Geng Tukan Rumah Berkubur

blogger-emoticon.blogspot.com

Sebahagian barangan samun Geng Tukang yang dirampas polis Ampang Khamis lalu.


Enam lelaki termasuk seorang warga Thailand yang pakar dalam membaiki rumah, telefon dan mesin kilang kertas menukar profesion masing-masing menjadi penyamun yang digelar 'Geng Tukang'. Difahamkan, penubuhan kumpulan itu adalah ilham daripada pemerhatian mereka terhadap penghuni rumah yang mudah terpedaya, lebih-lebih lagi apabila didatangi anggota penguat kuasa.

Ahli kumpulan itu selalunya bergerak antara empat dan lima orang semasa merancang melakukan samun.

Kawasan yang selalu menjadi sasaran pula ialah Ampang dan Cheras.

Sebaik memasuki rumah mangsa, suspek-suspek yang biasa menaiki kereta atau motosikal akan menunjukkan gari dan buku saku yang mempunyai logo polis bagi memperdaya mangsa.

Alasan mereka ke rumah mangsa adalah untuk membuat pemeriksaan di dalam rumah kerana disyaki menyimpan barang curi.

Sebaik dibenar masuk, suspek terus mengeluarkan parang sebelum mangsa diikat dan suspek-suspek kemudian menggeledah seluruh rumah.

Bagaimanapun, kegiatan 'Geng Tukang' yang bermula pertengahan tahun lalu terbongkar pukul 3 pagi Khamis lalu apabila polis menyerbu sebuah apartmen di Pandan Perdana di sini yang dijadikan stor menyimpan barang samun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, dalam serbuan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota 'Geng Tukang'.

"Suspek kemudian membawa polis ke dua rumah lagi di Jalan Pudu Ulu dan Kampung Cheras Baru di Jalan Kuari dan menahan lima lagi lelaki termasuk seorang warga Thailand.

Hasil serbuan itu, polis merampas pelbagai barang curi termasuk komputer riba (3), parang (5), jam tangan (30), telefon bimbit (22), minuman keras (8), gari (1), sebuah buku saku Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebuah kereta Nissan Sentra curi.

Kesemua barang rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM100,000.


Plzz..Berikan Komen. Komen anda amat di perlukan untuk memberi idea kepada penulis mencari bahan untuk rujukkan bersama.

Comments :

0 comments to “Geng Tukan Rumah Berkubur”

Catat Ulasan

Clik Iklan Disini

 

coments