organ budak 6 tahun yg ganjil


BIRMINGHAM - Seorang kanak-kanak perempuan Britain berumur enam tahun, Bethany Jordan mempunyai lima limpa, dua paru-paru di sebelah kiri dan perutnya terletak di bahagian lain, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, doktor memberi amaran bahawa dia tidak akan hidup lebih lama selepas dilahirkan oleh ibunya.

Bagaimanapun dia yang berasal dari Stourbridge, West Midlands masih hidup.

Dia menghidap sindrom Ivemark yang merupakan satu ciri luar biasa akibat sistem kardiovaskular yang lemah dan beberapa organnya berada di tempat yang silap.

Apabila dia kuat bersenam, degupan jantung Jordan boleh dilihat dari bahagian belakang badannya.

Keganjilan yang dialami itu berlaku bagi setiap 150,000 orang.

"Kami perlu mengawasinya pada setiap masa kerana dia akan berasa letih dengan cepat kerana keadaan dirinya itu," kata ibunya.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “organ budak 6 tahun yg ganjil”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments