Sifu dan Tongga - komedi kitar semula

:Monkey44:


PERJALANAN ceritanya bermula apabila Mila, lakonan Fouziah Gous, anak kepada Piee yang membawakan watak Chief iaitu penjaga suku Watson telah diculik sekumpulan wartawan yang diketuai Tammy.

Tammy, lakonan Erra Fazira bersama Izaq (Azad Jazmin) adalah wartawan yang mahu membuktikan kewujudan masyarakat yang masih hidup seperti di zaman batu.

Simpati dengan kesedihan yang dialami Chief, dua sahabat, Sifu (Saiful Apek) dan Tongga (Nabil Raja Lawak) nekad memulakan pengembaraan untuk menjejaki Mila.

Berpandukan keupayaan Sifu yang mampu berkomunikasi dengan dunia ghaib, kedua mereka keluar dari kepompong dan menjelajahi dunia asing, Kuala Lumpur.

Dari hutan ke kota, dari kedamaian ke dunia penuh kesibukan di kotaraya, pengembaraan Sifu dan Tongga penuh dengan pelbagai dugaan.

Segalanya serba baru dan pelik bagi mereka. Masakan tidak, selama berpuluh tahun, generasi demi generasi suku Watson hidup terasing di belantara.

Begitulah serba sedikit sinopsis filem terbaru arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen berjudul Sifu & Tongga yang mula ditayangkan di pawagam semalam (29 Januari).

Filem terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd., dengan kerjasama Lineclear Motion Pictures itu merupakan filem ke-26 bagi A. Razak yang menggabungkan pelawak daripada tiga generasi iaitu Piee, Saiful Apek dan Nabil.

Bertambah menarik, Sifu & Tongga adalah filem pertama lakonan Nabil yang ditayangkan di pawagam.

Tentu ramai yang ingin menyaksikan kemunculan Nabil di layar perak selepas dinobatkan Raja Lawak Astro musim kedua, tahun lalu.

Sementelah, ini juga adalah filem pertama Nabil bergandingan bersama Saiful Apek serta Piee.

Berkonsepkan komedi, malangnya, sepanjang menonton Sifu & Tongga yang berdurasi 104 minit, ia sekadar menghidangkan lawak yang dikitar semula.

Biarpun menggabungkan tiga generasi pelawak, adakalanya, lawak yang ditampilkan tidak seperti yang diuar-uarkan melalui iklan promosinya iaitu 'kelucuan tahap kritikal'.

Namun, sebagai pendatang baru, Nabil patut dipuji kerana lakonannya amat bersahaja.

Sifu & Tongga juga memperlihatkan kemantapan lakonan Erra yang sememangnya tidak perlu dipertikaikan apabila membawakan sisi jahat bernama Tammy.



Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Sifu dan Tongga - komedi kitar semula”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments