Menyambut Tahun Baru Dipunyak Gunung

blogger-emoticon.blogspot.com

percutian terindah yang tidak mampu dilupakan oleh aktres jelita ini bersama suami tersayang di Gunung Kinabalu, Sabah.


EMPAT bulan bertukar transformasi kehidupan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilalui oleh aktres jelita Maya Karin.

Mengakui agak janggal pada mulanya namun berkat sepakat dan saling bertolak ansur membuatkan segala yang payah bertukar menjadi senang.

Itulah fasa manis yang dilalui aktres tersohor negara ini.

Kata Maya, kehidupan yang sedang ditempuhinya ini merupakan satu peringkat yang pastinya akan ditempoh oleh setiap wanita.

Jelasnya dalam satu pertemuan bersama Hits baru-baru ini, ketika ini dia sedang belajar dan cuba untuk menjadi suri hati terbaik bagi Steven David Shorthose (Muhammad Ali Abdullah).

"Memang awal-awal dulu agak susah. Sebab itu saya tanya kawan-kawan saya kenapa tak cakap susah macam ini. Namun lama-kelamaan semuanya jadi senang dan mudah apabila kita sering bantu membantu.


"Tapi bagi saya janganlah kita cuba mengambil kesempatan apabila suami kita jenis yang boleh bertolak ansur," katanya yang baru sahaja pulang dari bercuti bersama suami di Kota Kinabalu, Sabah.

Mengakui semakin bahagia dengan apa sedang dilaluinya, Maya memberitahu, dia dan suami juga perlu berkorban demi rumah tangga mereka.

"Kalau saya ada penggambaran, saya balik lewat dan jarang dapat berjumpa dengan dia. Dia pula pagi-pagi dah pergi kerja jadi saat-saat yang saya nantikan ialah apabila saya tak ada penggambaran barulah kami dapat bersama," jelasnya.

Dek kerana itu terang Maya, dia sedaya upaya memujuk suaminya untuk bercuti bersama selama seminggu di negeri di bawah bayu itu.

Malah jelas Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 ini, dia sendiri tidak menyangka suaminya akan bersetuju dengan permintaannya.

"Saya tanya dia nak pergi bercuti tak dan saya nak buat sesuatu aktiviti yang lasak. Dia bersetuju dan saya sendiri tak sangka dia nak buat aktiviti-aktiviti lasak itu," ujarnya penuh manja.

Mengenai pemilihan Kota Kinabalu, sebagai lokasi percutian pilihannya kata aktres berusia 29 tahun itu, lokasi berkenaan merupakan tempat idaman yang ingin dilawatinya sejak dahulu.

"Dari dulu saya nak pergi Sabah tapi tak pernah berkesempatan. Jadi apabila dia setuju pastinya saya tak akan menolak. Seminggu kami habiskan masa di sana cukup menyeronokkan," katanya lagi.

Bercerita lanjut mengenai percutiannya itu, kata Maya: "Saya tak akan lupakan kenangan terindah menyambut tahun baru 2009 di atas puncak Gunung Kinabalu.

"Selalu sangat tengok bunga api dan tahun ini saya sendiri terfikir apa salahnya kita sambut dengan cara lain yang boleh membuatkan kita kenang perkara itu sehingga akhir hayat."

Menceritakan detik-detik mendaki dan berada di puncak gunung, penggemar roti pisang ini memberitahu, tiada kata-kata yang mampu digambarkan mengenai keindahan ciptaan Ilahi.

"Cantik, indah dan nyaman sekali apabila berada di atas sana. Kita dapat lihat ciptaan Ilahi yang begitu sempurna.

"Memang kalau tak kuat kami tak sampai di atas, tapi sebab kami bersabar dan kami selalu juga bersenam itu yang membuatkan kami berjaya naik hingga ke puncak," jelasnya yang kini sedang sibuk mengumpul material bagi album solo terbarunya.

Selain Gunung Kinabalu, pasangan tersebut turut melawat beberapa lokasi menarik di Sabah antaranya Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan kawasan Pemeliharaan Monyet Belanda.

Pertama kali penerbit

Menyentuh mengenai kalendar seninya pada tahun 2009 ini jelas anak kelahiran Berlin, Jerman ini dalam nada ceria, buat pertama kalinya dia akan memikul tugas sebagai penerbit.

"Saya akan menerbitkan sebuah dokumentari mengenai alam sekitar menerusi syarikat saya sendiri Maya Karin Creative.

"Selain jadi penerbit saya sendiri akan bertindak selaku pengacara. Agak susah juga pada mulanya kerana saya yang menguruskan segalanya.

"Kepayahan yang saya harus lalui ialah saya perlu melakukan kajian dahulu sebelum menerbitkan sesebuah rancangan.

"Bahkan, banyak juga kerja-kerja pengurusan serta menghadiri mesyuarat dan sebagainya. Namun begitu saya sangat berpuas hati," katanya sambil memberitahu rancangan tersebut akan disiarkan di sebuah stesen televisyen swasta kelak.

Tambah Maya, sekiranya projek sulungnya ini berjaya besar kemungkinan pada masa hadapan dia berhasrat menerbitkan drama pula.

Selain itu, pencinta alam sekitar ini juga akan sedang meneliti beberapa tawaran filem.

"Saya ada terima beberapa tawaran filem. Mana yang terbaik saya akan terima. Pertengahan tahun ini nanti saya juga akan sibuk dengan promosi filem terbaru saya, Pisau Cukur yang akan ditayangkan tidak lama lagi," katanya mengakhiri perbualan.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Menyambut Tahun Baru Dipunyak Gunung”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments