wah sekarang ada Sungai raksasa

SEBATANG sungai purba yang ditemui tertanam di bawah pasir gurun Sahara baru-baru ini berjaya membuka dimensi baru dalam pengkajian sejarah.SEBATANG sungai purba yang ditemui tertanam di bawah pasir gurun Sahara baru-baru ini berjaya membuka dimensi baru dalam pengkajian sejarah.

Digelar sebagai sungai raksasa kerana pernah dihuni ikan besar, dinosaur dan buaya sepanjang 18.3 meter, sungai itu dibongkar sekumpulan arkeologi Britain yang menjalankan kajian di situ.


Ia mengalir merentasi Sahara kira-kira 100 juta tahun lalu dan kawasan sekitarnya sangat jauh berbeza daripada apa yang kita ketahui mengenai padang pasir itu pada hari ini.

Ia dikelilingi hutan, anak sungai dan pelbagai tasik. Penemuan itu dianggap paling menarik di Afrika dalam tempoh beberapa tahun, antara lain kerana adanya muncung burung purba raksasa serta tulang dinosaur pemakan daun sepanjang 19.8 meter.

Kedua-dua penemuan itu dijangka dapat menemukan dua spesies baru hidupan purba bumi.

Turut ditemui di sungai itu adalah kesan tinggalan buaya sepanjang hampir 20 meter, sisik ikan sepanjang lima sentimeter yang dihanyutkan air ke tebing sungai serta gigi ikan jerung gergaji (sawfish).

Tapak kaki dinosaur yang jarang diketahui turut dikesan di tapak sungai berhampiran sempadan Algeria — Maghribi itu.

Seorang daripada saintis terbabit, Dr David Martill, dari Universiti Portsmouth, berkata satu ketika dulu sungai berkenaan dipenuhi ikan sepanjang dua hingga empat meter.

“Segala hidupan di sungai itu bersaiz besar dan anda boleh memanggilnya sungai purba raksasa,” katanya.

Hujung muncung burung purba sepanjang 40.6 sentimeter itu pula dipercayai milik sejenis pterosaur.

Saintis percaya, haiwan berkenaan mempunyai sayap sepanjang enam meter dan ada kaitan dengan spesies di Amerika Utara, Quetzalcoatlus, yang memiliki sayap sepanjang lebih 15 meter.

Satu lagi penemuan penting di situ adalah tulang sauropod sepanjang satu meter. Sauropod adalah haiwan pemakan tumbuhan yang memiliki leher serta ekor panjang dan berdiri di atas empat kaki.

Penyelidik percaya, tulang berkenaan adalah bahagian depan dinosaur sepanjang sekurang-kurangnya 19.8 meter.

Bagaimanapun, ada kemungkinan tulang itu berasal daripada bahagian hujung bawah paha dinosaur sepanjang hampir 30.5 meter, menjadikannya sauropod terbesar pernah ditemui setakat ini.

Menurut Martill, kebanyakan orang tidak tahu sauropod mempunyai kepelbagaian selain hampir 100 yang sudah dikenal pasti setakat ini.

“Kami berpendapat, tulang ini mungkin mempunyai kaitan dengan jenis brachiosaurus, tetapi ia ada kelainan tersendiri.

“Tulang yang ditemui memiliki ciri-ciri luar biasa sebagai lengan dinosaur dan ada kemungkinan ia dimiliki haiwan yang terlalu besar,” katanya.

Menurut Martill, penemuan itu menjadi lebih menarik kerana jarang ada dinosaur pemakan daun hidup di rantau itu dan menemuinya dalam bentuk sebesar ini sangat menakjubkan. Ia juga dianggap sebagai penemuan besar mereka.

Semua fosil dan tulang ditemui di kawasan sungai purba itu kini diperiksa dengan teliti pakar dari Universiti Kolej Dublin, Nizar Ibrahim.

Menurut Nizar, sangat mengagumkan apabila membayangkan Sahara pada jutaan tahun lalu menghijau dengan tumbuh-tumbuhan, dinosaur dan buaya gergasi.

“Menemui dua contoh hidupan silam dalam ekspedisi sama juga satu kejayaan besar, terutama apabila ia mungkin membuka penemuan spesies baru,” katanya.

Sebelum mencapai kejayaan itu, pasukan pengkaji menghabiskan masa sebulan di padang pasir, melakukan perjalanan lebih 8,000 kilometer dan berdepan ribut pasir serta banjir.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “wah sekarang ada Sungai raksasa”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments