Gangguan lembaga hitam



PUTRAJAYA: Segelintir penduduk di Pangsapuri Fasa R8, Presint 18, di sini, dalam ketakutan sejak beberapa bulan lalu kerana gangguan makhluk halus menyerupai lembaga hitam. Pangsapuri tujuh blok yang juga kuarters untuk kakitangan kerajaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan mula dihuni sejak Julai lalu.

Sejak penghuni mula berpindah di kediaman itu beberapa penduduk terutama di Blok C dan D diganggu lembaga terbabit terutama pada waktu malam.

Berikutan itu, lebih 10 keluarga nekad menyerahkan kunci dan meninggalkan kediaman masing-masing kerana tidak tahan dengan gangguan itu walaupun baru menetap di kuarters berkenaan.Lebih menyeramkan, lembaga itu dikatakan menunjukkan diri kepada beberapa penghuni menyebabkan mereka sentiasa diganggu dan tidak tenang.Seorang penduduk enggan dikenali, berkata lembaga itu akan mengganggu penghuni dengan bunyi-bunyian menyeramkan selain mengusik barangan di dalam rumah dan menunjukkan diri kepada penghuni rumah itu.

Dia yang sudah tiga bulan menghuni kuarters berkenaan tidak terkecuali menerima gangguan berkenaan tetapi tidak pernah terserempak lembaga yang menyeramkan itu.

“Cerita mengenai gangguan makhluk halus mempunyai pelbagai versi, tetapi seorang jiran pernah memberitahu ia menyerupai lembaga hitam yang sangat besar dan tinggi.

“Malah, seorang kanak-kanak yang pernah terserempak dengan ‘sesuatu’ dipercayai lembaga terbabit di lobi blok B menyebabkan anak kecil itu demam panas beberapa hari,” katanya, semalam.

Malah, katanya, beberapa rakan turut mengalami masalah tidur malam, selain tekanan sekali gus mengganggu prestasi kerja masing-masing,

Berikutan itu, pengurusan Surau Al-Istiqamah di pangsapuri itu akan mengadakan majlis solat hajat, bacaan Yasin, zikir dan doa di surau itu, bermula jam 7 hingga 9 malam, hari ini.

Pihak surau yang menerima aduan penduduk sejak bulan lalu menggunakan perkhidmatan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia Darussyifa’, Bangi, Selangor mengadakan kaedah rawatan khas bagi mengelak keadaan bertambah teruk, sekali gus menghalang kejadian itu terus menghantui penghuni di pangsapuri itu.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Gangguan lembaga hitam”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments