Kasut Terbang Di Kepala Bush..!!!

:soldier_16:

Sebelah kasut pertama terbang di atas kepala Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq 14 Disember, dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik.

“Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” Jerit Muntazer Al-Zaidi wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah, lalu membaling kasut yang dipakainya. “Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq”

Tetapi Bush berjaya mengelak menundukkan kepalanya dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin, manakala kasut kedua tersasar. “.. saiz no 10” Katanya sambil bergura
u, walaupun disahut oleh beberapa orang saja.. dan akhirnya Muntazer segera dihukum oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik itu. (Anda boleh lihat juga dalam Youtube..)

Apakah kata-kata ‘saiz no 10’ itu sebagai kata simbolik , di mana orang yang melempar itu adalah bukan kanak-kanak atau orang yang sudah besar? Apakah di Malaysia ‘orang no1’nya bagaikan dilempar dengan kasut, apabila dipaksa melatak jawatan, yang mungkin juga oleh kuncu-kuncu orang besar, orang no2 selepas beliau?

Maaf, hanya gurau sikit-sikit, dari catatan santai kali ini. Sekian, wallahu aklam.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Kasut Terbang Di Kepala Bush..!!!”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments