Tip Untuk Perancangan Kewangan Anda

:pingu_02::pingu_17:

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,


Boleh dikatakan semua orang menghadapi masalah kewangan. Kecuali mereka yang dah mencapai tahap kebebasan kewanganlah, kan? Masalah duit ni biasanya disebabkan oleh kesilapan merancang kewangan ataupun memang langsung takder perancangan. Bila hujung bulan jer, ke mana duit tu pegi kita pun tak ingat.

Perancangan kewangan ini memang penting. Dengan menguruskan kewangan secara bijak, kita mampu berbelanja hanya mengikut kemampuan dan tidak melebihi pendapatan sedia ada. Lebih baik, jika dapat menyimpan sekitar 10% daripada jumlah pendapatan.

Saya bukanlah seorang pakar kewangan. Namun, ada beberapa tip perancangan kewangan yang nak saya kongsikan dengan anda.


Rancanglah Perbelanjaan Anda (Wikipedia)


1. Menentukan matlamat kewangan

Matlamat ini penting supaya anda dapat gambaran awal tentang perkara yang ingin dibuat dengan duit tu dalam tempoh masa tertentu. Sama ada sebulan, 6 bulan ataupun setahun. Anda perlu tetapkan sendiri jangka masa untuk merancang dan melaksanakan sesuatu matlamat.

Biasanya anda ada matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang. Contohnya anda merancang nak beli but bola, melancong, beli rumah, berkahwin, simpanan untuk memulakan perniagaan dan sebagainya.

2. Mengenalpasti tabiat perbelanjaan

Apabila anda dah tentukan matlamat tadi, sebaiknya anda teruskan perancangan kewangan dengan lebih teliti. Tujuannya untuk lebih memudahkan anda dalam mencapai sesuatu matlamat.

Harus diingat, perancangan pada waktu ni bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan anda. Tapi untuk mengenal pasti tabiat perbelanjaan anda. Akhirnya anda akan tahu nanti;

* Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan duit tu?
* Berapakah jumlah hutang anda setiap bulan?
* Baki duit yang tinggal pada setiap hujung bulan?


3. Nilaikan tabiat perbelanjaan

Sekiranya duit anda habis tak tentu pasal atau tak berbaki langsung pada hujung bulan, anda mesti menilai semula tabiat berbelanja sebelum ni. Perincikannya dengan lebih teliti.

Apakah barangan yang dah anda beli sampai habis kesemua duit tu? Tentukan sama ada ia barangan keperluan ataupun hanya menurut nafsu memenuhi kemahuan anda semata-mata.

Seterusnya, lihat kembali sama ada;

* Adakah anda pakai duit simpanan untuk membayar bil semasa?
* Adakah anda memohon pinjaman baru untuk selesaikan hutang lama?
* Adakah hutang anda lebih besar daripada pendapatan?
* Adakah anda selalu membeli tanpa berfikir sama ada "aku ni mampu ke"?


4. Menulis segala perbelanjaan

Menulis apa-apa saja perbelanjaan dapat mengesan perbelanjaan anda yang lepas. Selain tu, memudahkan anda mengawal perbelanjaan pada masa depan nanti. Jadi, bolehlah anda buat satu pelan perbelanjaan yang lebih baik lepas ni.

Anda rancanglah mengikut kedudukan kewangan sendiri sebaik mungkin. Pelan perbelanjaan anda boleh dibuat dengan berlandaskan beberapa panduan seperti;

* Tuliskan berapa pendapatan bulanan anda.
* Kira keperluan perbelanjaan bulanan anda yang biasa i.e bayaran bil semasa, sewa, perbelanjaan harian, bayaran pinjaman dll.
* Khaskan juga perbelanjaan untuk tujuan kecemasan dan bermusim i.e cukai jalan, pembaharuan insurans, yuran persekolahan, musim perayaan dll.


Sekiranya anda masih juga tidak mempunyai baki duit pada akhir bulan, cuba semak semula perbelanjaan anda. Kenal pasti sebarang perbelanjaan yang boleh dikurangkan. Jangan takut, keluarkan jer benda yang tak perlu tu. :)

Harap-harap lepas ni, anda dapat merancang serta menguruskan kewangan dengan lebih bersistematik yer. :)


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Tip Untuk Perancangan Kewangan Anda”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments