Dah ramai yg mati baru PBB lulus gencatan senjata

blogger-emoticon.blogspot.com

palestin

NEW YORK 9 Jan. _ Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi untuk mengadakan gencatan senjata “yang segera dan berpanjangan” di Genting Gaza, seterusnya membawa kepada “pengunduran seluruh” askar Israel dari wilayah Palestin itu.

Amerika Syarikat (AS) mengambil pendirian berkecuali pada pengundian malam tadi.

Sejumlah 14 daripada 15 anggota Majlis mengundi untuk menyokong resolusi berkenaan yang dihasilkan daripada rundingan sengit selama tiga hari melibatkan Menteri-Menteri Luar Arab; Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice, Setiausaha Luar Britain; David Miliband dan Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner. _ AFP

Resolusi Gila ! Ini semua resolusi gila bagi aku..jahanam Israel ! jahanam Amerika ! Setelah hampir 1000 orang rakyat Palestin syahid, baru nak luluskan resolusi gencatan senjata.

Sama-sama kita doakan si jahanam Israel dan Amerika di turunkan bala bencana oleh Allah s.w.t. Semoga Allah tunjukkan kembali pembalasan sebagaimana yang telah Allah tunjukkan kepada tentera bergajah, kepada kaum nabi Lut atau sebagainya.

Sama-sama kita berdoa semoga dimenangkan mereka-mereka yang berjuang di jalan Allah. Semoga di beri bantuan sebagaimana Allah telah menghantar tentera malaikat dalam sejarah Badar.

Sama-sama kita boikot barangan USA dan Israel…

blogger-emoticon.blogspot.comNegara-negara Islam lain terus di jahit mulut dan di tambat leher. Husni Mubarak terus memenjara rakyat Palestin.

Aku menyeru…menyeru atas nama Islam. Bersatulah ! Jangan diperbodohkan dengan demokrasi yang dilaungkan barat. Demokrasi dan hak asasi gila yang membiarkan rakyat Palestin di sembelih. Demokrasi yang hanya akan menjerut umat islam kembali. Kita tertipu…sedar tak kita?

Apabila sesuatu bencana berlaku di negara Islam…jahanam itu cepat-cepat menghulurkan bantuan. Kerana apa? kerana ingin menutup mulut-mulut negara Islam apabila membenarkan pembunuhan di Palestin dan negara Islam lain.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Dah ramai yg mati baru PBB lulus gencatan senjata”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments