Sudah empat bulan pelakon Sharifah Shahora berkahwin dengan jurugambar Raja Mukhriz. Sudah mengandungkah pelakon itu?
Pasangan itu bernikah dalam satu majlis sederhana sahaja tahun lalu dan tak sempat bersanding.
"Macam mana nak mengandung... kami belum bersanding lagi," kata Shahora semasa ditemui dalam majlis doa selamat penggambaran drama bersiri Jangan Pandang Belakang baru-baru ini.
Itulah perkahwinan pertama mereka, jadi mahu juga mereka rasa keseronokan bersanding selain mengundang rakan-rakan dan saudara mendoakan kebahagiaan dalam majlis tersebut.
Dia dan suami ingin bersanding tahun ini juga, tapi menanti masa yang sesuai. Perancangan awalnya pada awal tahun ini , tapi apabila banyak pula tawaran berlakon datang, terpaksa ditunda dahulu.
Comments :
Catat Ulasan