Fasha & cerita panas

Tak habis-habis nama pelakon Fasha Sandha dikaitkan dengan cerita panas dan sensasi. Suka berfoya ke kelab, bermasam muka dengan pelakon lain, berlagak diva di lokasi, datang tak tepat waktu ke lokasi, rapat dengan suami dan buah hati artis lain dan banyak lagi antara cerita hot yang pernah dilemparkan kepadanya. Tak putus-putus.

Kebenarannya hanya Fasha yang boleh jawab. Kata Fasah semua itu tidak benar. Malah dia minta orang yang membuat tuduhan itu tunjukkan bukti. Dia tak faham mengapa asyik timbul cerita negatif pasal dirinya. Namun dalam masa yang sama Fasha terus diburu tawaran berlakon. Kini dia tak putus-putus dapat tawaran berlakon

"Saya tak tahu kenapa asyik nama saya yang dilempar gosip macam itu. Saya tak takut dengan dakwaan sedemikian kerana saya tak lakukan perkara tak elok sebagaimana yang dikatakan itu," kata Fasha yang kini muncul dalam Impak Maksima The Series di TV3.

Bersama hero Impak Maksima, Awal Ashaari.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Fasha & cerita panas”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments