Pendatang Sudah Angkat Kaki

:Monkey31:

LADANG getah bukan lagi syurga bagi warga asing di Malaysia ekoran harga komoditi itu yang merudum. - Gambar hiasan

Tempias kegawatan ekonomi dunia mula dirasai terutama dalam sektor pengeluaran dan perladangan apabila ramai pekerja asing kini tersepit dan tidak lagi menganggap Malaysia sebagai 'syurga rezeki'.

Malah, kejadian sekumpulan 40 warga Indonesia yang karam di perairan Pulau Putri, Batam Ahad lalu mungkin terdiri daripada mereka yang sudah 'perit' untuk terus mencari rezeki di negara ini.

Ia juga dikatakan permulaan pergerakan beramai-ramai pulang ke kampung masing-masing.

Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada dua juta pekerja asing yang bekerja di negara ini bakal kehilangan pekerjaan dalam kedua-dua sektor tersebut pada tahun ini gara-gara kegawatan ekonomi.

Menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Samsuddin Bardan, ketika ini pun, sudah ramai pekerja asing di negara ini yang telah diberhentikan kerja.

"Proses pemberhentian ini sebenarnya telah berlaku sejak kenaikan harga minyak tahun lalu sehingga memaksa banyak syarikat mengurangkan pekerja,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Ekoran ketiadaan kerja itu, beliau tidak menolak kemungkinan ramai pekerja asing yang sebelum ini menjadikan negara ini sebagai lubuk rezeki akan 'angkat kaki' dari negara ini.

"Saya menjangkakan keadaan ini akan berterusan sehingga pertengahan tahun 2009,'' jelasnya.

Sebelum ini, jelas beliau, sektor perladangan dikuasai hampir 70 peratus pekerja asing, perkilangan 35 peratus, sektor perkhidmatan 20 peratus dan sektor pembinaan sekitar 90 peratus.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Pendatang Sudah Angkat Kaki”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments