Pakatan yang BIADAB dan tidak berotak hina Sultan


PENYOKONG Pakatan Rakyat menghalang kenderaan rasmi yang membawa Raja Dr Nazrin ke Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, semalam.
Pulau majlis angkat sumpah MB baru Perak, ugut saman baginda

# Mohammad Nizar kecoh di pejabat MB pejabat MB

# Pakatan Rakyat tidak beradab

KUALA KANGSAR: Pakatan Rakyat menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, apabila memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini, semalam dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap baginda.

Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas memulaukan majlis berkenaan, manakala penyokong gabungan itu pula mencetuskan kekecohan di luar Masjid Ubudiah, kira-kira 300 meter dari Istana Iskandariah. Dalam insiden itu, penyokong Pakatan Rakyat turut menghalang kenderaan kerabat diraja serta orang kenamaan daripada memasuki Istana Iskandariah, termasuk yang dinaiki Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan berkenaan juga dilaporkan membaling kayu, batu dan botol ke arah polis dan kenderaan yang melalui Jalan Istana.

Malah, laman web Pejabat Sultan Perak turut diceroboh dengan memuatkan pelbagai perkataan yang mencela Sultan Azlan Shah. Berikutan itu, laman web berkenaan ditutup tengah hari semalam. Sementara itu, Sultan Perak dalam watikah perisytiharan pelantikan Menteri Besar yang baru menitahkan semua pegawai kerajaan dan rakyat menghormati Zambry serta mengikuti segala arahan di bawah pentadbirannya.

"Inilah kita memerintahkan sekian pegawai kita dan rakyat kita yang dikasihi yang ada dalam negeri Perak Darul Ridzuan dan sekian yang lain bersangkutan dengan perkara-perkara ini supaya ambil tahu hal ini dan mengikut dengan taatnya," titah baginda.

Dalam watikah yang dibaca oleh Orang Kaya Temenggong Paduka Raja, Datuk Seri Wan Fathir Wan Hussein, baginda menegaskan kuasa sudah diberi kepada Zambry seperti yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Sebaik watikah itu selesai dibaca, Zambry mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Perak, sekali gus mengesahkan Barisan Nasional (BN) secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat.

Berangkat ke istiadat itu ialah Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim.

Najib selaku Pengerusi BN negeri, turut hadir bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, selain dua bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Zambry, 47, adalah bekas Ahli Exco negeri selama satu penggal dari 2004 hingga 2008 sebelum Perak jatuh kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lalu. Beliau adalah Menteri Besar Perak ke-11.

Majlis mengangkat sumpah barisan Exco Negeri yang baru akan berlangsung di Istana Iskandariah pada 10 pagi Selasa ini.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Pakatan yang BIADAB dan tidak berotak hina Sultan”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments