Carlos Gomez akur Kehebatan tumbukan Klitschko


Petinju Ukraine, Vitaly Klitschko berjaya mempertahankan gelaran heavyweight Majlis Tinju Dunia (WBC) selepas menewaskan petinju Cuba, Juan Carlos Gomez kelmarin.

Kejayaan Klitschko itu hadir pada pusingan kesembilan selepas dia diberikan kemenangan menerusi keputusan technical knockout. Klitschko pernah bersara pada 2005 selepas mengalami kecederaan, namun kembali merampas gelaran WBC itu dengan menewaskan Samuel Peter pada Oktober tahun lalu.

Namun, pada pertarungan kelmarin, kehebatan Klitschko benar-benar diuji Gomez.

"Saya tahu Gomez adalah lawan yang sukar dan saya sedar ia bukanlah pertarungan yang mudah," jelas Klitschko.

"Selepas pusingan keenam, saya seperti tidak sabar untuk menamatkan pertarungan kerana Gomez tidak banyak memberi tekanan kepada saya."

Petinju berusia 37 tahun itu mempamerkan corak pertarungan berhati-hati pada awal pusi- ngan, namun kembali menyerang dengan bebe- rapa kombinasi tumbukan padu di hadapan 12,500 penonton di Dewan Schleye, Stuttgart.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Carlos Gomez akur Kehebatan tumbukan Klitschko”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments