ditemuinya itu kemungkinan milik seseorang yang tercicir ketika melawat rumah tersebut.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Wanita jumpa banyak harta karun di ladangnya”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments