Malam Gempak Rewang Mawi - Ekin Disampuk semangat kuda kepang

:pingu_20:


MALAM Gempak Rewang Mawi – Ekin kecoh apabila penonton yang hadir menyaksikan persembahan tarian kuda kepang bertempiaran lari apabila terdapat sebilangan penonton mula disampuk semangat kuda kepang.


MALAM konsert Gempak Rewang sempena meraikan majlis perkahwinan Asmawi Ani atau Mawi dengan pasangannya Nora’asikin Rahmat atau lebih dikenali sebagai Ekin di Felda Taib Andak, Kulai, sedikit kecoh apabila berlaku insiden penonton’tersampuk semangat kuda kepang’ ketika tarian itu dipersembahkan. Kejadian tersebut membuatkan orang ramai yang berada di situ bertempiaran lari kerana panik. Malah pihak media serta jurugambar yang bertugas membuat liputan tentang majlis tersebut juga terpaksa menyelamatkan diri masing-masing kerana ‘seram’ dengan situasi yang mereka alami.

“Ketika kejadian tersebut berlaku, keadaannya memang menakutkan. Secara tiba-tiba beberapa orang penonton melompat ke tengah-tengah gelanggang persembahan dan mereka sukar di kawal. Malah kanakkanak juga menangis seperti ketakutan. Mujurlah pihak yang mengadakan persembahan tersebut dapat memulihkan keadaan dengan cepat,” ujar salah seorang saksi kejadian tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Yus. Katanya, sebelum ini dia memang pernah mendengar pelbagai cerita aneh berkaitan tarian kuda kepang, namun baru kini dia mengalami pengalaman tersebut yang disifatkannya sebagai menakutkan.

Sementara itu Pegawai Agama di Jabatan Kemajuan Masyarakat, Ustaz Nahrawi Marzuki ketika dihubungi memberitahu, persembahan tarian kuda kepang jika dilakukan tanpa menggunakan sebarang mantera dan wirid-wirid tertentu dibenarkan oleh hukum syarak. Bagaimanapun katanya kebanyakan tarian kuda kepang yang dipersembahkan pada masa kini turut melibatkan mantera hingga boleh memesongkan akidah umat Islam. Buktinya penari yang mempersembahkan tarian tersebut akan lupa diri serta mempersembahkan aksi-aksi yang aneh dan mengerikan.

“Pada pendapat saya permainan kuda kepang sebenarnya sama seperti senaman yoga yang diperkatakan sebelum ini. Kalau ia dipersembahkan sekadar untuk suka-suka tanpa melibatkan sebarang jampi serapah atau mantera, ia boleh dianggap sebagai riadah serta tidak mendatangkan sebarang masalah. “Apa yang menjadi masalahnya sekarang apabila di dalam persembahan tarian kuda kepang, mereka menggunakan jampi dan mantera serta mengamalkan pelbagai amalan-amalan tertentu yang dipercayai mampu meningkatkan kebolehan si penari.

“Ada kalanya ketika mengadakan persembahan para penari kelihatan seperti dirasuk, tidak sedarkan diri dan khayal dengan tarian yang dipersembahkan. Lebih membahayakan jika penari yang terlibat turut melakukan pelbagai aksi yang boleh mencederakan diri mereka sendiri,” ulasnya panjang lebar.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Malam Gempak Rewang Mawi - Ekin Disampuk semangat kuda kepang”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments