Penangan kopi reggae

:upin01:

Penangan kopi reggae
ALOR STAR: Segelintir mak nyah di sekitar bandar raya ini dikesan mengambil kopi yang dikenali sebagai ‘kopi reggae’ untuk memberi kekuatan seksual bagaikan kuda hingga mampu melayan lebih 10 pelanggan dalam satu malam.
Golongan homoseksual itu yang ditemui wartawan Harian Metro mendakwa kopi itu juga mampu membantu mereka bersengkang mata sepanjang malam, sekali gus dapat memberi layanan hebat kepada pelanggan.

Seorang mak nyah yang dikenali sebagai Syazliyana, 20-an, mendakwa kopi itu memberi kesan pantas untuk memulihkan tenaga serta rasanya agak berbeza dengan kopi lain.

“Apa yang penting pada saya adalah tenaga dapat dipulihkan sepenuhnya selepas seharian penat bekerja dan jika tidak meminum kopi itu, mustahil saya mampu berjaga sampai lewat malam.Malah, ada kalanya saya mencecah awal pagi untuk melayan pelanggan,” katanya ketika ditemui di sekitar Stesen Keretapi Alor Star di sini, yang menjadi lokasi golongan itu menjual tubuh.Difahamkan, bagi menambah kekuatan, kopi itu dicampur dengan dadah seperti syabu atau ganja. Bagaimanapun, bagi menjimatkan kos, mereka mencampurkan serbuk daun ketum kerana lebih murah dan boleh dibeli dengan harga RM30 sekilogram.

Ramuan kopi itu disediakan ibu pondan yang menjaga kawasan terbabit dan memberinya secara percuma kepada golongan mak nyah di situ.

Menurut Syazliyana, biarpun mengetahui minuman itu dicampurkan dengan dadah, dia tidak mempedulikannya kerana disediakan secara percuma oleh ibu pondan.

“Lagipun, kami memberikan sedikit wang kepadanya. Setahu saya, dia mencampurkan beberapa jenis barangan terlarang seperti serbuk daun ketum dan sedikit syabu dalam kopi terbabit.

“Mana tidaknya, kalau hendak diharapkan kopi itu saja untuk bersengkang mata sepanjang malam adalah sesuatu yang mustahil,” katanya.

Setiap kali meminum kopi itu kesannya akan dapat dirasai kira-kira lima minit kemudian.

Ia membuatkan tubuh berasa lebih segar dan ringan untuk melayan pelanggan selain berada dalam keadaan khayal.

Sementara itu, bagi mendapatkan pandangan kesan sampingan minum ramuan kopi itu, wartawan Harian Metro menghubungi pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby.

Kata Dr Ismail, minum kopi yang dicampur pelbagai bahan terlarang memang mampu bertindak pantas kerana ia lebih cepat menyerap dalam tubuh badan berbanding dadah yang diambil dalam bentuk kapsul.

“Perbuatan itu bukanlah suatu perkara baru dalam kelompok mereka (mak nyah). Hanya kaedah dan bahan yang digunakan berbeza mengikut situasi semasa.

“Apapun, dalam jangka panjang individu terbabit akan mengalami kesan negatif pada anggota badan biarpun kuantiti barangan terlarang seperti pil kuda, Ecstacy, serbuk daun ketum, syabu yang dicampur dengan kopi itu sedikit jumlahnya.

“Selagi ada unsur dadah dalam minuman yang diambil, ia akan menjejaskan kesihatan pengamalnya,” katanya.

Menurutnya, kesan yang akan dialami pengamal minuman itu seperti sakit buah pinggang, hati selain merosakkan otak.

“Dalam kes kopi itu, kesannya akan menyebabkan otak berada keadaan tertekan sehingga mampu mengakibatkan maut sekiranya kuantiti diambil dalam jumlah besar,” katanya.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Penangan kopi reggae”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments