Amy Mastura pengacara Apa Apa Aje


A

Amy Mastura menjadi pengacara program Apa Apa Aje di TV3 bersama Shamsul Ghau Ghau yang bersiaran mulai 5 Januari 2009. Amy menggantikan tempat Sheila Rusly.

Amy memang suka bercakap.

Sebelum ini TV3 menguar-uarkan pasal kemunculan pengacara baru Apa Apa Aje. Amy Mastura rupa-rupanya yang jadi pilihan.

Sesuailah nampaknya Amy menjadi pengacara program sedemikian kerana secara semulajadinya Amy memang banyak bercakap.

Kalau dapat mikrofon memang payah nak berhenti. Sekarang Amy menemani suri rumah pada waktu pagi. Jangan tak tahu Amy juga pandai berlawak.

Program sulung kelolaannya nampak bersahaja. Janganlah pula cuba membandingkan gelagat Amy dan Sheila kerana semestinya mereka akan berbeza.

Program itu juga mengalami perubahan dengan penambahan slot baru. Pengacara baru, format pun barulah juga.

Temanya masih sama iaitu perbezaan pendapat lelaki dan wanita dalam apa sahaja isu yang dibincangkan. Amy mempertahankan wanita dan Shamsul dengan semangat kelelakiannya.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Amy Mastura pengacara Apa Apa Aje”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments